CC's Customer

Wednesday, February 23

Life Potrait 2302

GOING OUT EVERYDAY...IT DOESN’T MEAN I AM DATING ON SOMEONE.
JUST A DAILY ROUTINE TO HAVE DINNER & CHILLAX HOURS WITH BESTIES.

23 Feb 2011 (Rabu), Cerah

You are 25 minutes late today Ms. Noorie Nabila. Anyway, it’s better late than never. Last minute information, aku pergi kerja lambat hari ni.Tak tahu atas dasar sebab apa, my partner tak dapat datang kerja hari ni, aku pun malas nak tanya banyak dekat orang yang suka berahsia ni, nanti dikatakan busy body. Luckily, ada Cik R yang sudi tolong aku hari ni. Tu pun nasib baik dia bangun awal tadi so she’s aware my s.o.s text message…ingatkan petang balik kerja nak mintak my superhero kat rumah datang amek tapi bila cik R meng’offer’kan diri untuk datang lagi jemput aku balik so Alhamdulillah je laa ..bersyukur dapat kawan-kawan yang macam ni, susah senang ada bersama. Thanx cik R! Nak minta tolong Ms. D sebenarnya pagi tadi tapi ye laa dia pun pergi kerja pukul 6.30am, waktu tu aku baru terpisat-pisat nak bangun pagi. Huu~

Semalam (22 Feb 2011) adalah hari pilihan raya kampus UiTM Shah Alam. Walaupun aku tengah practical tapi aku masih ambil peduli pasal perkembangan politik kampus, saya sayang UiTM <3 Lainnya kali ni, aku bukan calon tapi aku supporter je…kebanyakan calon MPP kali ni memang aku tak kenal, just a few of them that I recognize. Apa-apa pun CONGRATULATIONS to all of them 52 orang dari 26 fakulti yang berjaya dalam pilihan raya tahun ni. Especially saudara Mohamad Azahary Arjemi & Mohd Fauzi Sohi from FKM. Pada yang kalah, jangan give up, banyak lagi cabang lain untuk kalian boleh kembangkan bakat kepimpinan tu. JPK Kolej & SMF Fakulti, also persatuan-persatuan dalaman sedia menerima anda untuk berkhidmat. The market is already there lies in you, leader! Sebelum pilihan raya kampus, rata-rata kampus universiti dalam Malysia ni kecoh dengan kempen-kempen dari calon Pro Aspirasi & Pro Mahasiswa. Glad dalam UiTM ni, kami semua sepakat berjuang atas satu nama iaitu UiTM – benteng terakhir orang Melayu, walaupun dalam ura-uranya khabar angin yang aku dengan ada antara calon yang bertanding di sebaliknya adalah calon dari Pro M. Tiada komen lanjut tentang isu tu, malas nak cakap sebab mahasiswa hari ni dah celik tak buta macam dulu sebab tu aku pernah cakap jangan terlalu alpa dengan keamanan yang kita ada, nanti jadi macam lagu Malique tajuk Layu tu ‘’tapi angin api kita lupa, mereka merancang masa menjilat bangsa’’. UiTM leader have to be alert and more aware about all this kinds of issues, takkan nak jadi macam UM, UKM & UPSI where the Pro M wins the election in future? Perjuangan yang belum selesai, lepas ni harap-harap lebih mendengar suara siswa seperti akmi di bawah ni, dengar fikir dan nilai tapi bukan menghentam kami semula. Cari mana logiknya dan cuba baiki jika kami tersilap tafsir.

Suddenly dapat call dari one of my mom’s friend. Tiba-tiba je  mak cik ni call, aku pun tak kenal number siapa sebenarnya, she know my full name everything, stalker apa mak cik ni. Rupa-rupanya dia nak mintak tolong aku carikan tempat practical untuk anak bujang dia. Eh, hello bukan ke anak mak cik tu lelaki? Budak UM bukan market lagi tinggi dari UiTM yang tak seberapa ni ke? Dah laa anak dia mengada-ngada, practical nak dekat-dekat je..tak nak jauh-jauh dari Shah Alam, nak ada elaun. Kau lelaki weh bukannya perempuan takut nak pergi kerja jauh-jauh, kalau aku ni lelaki dah lama aku apply practical kat tempat jauh-jauh, oil & gas industry pun aku apply je. Bila lagi nak mengembara cari pengalaman macam tu. Perempuan ye r susah nak dapat tempat-tempat macam tu. Musykil aku, anak mak ke anak manja mamat ni? Padahal sebaya je dengan aku, kalau aku kenal or jumpa, mesti dah kena kecam dengan aku. Come on la kau lelaki kot, tak kan laa tak ada clicks untuk cari lubang nak practical bagai. Hishhh~ Aku tolong pun sebab mengenangkan mak kau kenal dengan mak aku je. Kalau tak jangan harap! HAHAHAHAHA :D

**misi mencari cendol Ms. D tak berjaya petang semalam. Akhirnya berjaya pada jam 6.50pm tadi. Syabas & tahniah diucapkan! huhuhu

No comments: