CC's Customer

Friday, September 16

1st week in Final Year

12 Sept, Monday
Cousin aku ta reti nak senyum mcm mne dh
ble tgk bday cake dpn mata
1st day class in new semester as final year student, my 1st special topic class - HVAC Systems. Classmate again with Tajul Afiq, Hanafi, Fuad, Hafiz etc (clzmate sem1) after 3semester we've been seperated. tetbe teringat kenangan masa freshie dulu, aku dengan Timah tak suka sangat kot few budak dalam geng ni. Yelaa..tak kenal maka tak kenal kann? Dah kenal, okayy je dorang semua. Flash back those time, rasa cepat je masa berlalu, tak sangaka dah final year. Keterujaan dalam keterpaksaan hadapi dengan FYP. Unfortunately 1st class in 1st day was cancelled. Lecturer semua meeting. Padahal namapka dah timbalan dekan kat dalam bilik seminar depan kelas, dalam tu ada ramai lecturer. So datang fak petang-petang for free je r tak belajar.

That night, pergi rumah nenek kejap celebrate birthday cousin aku, si budak kecik tu. Exactly sesampai kat rumah, mak baru buat last touch dia on top of her homemade birthday cake. Yupp, my mom love baking tapi tak sehebat baker's king cerita korea tu. Harap rupa kek tu je r cantik tapi rasa tak sesedap Secret Recipe laa..jauh sangat rasa tu. Huhuhu.

13 Sept, Tuesday
MY class was most packed on Tuesday! From 8.30am till 6.00pm. Free pukul 10.30am-12.20pm only. Supposed that morning aku ada kelas ENT (Techoprenuership - subjek part8 yang aku tarik awal), aku tak masuk pun sebab sibuk ke hulu ke hilir dari Melati-Mawar-Melati berjam-jam nak settle kan rayuan kolej. Tapi hampeh macam-macam rumours ada that day. Hari yang paling memenatkan and it's worthless! Siyes! Aku penat dan sangat serabut, hampir stress dalam keadaan ni. Luckily, lecturer IM (Industrial Management) tak masuk last class tu so dapat balik awal sikit, no need laa nak tunggu pukul 6 tu. The best part is kelas special topic - Fire Precaution aku dengan Prof. Ow, dah dapat 1st assignment. Terbaik! 3weeks duration of assignment cover 6hour lab yang sepatutnya on Friday. Yahooo! Gler best assignment Prof. Ow ni, macam CSI agency dah rasanya kena jadi penyiasat. Aku sukaaaa!

Tapi bila aku menjejakkan kaki dalam kereta je mata aku mula rasa berpinar ditambah silau matahari petang, pening juga laa..aku terus senyap je tak banyak cakap pun sepanjang jalan balik rumah dengan ayah. Kat rumah pun aku senyap, balik terus mandi, rehat-rehat, makan tidur. Tak ada mood dah penat sangat rasa, may be effect dari mood swing aku yang stress pasal kolej juga.

14 Sept, Wednesday
PECIPTA2011 at KLCC - Big programmed organized by UiTM itself, collabrated with others IPTA too. Seawal 8.00am kitorang bergerak ke KL from Mawar. Okayy..abang bas ni emo pula bila kitorang tak ada PIC and tak tau pun jumlah yang akan naik bas ni. Honestly aku pun agak bengang juga dengan pihak yang menguruskan flow benda ni yang terima arahan dari pihak fakulti. Early registration yang tak ada effect dengan attendance kitorang dalam bas tu. Cakap ramai budak FKM nak pergi tapi dorang semua pergi dengan transport sendiri. Dah macam aku pula PIC sebab orang yang tau detail benda ni boleh pula forward no.bas dengan contact number driver bas tu lepas aku dah call dia pagi-pagi tu. Mana aku tak call, abang bas dah hangat! Why laa dah ketuk baru nak bagi information macam tu? 

Turun bas konon nak tanya abang tu balik pukul berapa and tunggu dekat mana memandangkan tak ada PIC yang serba tahu ni. "Korang balik laa jalan kaki...! Lecturer korang pun dah buat taik dgn aku.." Wahhh..gler kerek abang ni. Salah kitorang ke kalau lecturer naik bas dengan kitorang pun lambat. Aku rasa ada masalah information laa dalam kes ni. Orait..forget it! Dah sampai KLCC dah pun. Program dekat hall 4&5. Actually Cik R dah pernah ajak aku jadi urusetia program ni tapi tarikh dah buka sem aku tak boleh laa nak accept job ni. Serious, aku memang nak join benda-benda program macam ni. Rindu kot dengan program. Awal lagi pameran pun belum start, take a walk dulu dekat taman then kaki kitorang termasuk pula kat dalam Suria KLCC. Mula-mula niat nak jalan-jalan je sementara tunggu pukul 10am, alih-alih we enjoyed breakfast special pula dekat Mc'D dulu, Terus ada yang Subway, tersasar terus bila sampai dekat TGV.
Syura & Aainaa : Subway mode
Sopie Sarman & Arif Najmi: Breakfast special sharinggg
*Girls mkn byk & Guys mkn sikit*
Long discussion depan tu discuss nak tengok movie apa. Movie petang memang tak sempat, kitorang pun tak nak stuck dalam traffic jammed kat KL ni. Two movie, two group devided. Contagion vs Hantu Bonceng. Aainaa, Opie, Arif & Syura tengok Hantu Bonceng. But aku ni dah laa tak minat tengok movie cerita melayu, rasa rugi tiket je tengok sound effect tak best picture quality kurang. So aku join dengan Seha, Abg Long and his friend, Luthfi and Yan tengok Contagion. Before movie start lawak je ada sorang member aku ni sedap je kaki dia masuk toilet opposite sex. Nasib baik aku tegur, kalau tak malu je kantoi. Sejuk beku terkaku kitorang dalam movie tu sejuk sangat aircond! Sesejuk cerita Contagion tu juga... Bhahahhaa..aku suka tengok ending dia, part kelawar makan pisang, babi makan sisa kelawar. Moral of the story jangan makan babi, jangan sentuh muka sebab dalam 1saat manusia akan menyentuh muka sendir 3-5 kali. Jude Law keluar sikit-sikit je....

After 2hours movie baru kitorang back on track to PECIPTA. All IPTA and several IPTS involve in the exhibition, also from schools like Sri Aman, Seri Bintang Utara, Alam Shah, Teknik KL, Tuanku Munawir etc. Budak sekolah pun dah pandai buat projek macam budak universiti. Hebat! Tak sangka projek yang bakal aku join for further imrpovement dengan Dr.Low pun ada sekali. Projek berkaitan dengan Mechanical tak sebanyak projek biomed and appiled science. Banyak juga informasi dapat, pengalaman. Presenter tak ada, kitorang buat discussion sendiri pasal projek orang tu. Bantai gelak je aku rasa presenter kat booth UTeM tengok kitorang membebel pasal sistem parking yang ala-ala kat Sunway Pyramid tu. Tak sempat nak discuss setiap pelusuk projek universiti lain, Member dah call suruh naik bas balik, abang emo dah sampai. Baik laa..

15 Sept, Thursday
Paling awal sampai fak hari ni, 7.55am padahal kelas aku 8.30am. Selalunya waktu macam ni kat kolej dulu aku baru nak pergi mandi. Cool right boleh bangun lambat. 8.20am pergi kelas pun sempat je sampai. Kolej depan fakulti je. Still kelas IM pagi ni lecturer tak masuk, melangok laa bergelak ketawa dekat wakaf/open air dekat level 3 blok 3 engine tu. Pukul 11 as been promised, short meeting dengan Dr.Low, future supervisor for my FYP. InsyaAllah. Ehh..bukan dah comfirmkan ke tadi? Ohh...tajuk projek yang belum comfirm next week kena meeting dengan otai-otai master pula pasal projek. Kelas design II tengah hari dapat lecturer tua yang sempoi, tua bukan sebarang tua, tua berisi ni banyak celoteh, Dr. Dahalan. "Rugby is played by gentlemen that play rough but football are played by gentlemen that play rowdyOkay, lecturer best tapi orang dalam kelas pula tak best sangat. majoriti budak lepasan diploma even 1batch tapi tak tahu kenapa aku tak boleh nak in snagt dengan dorang. Ke dorang yang tak suka nak into budak lepasan matrik/asasi macam kitorang? Sabar je laa..siap sekelas lagi sekali dengan mamat-mamat Gay kaki meraba member duduk depan aku dengan Timah. Exactly depan! macam masa kelas control hari tu. Aku pandang Timah, Timah pandang aku. Adouhhhhh~~

Abg ni mmg bajet artis ck8 mentang-mentang blk Korea. hahahaha
Dua jam berikutnya sesi bergelak ketawa menggila dengan Yan, Luthfi dan Mila. Naili dengan Wandi senyap sikit tak sekecoh kami. Tengah hari bukan ada orang pun melepak kat port rasmi kitorang. Ehh..silap..tu Luthfi's teritory, orang baru balik Korea practical Oppps! Sorry Luth, kalau kau baca ni. Next week last aku bahan kau pasla Korea okayy..pastu tak dah..hehhehehe. Yeye laa aku dengan Yan golek-golek dekat surau lepas Zohor, meregang otot nak tunngu kelas pukul 4. Alih-alih aku masuk kelas HVAC petang tadi, cancel lagi. This time dapat info, nest week baru start kelas HVAC. Lecturer ni pun kenapa tak bagitahu awal-awal? Tampal laa notis ke apa-apa depan pintu, tak ada laa kami budak baik semua ni tunggu.

Itu laa dia ceritanya sepanjang minggu pertama final year aku ni. Minggu serabut aku! Kolej oh kolej...please please please, harap-harap aku buat rayuan lagi sekali ni nanti dapat laa. Tolong laa aku tak kaya laa nak sewa luar, Kalau kaya tak ada laa aku nak merayu-rayu nak sangat duk kolej ni tauuu...!

2 comments:

J-Are said...

good luck utk FYP ea.

NuryBella said...

Yeay FYP aku pasal Robotic! cmfrm serabut..bhahaha!