Pagi Selasa yang agak dingin dan tenang sebenarnya. Aku rasa penat sangat dengan apa yang jadi sekarang ni, bukan setakat penat dengan study untuk exam & surat L.I, aku juga penat dengan itu dan ini. Macam-macam itu dan ini aku itu, kadang-kadang itu ini yang simple boleh memberikan impak yang besar dalam fikiran aku. Hmm...jadilah manusia bukan jadi orang sahaja.
Aku agak geram dengan dia semalam sebenarnya. Menjawab persoalan aku dalam keadaan terpaksa dan terdesak sebenarnya juga. Dia tiada pilihan lain, gagal melarikan dirinya kali ini, lalu memberikan alasan yang tak logik kepada aku. Dalam persoalan aku kepada dia, sudah jelas aku nyatakan jujurlah jika ada yang tidak kena atau tidak puas hati. Namun, kenapa dia perlu menipu dirinya sendiri? Aku bukan budak sekolah menengah lagi yang dia boleh tipu. Alasan dia? Orang tak siuman pun boleh tahu dia menipu. Dia ni pernah dengar lagu Agnes Monica atau tidak? Tentang logika. Arhhh~ aku benci dengan perasaan ni..geram! Bukan setakat geram, aku kecewa dengan dia. Persetankan! Kelakuan dia tak ubah seperti rakannya yang aku kenal lebih lama dan lebih terdahulu. Memang satu spesies ke?
Dalam geram, kecewa bagai datang teman-teman KMK. Hahahaha..mentang-mentang study week, aku tengah final. Rancak & hyperactive pula mereka. Oh Tuhan, aku rindukan mereka semua, aku rindukan zaman itu. Bahagianya kami semua, kehidupan tidak serumit sekarang.
Berbalik pada soal kejujuran, tipu menipu ni:
''There are no unresourceful people but there is unresourceful state.''
Bukan salah manusia, tidak aku tak salahkan dia mahupun diri aku sendiri, mungkin salah keadaan atau situasi kami yang menjurus dia untuk jadi begitu. Dari awal lagi, kemaafan telah pun aku ucapkan pada dia tapi kemaafan itu ibarat sepintas angin lalu yang tidak membawa kesan apa-apa pada dia.
Tinta Pena Merah
2 comments:
apakah kaitan luahan ko disini dgn Bleach??
(saja menyibuk..huahuahua)
xde kaitan sekadar gmbr hiasan yg mnunjuk kn ekspresi aku psl geram kt org tuh..hahahaha
Post a Comment