CC's Customer

Thursday, March 24

.::LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 5]::.

<<SCENE 8>>

Zaman sekolah, itu yang paling dirindui oleh semua orang. Zaman remaja yang cuma hanya sekali untuk dilalui. Indahnya masa itu dulu tapi waktu tu kita masih mentah, terlalu mentah. Bak kata orang, “hingus pun meleleh lagi” Memang pun! Kalau tengok balik gambar-gambar masa zaman sekolah, Ya Allah! “Betul ni aku dulu? Selebetnya! Selekeh..comot!” Pasti itu reaksi pertama anda tatkala menyelak kembali album-album lama. Pada zaman tu juga, tak lari dari terminology “Cinta Monyet” (Ohh, sekolah aku memang banyak monyet dulu..monyet pun belajar dengan ktorg dalam kelas tepi bukit Hutan Simpan Bukit Nanas tu..hehehehe)

Suatu petang, balik dari sekolah, dalam bas awam untuk balik ke rumah lepas setengah hari belajar kat sekolah. Bermula dengan monolog dalaman……

Boy: “Comel ny awek nih….” (lafaz dlm hati je sambil merenung gadis cilik berbaju sekolah di bahagian depan bas..air liur yang tersekat di tekak ditelan..GULP!)
Girl: “Yang mamat ni pandang2 aku dah kenapa? Aku pakai baju terbalik ke? Eeeee~ dah la tak encem!” (gadis cilik bermonolog sendiri..dalam hati juga, nak lafaz keluar nanti satu bas dengar malu plak! Hahaha)
Boy: “Tak boleh jadi ni…tak tahan laa tengok budak ni, comelnya..cantiknya..kalau laa dapat jadi awek aku..perhhh! Walawehhh…mesti kawan-kawan gua jelez wa cakap lu..gagagaga” (Boy memulakan langkahnya yang konon2 macho, jalan terhuyung-hayang di dalam bas yang bergerak macam lipas kudung untuk menghampiri gadis cilik itu)
Girl: “Adoi, mamat ni nak ke mana pulak menyelit-nyelit jalan ke sini…” (peluh terasa meleleh di bahagian belakang badan, nasib baik beg digalas kemas menutup basah putih baju sekolahnya. Pandangan dialih ke luar tingkap)
Boy: “Ehem2….” (sudah berdiri di sebelah Girl..dlm hatinya, pandanglah aku! Senyum laa kat aku!)
Girl kalih pada Boy untuk 2 saat sahaja, “1…2…” okay, pandangan dibuang ke luar semula.

Girl: Eee...sape lak mamat nih...
Boy: (Alorr..bajet cun r tuh aku nk tackle die..juah mahal!)
Kringgggggggggggg!!!! (loceng bas berbunyi, pak cik bas pun slowkan bas dan rapat ke bahu jalan untuk berhenti menurunkan penumpang)
Boy: “Awak ni comel laa…..bye!” (teguran dan pujian nakal dibisikkan ke telinga Girl sambil berlalu pergi turun dari bas)
Girl: (Reaksi mata terbeliak cam cite endon dan kaku macam patung cendana memegang tiang dalam bas sebagai penahan dirinya sebelum rebah di lantai bas…wahh, jangan buat maluwehh kalau jatuh pengsan dalam bas ni)
Boy: (Menyempat..dah turun dari bas pun melambai-lambaikan tangan –sign of bubye- pada Girl sambil membuat gaya pentomen, “Call me!”)
Dahi Girl berkerut hampir bercantum, macam ada tanda soal besar pada wajahnya. Sampai saja Girl di rumah, Girl membuka beg sekolahnya tadi untuk mengeluarkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu di sekolah tadi. “Ehhhhh………………?”

Sekeping kertas kecil berlipat bentuk ‘heart’ dengan tulisan ‘Untuk budak cute’ ditemui dalam beg sekolah dan dicapai.
Girl: “Siapa pula yang nak bagi aku notes ni? Tak kan pengkid kat sekolah aku nak bagi aku notes? Gler ape?”
(Okay lupa nak inform, Girl ni budak form3 kat salah satu girl school dan Boy tu budak form5 dari boy school)

Lipatan ‘heart’ dibuka dengan sopan santun dan tertibnya,
Hye budak cute! Nak kenal boleh? Call me  
please so that I can have ur num?
BOY 
017-20XXXXX



What you expect? Girl nak ignore je notes tu ataupun dia layan je mamat tu? Okay, sejak hari tu, Girl pun terus contact Boy dari number yang Boy bagi. Dorg pun mula berkenalan, rapat, rapat dan rapat lagi sampai laa sekarang siap pergi tengok movie sama-sama tu dulu. (Shweettt ny budak kecik ni dating! Ahahaha :P) tapi tak tahu laa Girl perasan ke tak sebenarnya Boy ni suka sangat dengan dia. Al kisahnya, sampai sekarang they all ni kawan je. Biasalah, nama pun remaja, budak sekolah & budak hingusan…cinta monyet kan?

**PENGAJARAN: Tengok?! Budak sekolah pun pandai buat first move nak ngorat awek…so why not you guys kat luar sana yang tengah duk usha baekkk punyaa awek2 dalam list ‘hearts melt’ korg tu try to make a first move too? Memanglah kalau ikutkan scene atas ni, “ishhh..kecik2 dah gatal, sekolah tak abes lagi ade hati nk ngorat nk dating2 bagai” But hey, zaman sekarang memang itu pun lumrahnya apa yg korg tgk kt shopping complex on weekends and weekdays pun ade je yg ponteng sekolah g dating. =.=’ (Hampa ck8 dgn adek2 aku ni….penat je mak bapak anta g skolah byr tuisyen sume, bkn cari ilmu tp cri cinta lak die). So yg besar2 tu, umur dh 21 tahun ke atas (dianggap kategori dewasa gak dah ni…), sila2 la berterus terang dengan perasaan sendiri, love at first sight? So make ur first move!

2 comments:

badutz said...

hahaha...kalo aku make 1st move,confirm2 dapat...tp nk kena caru yg betul2 la...xmo main2kan diorg...:D

NuryBella said...

comfirm dpt? hurmm..yg ni btul2 cnfident nih..hahaha....aku tau rma yg nak kt kau, mne kau pegi dorg follow je..aku pn takot nk kcau kau...hahahaha