CC's Customer

Sunday, September 4

Bleistift Liebhaber - Bab 1


LONGGOKAN BAJU BERSEPAH-SEPAH di atas lantai, tersidai di kerusi dan  kaki katil. Laptop terpasang tidak ditutup, meja juga bersepah dengan kertas-kertas A4 bersama beberapa batang pensil dan pen pelbagai saiz berselerakan. Matahari sudah terbit, sudah tegak lebih kurang 60° dari ufuk timur. Walaubagaimanapun, panahan cahaya terik sang mentari tidak dapat menembusi sepasang kelopak mata milik Joey. Apakan tidak, tingkap biliknya cuma satu, berlangsirkan warna hitam dan merah pula. Sukar sekali untuk cahaya memasuki bilik anak muda ini.

Telefon bimbit Iphone4 Joey di sebelah bantalnya berdering kuat lagu Good Life dari kumpulan One Republic. Joey yang masih berselubung di bawah selimut terpisat-pisat bangun meraba tilamnya sambil mata masih terpejam untuk mendapatkan Iphone4 miliknya. Iphone4 dapat dicapai, tanpa melihat siapa yang memanggil, dia terus menjawab panggilan tersebut.

                “Hello........” suara Joey yang agak garau bermalas-malasan baru bangun tidur.

                “Hey Joey! Aku ni, Payad. Lu baru bangun tidur eh bro? Gua dah agak dah, lu tak sampai port lagi mesti sebab tak bangun lagi. Joey! Lu dengar tak gua cakap ni? Cepat bangun datang port, geng dah lama tunggu lu ni.” Payad, rakan karib Joey bersuara di hujung talian. Joey masih mamai dalam sisa tahi matanya tiba-tiba tersedar bila Payad menjerit memanggil namanya.

                “Huhhh? Ahh..apa dia Payad? Ohh, port? Oh, shit dah pukul 10! Gua lupa laa weh..Sumpah gua tidur mati penat giler semalam. Okay, okay..1 jam lagi gua sampai jumpa korang.” Bingkas Joey meninggalkan katilnya yang bersepah, pergi mendapatkan tuala yang tergantung di penyidai lalu menghilangkan diri ke dalam bilik mandi.

                Kurang dari lima minit, Joey sudah keluar dari bilik mandinya dengan hanya tuala membaluti paras pusat ke lututnya. Rambut panjang separas bahu yang masih basah dilap dengan sepasang tuala kecil sambil membuka almari bajunya. Sepasang kemeja petak berwarna gelap dipadankan dengan kemeja T berwarna putih, lengkap bersama jeans kelmarin yang dipakai minggu lepas. Rambutnya yang masih lembap hanya disikat kemas dan getah rambut kecil diletakkan pada pergelangan tangannya bersama koleksi bangle lelakinya. Selepas selesai menyiapkan diri di bilik, Joey menuruni tangga untuk turun ke bawah dalam keadaan tergesa-gesa.

                “Ehh..anak mama dah bangun? Tak nak sarapan dulu? Tu mama ada buat nasi goreng tadi, ada lagi mama simpankan untuk Joey.” Puan Julie yang duduk menjahit manik pada baju pelanggan menegur anak terunanya.

                “Good morning, mama. Tak apalah, Joey dah lambat ni janji dengan Payad semua. Nanti Joey lunch terus dengan diorang okay.” Merapati ibunda tercintanya dan mencium pipi kiri mama. “Ohh ya, Joey balik lambat sikit kot malam ni so mama jangan risau ya. Apa-apa hal nanti Joey call mama. Mama pun kalau ada apa-apa call je Joey, tu Aqis pun ada cuti.” Tambah Joey lagi.

                Puan Julie memcium kembali pipi anak terunanya. Satu-satunya lelaki tunggal di dalam rumahnya setelah beliau kehilangan suami tercinta sepuluh tahun lalu akibat kemalangan jalan raya. Beliau memandang dalam mata anak terunanya. “Hmm..asyik keluar je kau ni. Lepas tu balik dah tengah malam. Bila nak bawa mama dengan Aqis keluar jalan-jalan?”

                “Alorr..mama ni, Joey bukan anak dara laa mama nak bebel macam ni, marah Joey balik lambat ke apa. Dekat Aqis boleh laa mama bebel macam tu. Hehehehe..okaylah mama. Joey pergi dulu. Sangat sangat dah lambat ni. Bye mama! Assalamualaikum....”  tangan Puan Julie disalam dan dicium sebelum ditinggalkan. Sepantas mungkin Joey memakai kasut, membuka pintu pagar dan menghidupkan enjin keretanya.

                “Wa’alaikumussalam. Haishh..budak bertuah ni. Kalau orang cakap tu ada saja dia nak menjawab.” Monolog Puan Julie yang sedang bangun dari sofa dan berjalan ke pintu pagar rumah teres dua tingkat tersebut. “Baik-baik bawa kereta tu Joey! Jangan laju-laju sangat...ingat mama ni hidup lagi.” Jerit Puan Julie kepada Joey yang sudah sedia untuk berlepas.
               
                WALAUPUN MATAHARI SUDAH mula tegak di atas kepala, namun keadaan jalan raya di Kuala Lumpur tak akan pernah lengang, melainkan cuti panjang sempena perayaan seperti Hari Raya khususnya. Tak kira pagi, tengah hari, petang mahupun malam, lubuk emas ini tetap sesak dengan manusia, tetap hidup walaupun sebahagian besar penghuninya tidur. Jam tangan dikerling seketika, jarum pendek pada angka 11 manakala jarum panjang pada angka 10. Joey seakan tidak percaya, dia memandang jam pada dashboard keretanya pula – 11:51, meraba Iphone4 di sebelah pula, waktu yang sama tertera. “Hadoi, apa hal pula jalan jammed ni. Tiap kali aku dah lambat, time tu laa nak buat hal juga.” Joey merungut sendiri, stering kereta dihentak kuat menyakitkan tangan kanannya. Mata Joey melilau keluar melihat keadaan sekeliling. Semua pemandu kereta dalam keadaan tegang, mungkin masing-masing sedang mengejar masa yang perlu ditepati. Dari jauh, Joey dapat memerhatikan KL monorail yang bergerak melintasi landasan di Jalan Bukit Bintang. Lima belas minit kemudian baru Joey dapat melepasi laluan di tengah-tengah Bukit Bintang. Lampu trafik di simpang Bukit Bintang rosak pula pada hari itu.

                Kereta Satria Neo merah hati Joey meluncur laju melalui Hotel Istana, Bangunan KFCH dan Hard Rock Cafe. Kemudian Joey berlegar-legar di sekitar kompleks Daya Bumi bersebelahan Sungai Klang untuk mencari tempat untuk memakir kereta. Joey sudah dapat membaca keadaan sekitar Pasar Seni pasti sesak tiada ruang untuk Satria Neonya pada waktu-waktu kemuncak begini. Setelah memastikan segalanya terkunci dan selamat, Joey berlari ke jambatan merentasi Sungai Klang untuk ke Pasar Seni. Tercungap-cungap Joey berlari masuk ke Pasar Seni, sedikit lega bila dapat merasakan sejuk angin pendingin hawa di situ. Larian Joey diteruskan ke lorong gerai di sebelah kanannya. Susuk tubuhnya yang tinggi lampai dan sederhana terpaksa menyelit di celahan pelancong yang datang ke Pasar Seni. Sudut pandangan mata Joey agak luas adalah antara kesan faktor ketinggiannya, dia dapat melihat Payad sudah berdiri memeluk tubuh penuh bergaya dengan seluar pendek paras lutut, kemeja T hitam, rantai kayu di leher bersama topi ala-ala Jason Mraz di tepi gerai lukisan milik Leo.

                “Yo..wussup geng! Sorrylah korang..gua lambat, gua dah cuba datang cepat but then jalan pula jammed dekat Bukit Bintang tadi. Gua ingat nak short cut ikut situ, sekali ngam teruk punya jammed dowh. Nasib baik patung baju putih tu ada pacak kat situ jaga trafik.” Terang Joey panjang lebar sebab kelewatannya. Setiap seorang di gerai lukisan tersebut dipaut lengan tangan dan ibu jari masing-masing dicalitkan, tanda berjabat tangan antara mereka.

                Payad menghulurkan sebotol air mineral dari dalam kotak di belakang gerai kepada Joey, “Lu kalau tak ada alasan lambat memang tak sah. Kalau gua tak kejut lu bangun tadi, alamat 24jam laa lu bantai membuta. Lepas tu lepas 24jam tak bangun, mesti mama lu dah call gua cakap lu mati dah.” Satu gerai pecah dengan gelak ketawa mendengar pernyataan Payad tentang Joey yang memang tak ingat dunia kalau dah tidur. Leo yang sedang melukis juga terhenti turut gelak bersama. Pembantu Leo, Malik memberikan kerusi untuk Joey duduk.

                “Siot laa tuh...lu Payad, kalau tak bahan gua satu hari tak sah kan? Gua punya nikmat mata juga lu nak jadikan bahan. Serious, gua penat giler semalam tu gua tidur mati pagi ni. Anyway, thanks laa Payad kejutkan gua bangun. Lu laa kawan gua dunia akhirat.” Beberapa teguk air membasahi kerongkong Joey yang kering.

                “Hahahaha...lu buat apa semalam bro yang penat giler tu? Lu main game dengan cikaro mana malam tadi?” Leo menyampuk terus Joey membeliakkan matanya apabila mendengar perkataan cikaro. “Entah..lu buat apa semalam?” Payad pula menepuk bahu Joey.

                “Main game dengan cikaro? Apa barang cikaro...lu ingat gua ni rempit ke nak main-main dengan cikaro pula. Gua ni seniman bermaruah okay. Gua tak akan rosakkan anak dara orang suka-suka hati.” Dengan nada agak berlagak, Joey sememangnya seorang yang menghormatkan kaum hawa. Mungkin sebab semangat yang tinggi ditunjukkan oleh mamanya dalam membesarkan mereka dua beradik disamping menyara keluarga.

                “Gua drive pergi Johor semalam, ambil adik gua si Aqis tu balik cuti sem dah habis exam. Lepas tu gua keluar cari barang gua nak lukis. Dah laa malam kelmarin gua balik lambat main futsal dengan lu orang. Konon laa gua nak lukis malam tadi, alih-alih gua naik katil terus tertidur sampai pagi.”

                Mendengar sahaja nama Aqis disebut, Payad yang acuh tak acuh mendengar cerita Joey terus focus memandang wajah kacukan cina Joey, “Hahh? Aqis dah balik? Dia ada kat rumah laa eh sekarang ni? Apsal lu tak bawa dia datang sekali Joey? Boleh gua bawa adik lu jalan-jalan round CM (Central Market).”

                Pandangan terus dikalihkan pada Payad di sebelahnya dengan wajah pelik yang tak puas hati, “Ehhh..Payad, lu ingat adik gua hairan ke dengan CM ni? Nak muntah dah dia tengok CM ni tau dari sekolah selalu ikut gua datang sini. Tengok muka tak siap lu lagi laa dia muntah darah boleh mati tau. Hahahaha...!” Topi di kepala Payad ditarik Joey menutupi mukanya.

                “Dah laa Payad, lu tak payah nak berangan jadi adik ipar Joey ni. Sampai masuk lubang kubur pun belum tentu Joey nak bagi lu rapat dengan adik dia.” Kain buruk penuh dengan coretan warna-warna yang telah bercampur dicampak ke muka Payad oleh Leo. Malik hanya memerhati dan tergelak sambil memasang bingkai gambar pada hasil lukisan Leo yang telah siap.

                “Entah laa..gua pun tak tahu apa kurangnya gua, Joey tak bagi gua rapat dengan Aqis.” Payad mencebikkan bibir, membuat muka merajuk berbaur sedih.

                “Adoi..touching lak klon Jason Mraz depan gua ni. Bukan tak bagi tapi adik gua tak minat Jason Mraz, dia minat Snoop Dog dengan rambut dreadlock. Lu apa ada? Takat dengan topi lu ni je yang harap mahal. Suruh belajar tinggi-tinggi pun lu malas.”

                “Okay, kalau macam tu gua nak panjangkan rambut gua macam lu, then boleh hantar saloon buat dreadlock. Lepas tu buat surgery hitamkan kulit gua kasi sama macam Snoop Dog. Amacam? Okay tak geng?” Payad bangun berdiri membetulkan dirinya bergaya seperti rapper pula.

                “Sudahlah Payad! Habis gua punya lukisan tak jadi kalau asyik gelak dengar lu merepek-repek macam ni. Jom naik atas, kita lunch sambil tu boleh discuss sama-sama pasal projek pameran lukisan KL Fest tu.” Leo membersihkan tangannya yang comot dengan lukisan. “Malik, lu jaga kedai kejap. Kitorang makan kat food court je tak ke mana pun.”

                “Jaga kedai baik-baik Malik. Ada tourist hot minta number phone, email, facebook semua tau. Cakap Jason Mraz minta tinggalkan.” Pesan Payad sambil meninggalkan gerai terlebih dahulu.

                “Tengok tu? Dalam pada gatal nak pancing adik gua, masih ada hati nak flirt dengan tourist. Hey..lu terlebih perasan laa Payad. Jason Mraz KL, tourist tak pandang laa derr....” Joey berjalan beriringan dengan Leo mendapatkan Payad di hadapan mereka. Gelang getah di pergelangan tangan Joey ditanggalkan lalu digunakan untuk mengikat rambat lurus separas bahunya.

No comments: