Kenapa 4 jam terakhir? Apa yang akhir?
Ohh..aku silap barang kali bukan 4 jam terakhir lagi, kini tinggal 2 jam terakhir. 2 jam terakhir untuk pengumpulan ilmu 'Pengawalan kejuruteraan' (Control Engineering) sebelum ke medan perang 23 Jun 2011 minggu hadapan. 2 jam terakhir untuk menyiapkan perisai sebelum mengatur pelan strategi hadapi pertempuran. Mungkin peperangan kali ni nampak mudah tapi saraf otak perlu cerdas untuk menjana neuron merangsang penyelesaian masalah secara kreatif dan kritis sebagai tindak balas atas buku jawapan kelak. Adakah peperiksaan akhir sama dengan perang saraf? Mungkin boleh disamakan sebab berperang dengan otak sendiri. Soalan dijadikan musuh, ilmu sebagai senjata dan CGPA sebagai taruhannya.
Tapi apa yang terjadi 4 jam terakhir tadi?
Sejujurnya, aku tak perasan akan waktu yang melewati masa. Apa aku merepek? waktu dengan masa tak sama ke? Hahaha :P Khusyuk menyalin nota dalam kelas, mendengar celoteh lecturer yang macam mesin bertih jagung (pop corn) rosak, bertaburan bertih ilmu pada 4 jam terakhir kami tadi. Mata memandang kiri dan kanan whiteboard berselang-seli, nak ambil hati lecturer yang sedang mengajar bahawa aku sedang mengikuti beliau. Padahal aku tengah kalut menyalin nota di hadapan secara rawak. Rawak? Tak ada laa rawak sangat. Colourful kot nota aku hari ni walaupun tulisan berterabur macam cakar harimau. Lecturer dah habis tunjuk example kat depan, aku baru terhegeh-hegeh buat example tu step-by-step, Alhamdulillah serba sedikit aku faham dan aku dapat menyelesaikannya walaupun delayed flight beberapa minit.
Block diagram of a control design, where R(S) is input, G(s) is gain, C(S) is output and E(S) is error. |
4 jam terakhir belajar apa?
Hari ni belajar Unity feedback control, step input, ramp input dan parabolic input. Daripada 3 jenis input ni tadi, kami belajar steady state error pula, ada velocity error constant, Kv, accelaration error constant, Ka, dan position error constant, Kp. Boleh klik link di bawah untuk lihat apa yang kami beljar tadi, nota yang hampir sama apa yang kami belajar dalam kelas. Sudah aku cerita panjang lebar pun bukan korang faham nanti. Yang ambil engineering tu ada rezeki nanti jumpa laa subjek yang sangat menarik untuk pening ni. Tak susah macam static and dynamic. Tak susah macam thermodynamics. Tak susah macam fluid mechanics, juga tak susah macam micropy. Cuma kecelaruan dan kekeliruan langkah kerja penyelesaian yang pelbagai cara.
[Klik sini untuk link nota: THE STEADY STATE ERROR OF FEEDBACK CONTROL SYSTEMS]
4 jam terakhir yang bertukar 2 jam terakhir....
Aku terpandang jam di pergelangan tangan, 4.20 pm. Lecturer masih rancak dengan mesin bertih jagungnya yang rosak. Kerosakan disyaki berpunca dari controller perancangan pengajaran beliau sendiri. Kalau controller tu tak rosak, mesti feedback dah sampai dekat controller dapat mengesan error dalam system diri beliau sendiri. Hohoho..siapa kelas dengan aku mesti faham apa yang aku cuba sampaikan. tak tahu laa kalau tak faham juga, esok aku terangkan aplikasi control system dalam diri lecturer kita. Wee~ Disebabkan error tu, kelas yang sepatutnya tamat jam 4.00 pm telah berkahir lewat pada 4.30 pm. Jadi, E(S) lecturer kami hari ni adalah +30 minit. Mungkin kami perlu tambahkan satu set integrator pada beliau esok untuk 2 jam terakhir kami supaya steady state error (SSE) akan menjadi SIFAR semula. Cara ini akan memulihkan kembali ketepatan masa beliau 100% dan 0% of error.
Tips senang faham dalam pelajaran:
1) Ikhlaskan hati, niat untuk belajar.
2) Ikhlas terima ilmu yang diajar.
3) Ikhlas memberi ilmu, kena sabar nak ajar orang, jangan cepat melenting.
4) Redha habis kelas lambat atau kena belajar lebih daripada apa yang orang lain belajar.
5) Tekad untuk memajukan diri dengan ilmu.
6) Senyum walaupun pahit rasa nak merungut.
7) Rajin berusaha.
8) Biar lambat asalkan cekap dan faham.
3 comments:
gud luck awie. (bachelorofcustomerservice.blogspot.com)
Thank you my Bos! =)
note u ni membantu la utk control lusa..thanks
Post a Comment