'Kapal kawan' - Friendship giving us different definition in different point of view. Kalau cerita POTC ada macam-macam nama kapal macam tu juga dalam 'kapal kawan' ni. Selalu dengar orang cakap, kawan bersuka ria kawan gelak ketawa ramai tapi kawan bersedih susah nak cari. Mungkin satu dalam sejuta.
Kawan baru kawan lama sama saja semuanya, KAWAN tapi macam mana pula kita sebagai kawan melayan kawan-kawan kita ni? Adakah bila susah je baru kita cari kawan kita? Adakah kita sentiasa bersama kawan kita tak kira waktu senang atau susah? Adakah kita bersama akwan kita bila senang je? Berkawan kerana agenda disebaliknya yang kita saja tahu atau berkawan kerana kita memang seorang yang budiman suka berkawan.
Ada juga kawan yang memilih status dan faktor-faktor lain. Maksud aku ada jenis orang yang pilih untuk kawan dengan orang yang kaya je...kawan dengan orang yang femes je..kawan dengan yang pandai je..kawan dengan yang satu kepala dengan dia je
Apa definisi kawan itu sendiri sebenarnya? Erti kawan tu sendiri mempunyai fahaman yang berbeza-beza bergantung pada individu. Jangan lupa kawan, kawan merupakan pihak kedua terpenting selepas keluarga kita. Kawan juga orang yang memberikan sokongan kepada kita. Kawan yang mendampingi kita bila kita susah hati. Segalanya kawan.
Bahagikan masa sebaiknya antara keluarga, kawan lama dan kawan baru. Dapat kawan bermusim ni payah juga. Kenapa aku cakap macam tu? Kawan bermusim ni dia ikut musim, baru-baru je hangat, sikit-sikit nak lepak sama. Keluar makan sama, tengok movie sama, jalan-jalan sama. All the time spend time bersama. Tapi bila dah tiba waktu bosan, minta tolong ke apa ke macam layan tak layan je. Oops! Jangan begitu kawan.
Kawan mana boleh macam tu. Suka atau tak bagi respon yang rasional so that kawan tak terasa, maka perhubungan kawan tu akan terus terjalin tanpa mengeruhkan keadaan. Tak baik tau kawan makan kawan, hisap darah kawan. Kata kawan sampai bila-bila...Erhhh? tak ada eh cakap macam tu? Oh..maaf, kawan silap nampaknya.
Kadang-kadang mesti kawan akan terasa, kemanisan dalam 'kapal kawan' tu makin pudar tak seceria dulu, tak semanis dulu kan? Apa-apa pun kita kena berfikiran positif, mungkin kawan kita tu sibuk, mungkin kawan kta tu ada hal peribadi dia sendiri. Kawan tak semestinya kena berhubung 24 jam tapi cukup laa kalau sesekali bertanya khabar kan? As long as 'kapal kawan' kita tu tak terhenti dekat 1 pelabuhan tu je. Lautan ni luas so asam-sama laa berlayar dengan 'kapal kawan' kita.
Kawan-kawan! (Macam suara Upin Ipin) Bila kali terakhir korang contact kawan-kawan korg? Ingat balik betul-batul bila. Kalau korang dah lama tak contact kawan korang tu pergi cepat ambil handphone canggih korang tu dial nombor dorg. Tak ada kredit nak call? SMS pun tak apa....Message dorg tanya apa khabar, borak-borak sikit tanya perkembangan. Tu pun dah cukup sebagai tanda ingat yang korang tak lupa kawan. Mesti kawan korang happy! :)
FB? Alorr...seriously aku cakap, 'kapal kawan' tu tak terasa sangat macam kita berhubung guna phone and else. Bukan tak terasa tapi kurang feel laa. Ingat tak zaman antara 2004 - 2008 (sebelum kewujudan revolusi FB), mostly kita semua berhubung dengan kawan guna SMS/phone call je kan? Kalau yang zaman sekolah rendah dulu tu lagi best, pakai surat. Tiap-tiap bulan pos surat, posmen pun dah kenal rumah. Macam-macam sumber jadi medium 'kapal kawan' kita dulu.
Seronok kan? Tak macam sekarang..siapa-siapa je sebarangan orang add kita kat FB. Tak kenal pun tapi sibuk nak add sebab nak kejar friend list beribu-ribu. Kawan beribu pun tak guna dalam FB tu kalau yang betul-batul kawan kita berapa kerat je. Bila kawan dah beribu macam tu dalam FB terasa macam tak ada privacy untuk diri sendiri dah. Jadi pandai-pandai laa pilih kawan yang berkualiti.
Kapal kawan selamanya yaa.....?! ^_^ |
No comments:
Post a Comment