CC's Customer

Saturday, October 15

Hati Buka Mulut

Alhamdulillah, hari ni ada masa juga aku nak update blog. Dah lama tak update something yang best but tak tahu laa this time menyengat lagi ke tak ayat-ayat aku. Ok, biasanya orang tulis 'Bila hati bicara' tapi aku bosan dengan tajuk-tajuk entry yang agak puitis dan cliche, biasa sangat orang buat. Memang laa hati tak ada mulut tapi itu masih dalam kategori metafora ayat sastera. Errkk..aku salah ambil course ke? Hahaha

Hati Buka Mulut


Suatu hari, hati di sebelah kiri bahagian dada membentak sakit sedaya upaya cuba membuka mulut. Aku (bukan nama sebenar) terhenti dari melakukan kerja hariannya. Aku termenung cuba membaca apa yang cuba Hati ingin katakan jauh di dalam sudutnya. Mengelamun, pandangan kosong, tembus dinding yang ditenung mengalahkan sinaran laser.


Hati
"Aku dah tak tahan kalau kau terus macam ni...Bila kau nak sedar dengan perasaan kau sendiri? Kenapa kau perlu pendamkan saja? Yang sakit bukan engkau manusia tetapi aku di dalam ni yang sakit. Makin kau simpan sakit ni tak dirawat, makin membengkak aku di sini. Kalaulah aku boleh bersuara secara fizikalnya bagi pihak engkau manusia, sudah lama aku akan menjadi orang tengah untuk menyampaikan hasrat hati kau itu."

Aku
"Bukan aku tak mahu tapi aku malu. Apa hak aku untuk sampaikan apa yang aku rasa pada beliau? Bukankah sepatutnya kaum mereka (Adam) yang memulakan langkahnya. Tidakkah sumbang langkah ku jika aku yang menyuarakan rasa ini terlebih dahulu. Maaf Hati jika aku membebani kau dengan silap ku. Aku tahu aku tak patut begini. Setiap insan ada hak untuk menyuarakan apa yang tersemat di hati. Tapi . . ."

Hati
"Tapi apa? Bukankah beliau yang engkau inginkan selama ini?Bukankah beliau yang sering bertandang dalam ingatan kau? Kenapa harus kau selubungi perasaan kau pada aku? Tidakkah kau rasa bersalah pada dirimu sendiri? Menipu perasaan sendiri itu lebih pedih dari terhiris luka. Sampai bila nak simpan? Sampai bila nak pendam? Sampai mati? Sampai ke kubur? Sampai Syurga? Kalau masuk Syurga...mungkinlah kau boleh dapatkan beliau di sana jika kau masih setia dengan perasaan kau dan mengharapkan pulangan kasih dari beliau. Kalau neraka tempat kau?"

Aku
"Aku tak mampu lakukan itu........."

Hati
"Sedarlah engkau.....tak semua perkara kau harus pendamkan dan hanya aku menjadi tempat kau memendam rasa. Adakalanya meluahkan itu lebih baik sebelum luka menjadi nanah membusuk dan membinasakan aku, engkau juga yang merana. Jangan seksa diri...."

Aku
"Apa yang harus aku lakukan sekarang Hati? Pergi mencari beliau? Dapatkan beliau? Merampas beliau dari orang yang disayangi?"

Hati
"MasyaAllah...ke situ pula kau fikirkan. Aku tak memaksa untuk kau mendapatkan beliau dengan apa cara sekalipun waima merampas. Itu bukan jalan yang terbaik. Aku hanya ingin kau luahkan dan bukan memendam menjeruk rasa. Kerna aku sebahagian dari kau dan aku menyayangi kau seperti sebahagian dari aku sendiri. Meluahkan bukan beerti kau harus menang, meluahkan bukan beerti kau kalah. Meluahkan adalah perjuangan perasaan jihad untuk diri kau sendiri. Tak salah meluahkan pada yang tak sudi tapi salah jika kau tidak luahkan apa yang kau rasa kerna orang-orang itu tidak akan pernah tahu akan kewujudan perasaan yang kau simpan pada ku."

Aku
"Ohh..hati. Bersabarlah..suatu hari nanti pasti aku kecapi kebahagiaan itu untuk kita bersama."

Aku tersedar dari lamunan bila azan Isyak berkumandang. Angin malam yang dingin mengelus lembut pipi yang basah, air mata bergenang tanpa sedar. Kolam air mata diseka, lantas aku bangun mengambil wuduk menghadap kekasih ku yang satu itu. Hanya padaMu aku mampu meluahkan. Hanya padaMu aku mengharap kasih, mungkinkah beliau juga mempunyai perasaan yang sama dengan aku? Oh..hanya Engkau yang mengetahui segala kerana Engkau yang menentukan kisah hati aku.


2 comments:

Ami-Chan said...

org da suro guna org tgh x nk...
tapi pape pun, bykkan baca quran..ianya adalah penawar utk hati yg x tenang

NuryBella said...

Ni Malaysia laa bkn US nk open2 ckp cmtu ny direct...kang terkejut beruk lak..hahahaha