CC's Customer

Friday, April 29

Fantasi bukan realiti?

Pada suatu majlis keramaian yang kecil di depan Pusat Kecemerlangan ARTeC FKM (ARTeC ni nama team FKM utk Perodua Eco Challenge, PEC..aku pun tak tahu apa motif sebenar latar tempat cerita ni dekat sini), aku bersama geng mechy batch aku yang lain duduk di bawah khemah. Biasalah kami, lepas jamu selera juadah ringan majlis keramaian macam ni maka dengan sengajanya kami akan duduk melepak untuk melengah-lengahkan masa yang ada. (Alasan malas nak masuk kelas dengar lecturer ajar. Adik-adik, janganlah korang ikut perangai budak2 engine yang rebellious ni ye). 

Kompleks Kejuruteraan UiTM Shah Alam

Dalam majlis tersebut, dalam kegelapan pandangan tak jelas sebenarnya, al maklum saja laa, student FKM ni semua sukaaaaaaaaaaaa sangat pakai jaket fakulti hari-hari 24/7 kalau pergi kelas. Sebab apa? sebab senang lah! tak kan tu pun kena bagitahu? Sebab utama adalah malas nak pakai baju berkolar, so bila pakai jaket maka T-shirt round neck adalah dihalalkan pemakaiannya, di samping senang nak keluar masuk lab/workshop. What  you aspect? course mechanical engineering memang dimonopoli oleh kaum lelaki malah sebab FKM ni laa nisbah lelaki dalam universiti jadi seimbang sikit. Seimbang ke? BUT AT LEAST right? daripada course2 lain tuh majoriti perempuan.

Baik, berbalik pada cerita asal, jaket fakulti ni warna blueblack so agak gelap kalau tengok dalam kesesakan budak-budak ni. Antara celahan kesesakan budak-budak ni, aku terperasan satu bayangan yang panjang, okay orangnya agak tinggi definisi sepatutnya. Dia memakai baju korporat hijau, hitam dan putih. Ehh..itu macam baju korporat ARTeC tapi si pemakai bukan budak sini. All right, dia memang bukan budak sini, Chip. Kebetulan Chip terpandang aku yang memerhatikannya dari jarak kurang 5 meter aku rasa, tatkala Chip melilaukan pandangannya ke arah majlis. Bukan niat aku nak usha Chip ok, aku terpandang dan terkenal pula makhluk yang satu ni. 


"Nak tegur ke tak?" dalam hati aku berkira-kira lagi padahal tangan dah gatal lambai kat Chip.
Serta merta Chip datang menghampiri kerusi yang aku duduk, pada waktu yang sama Cik M yang bukan budak sini juga tiba-tiba muncul kat sebelah aku. 
"Ehh..magik ke apa nih? Tiba-tiba je kau datang Cik M." 
Baik sekarang kedua-duanya, Chip dan Cik M di sebelah aku yang masih duduk berakar-akar di atas kerusi plastik PVC putih. Sebelah tangan Chip dipanjangkan menahan meja di depan aku. Posisi ini seperti seseorang menahan kita bersandar di dinding (ok aku tak cukup bagus nak bagi diskripsi tentang ini tapi aku harap ada yang faham). 
"Amboi Chip ni dah kenapa? Bukan main rapatnya dia dengan aku? Tepi laa sikit...." 
aku bermonolog dalam fikiran sebab lengan Chip dah terkena kepala aku. Cik M pula aku tak tahu apa fungsi dia datang kat sebelah aku dan aku tak tahu apa yang dimahukan dari aku.

Aku kalihkan pandangan ke arah kawan-kawan aku, lalu memperkenalkan Chip dan Cik M kepada mereka. 
"Korang, kenalkan ni Chip, budak U** dan ini Cik M, budak U**. Chip ni junior so korang buli je...hahaha." 
Belum sempat aku berkata lebih lanjut, Chip bersuara, 
"Nak minta tolong sikit..."
"Apa dia? Cakap je laaa..."
"Kalau nak practical dekat sini dorg amek tak? Elaun berapa eh?"
"Ermm..kejap eh I tanya kawan I." 
Satu senyuman terukir di wajah, terpaksa memaniskan muka atau apa? Aku mengeluarkan handphone dan mencari nombor Cik A untuk didial bertanyakan tentang perkara ini. Nombor Cik A hilang pula saat-saat aku perlukan macam ni terus ternampak Cik Y di depan ARTeC. Kaki aku terus melangkah laju ke arah beliau. Berhadapan dengan Cik Y? Semestinya kami akam merepek terlebih dahulu tapi bukan saat begini ketika Chip meminta bantuan aku (Wahh..rasa macam Sailormars pula orang minta tolong..hahahaha). Segala butiran yang aku perlukan aku dapatkan dari Cik Y.

Selepas mendapat maklumat yang diperlukan aku pun sampaikan kepada Chip. Choppp! yang hairannya, mana pula perginya Cik M yang ada sebelah kami tadi? Aku keliru. Aku bingung. Aku tercari-cari juga susuk tubuh Cik M di celahan orang ramai dalam majlis itu tapi hampehh! Cik M dah hilang! Sudah...apa pula semua ini? Masing-masing macam biskut aku rasa, kejap ada kejap tak ada.


Akhirnya aku tersedar. Aku di alam fantasi bukan realiti. Aku bermimpi rupanya apabila kedengaran rintikan hujan-hujan yang halus dan laju berjujuran jatuh ke bumi d luar sana. Tiada kicauan burung mahupun suara mak cik - mak cik bergosip di luar rumah. Hujan kan? Fantasi aku bukan di wonderland tapi di dreamland. Ouhh..kenapa bukan di realland saja? Kan itu lebih bagus walaupun kadang-kadang realiti itu menyakitkan. Aduh, usah laa kau terlalu fikirkan tentang beliau lagi, semak otak dan memori kau je! Berpijak di bumi yang nyata, bak kata seorang sahabat, "tunggu je badan yang sesuai datang mencari nanti" (badan yang dimaksudkan adalah kaum Adam, Hawa kan sebahagian dari Adam iaitu tulang rusuknya yang perlu dilindungi)

**Okayyy, stop it babe! Stop dreaming if it was something that gonna hurt you so much but if your dream was inspiring you to do something right, then go on with it as long as you can take care of yourself and keep your head up with a big smile on your face my dear! :)

Beauty doesn't lies in you but it's how you making people appreciate how beautiful you are!

4 comments:

MFbAH said...

Ecececeh...gatai la the 4th ni..haha

NuryBella said...

@piouspdosh: maaf kn no.4 ye...hahahaha..tercurang sekejap

MinahSpekMerah said...

satu soalan:

adakah cik y itu aku????*perasan*wakakakaka.

nais gak belog ko.lma xsinggah.haha.

ak xfollow sbb byk dh blog ak follow.ak stalk je ae.haha.

NuryBella said...

@Aku bukan Juliet: apakah? ke[erasaan melanda jiwa kau ke? ahahahha

danke schon meine freundin :) erkk~ bkn kau mmg stalker aku ke? haha