Bab sebelum <klik sini>
* 6 *
SEBAIK SAJA TIBA di rumah, pintu dihempas tutup, tanpa
menyapa Nadin yang duduk di ruang tamu menghadap laptop membuat kerja. Terasa
seperti ada raksasa sedang menaiki tangga, tidak lama kemudian pintu bilik pula
kedengaran dihempas kuat. Nadin tersentak. "Apa pasal
pula Irin ni? Angin tidak, mendung tidak, tiba-tiba je ribut petir?" Nadin
tidak puas hati kenapa rakan serumahnya yang sudah dikenali sejak menjadi rakan
sebilik di kolej dulu itu bad mood. Bingkas Nadin bangun meninggalkan kerjanya,
dia menjengok ke bahagian atas rumah itu dari tangga di bawah. Dia mengeluh
berat sambil mendaki tangga yang tak setinggi tangga di Batu Caves.
"Bodoh, memang bodoh!
Eeekkkk!!!!!!!!!!! Geramnya
kenapa kau ni bodoh sangat?!" Nadin yang berada di depan pintu bilik
terdengar Irin merungut sendiri di dalam. Pintu diketuk sekali sebagai tanda seseorang
akan masuk, dikuak pintu itu perlahan dan menjengilkan kepala ke dalam
menjenguk sekilas keadaan rakannya itu.
"Err...boleh
aku masuk? Kau okay ke, Irin?" tanpa menunggu kebenaran Irin, Nadin sudah
pun masuk ke dalam bilik tersebut. Irin sudah menghempaskan dirinya di atas
katil. Tas tangan dan telefon bimbitnya dicampak saja di atas katil malahan
kipas juga tidak dibuka, bilik agak panas. Melihat keadaan itu, Nadin tahu,
pasti ada yang mengganggu Irin.
Irin kalih
memandang Nadin dengan pandangan kosong lalu dia memandang semula kipas di atas
siling yang mula berpusing selepas Nadin menekan suis buka. "Teruk
sangatkah aku ni?" itu saja ayat yang keluar dari mulut Irin.
"Maksud
kau? Teruk dari segi apa?" Nadin menghampiri Irin dan turut membaringkan
dirinya di sebelah. Cuba menyelami dan memahami krisis dalam diri Irin.
"Kenapa
selalu orang yang aku suka mesti tinggalkan aku? Instead of me,
yang dah ada depan mata, dah ada kat sebelah, they still choose other girl over
me?" Irin mula merintih. Dia bangun menuju ke cermin. Segenap wajah dan
seluruh dirinya direnung dalam. Tercari-cari kekurangan diri.
"Mungkin orang tu bukan untuk
kau, bukan jodoh kau, yakinlah suatu hari nanti kau akan jumpa orang tu
juga." Nadin yang sudah bersila di atas katil cuba memujuk hati Irin yang
tengah pedih.
"Nanti. Nanti. Dari dulu semua
orang cakap nanti. Tapi bila? Apa
kurangnya aku?" Irin paling ke arah Nadin.
"Kau
tak kurang apa-apa pun Irin. Kau tak seteruk mana pun. Orang je yang tak nampak
apa yang ada pada kau. Biasalah manusia ni lebih suka memandang daripada
melihat. Yang kaca disangka berlian. Kuman seberang laut nampak, gajah depan
mata tak nampak." Nadin menarik tangan Irin untuk duduk bertenang.
"Pedulikan
orang nak cakap apa pun, yang penting kau yakin dengan diri sendiri dan
berpegang teguh pada kepercayaan kau sendiri. Jangan pedulikan orang lain. Kau
nak ke kalau orang pilih kau sebab kau bukan diri kau? Just
be yourself. Kecantikan, keelokkan paras rupa semua tu sementara je, lagipun
rupa ni subjektif, lain mata lain pandangan. Setiap orang ada citarasa sendiri,
kau tak boleh nak paksa orang terima kau. Aku yakin, suatu hari nanti kau akan
dapat yang terbaik untuk diri kau. You are special in your own way my
dear." Rambut ikal Irin dibelai-belai sambil menggosok-gosokkan lengan
Irin, menenangkan. Irin cuma diam termenung mendengarnya. Pandangannya kosong.
"Well, thanks Nadin. Feel better
now. Harap sangat akan jumpa orang yang betul-betul istimewa, yang boleh terima
aku seadanya dan sayang aku sepenuh hati dia," Irin menarik nafas
dalam-dalam dan menghembuskannya dengan rasa lebih lega dan selesa.
"Aminnn. That's better. Dah, tak
mahu sedih-sedih lagi. Orang yang tak
nampak kau tu buta hati, harap mata je celik. Hahaha. So, siapa yang kau marah
pula kali ni?"
"No,
aku tak marah siapa-siapa pun. Cuma marah kat diri sendiri," jelas Irin.
"Laa,
kenapa nak marah diri sendiri? Dah tak ada orang lain sangat ke yang kau nak
marah? Hehe" sempat Nadin bergurau menceriakan Irin.
"Entahlah.
Aku ni bukan betul sangat. Kadang-kadang senget juga. Benda kecil pun aku nak
angin. Aku
bengang sebab Kamal tak sudah-sudah push aku, suruh ajak kau keluar lepak sama,
I mean, he want to date you actually. So aku panaslah. Dah la dia push aku,
then aku touching, kenapa laa tak ada lelaki yang buat macam tu untuk aku.
Bodoh kan alasan aku ni?"
"Hahaha. Sebab tu je? Sebab tu
je, Irin, kau nak bengang nak marah nak sedih-sedih macam ni? Alahai, kesiannya
kawan aku ni. Okay, aku faham perasaan kau part yang touching tu, mesti sebab
kau rasa sunyi, rasa tersisih tak ada orang yang special dalam hidup kau. Tu
laa...aku suruh kau confess dekat Hakim dulu, kau tak nak. Kalau kau cakap
mesti korang dah jadi happy couple. Hehehe." Nadin kelihatan langsung
tidak terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Irin.
"Errr, Hakim tu cerita lama
janganlah ungkit nanti aku rindu dia. Eh, kejap. Apsal kau macam tak ada respon
bila aku sebut pasal Kamal nak ajak kau keluar date? Kau tak kisah ke atau
memang tak ada perasaan?" bantal kusyen yang dipeluk erat dipukul pada
lengan Nadin.
"Habis tu kau nak aku bagi respon macam mana? Buat-buat
terkejut then excited? Aku tahu. Dia
selalu PM aku dalam FB, aku je malas nak balas. Aku sibuk laa, banyak kerja, tu
paper work aku dekat bawah banyak lagi belum siap." ujar Nadin yang sudah
bangun dari katil.
"Alaa...keluar
je laa dating dengan dia. Sesekali apa salahnya. Come on,
Nadin, bagilah peluang dekat dia? Dulu
kau tak bagi chance langsung, awal-awal mamat tu kena friend-zone dengan kau. Why
not this time? Masing-masing single and dah bekerjaya. Err..bukan parents kau dah bising suruh kahwin ke dari
dulu? Hehehe" mood Irin sudah kembali pulih nampaknya, kalau tidak masakan
dia mampu memujuk Nadin untuk menerima Kamal.
"Berapa
Kamal bayar kau? Hmmm, tengoklah macam mana." Nadin
sudah di ambang pintu untuk keluar.
"Ececehh..tengoklah. 'Tengoklah'
tu maksudnya ada chance la kan?" usik Irin lagi.
"Bluwekk!" Nadin menjelirkan
lidah. "Anyway, Irin, nak tanya sikit?"
"Apa dia?" Irin kembali
serius, atau maksud yang lebih tepat untuk konteks keadaan ini, normal.
"Kau ada hati dekat Kamal ke?"
"............."
Irin mencampakkan bantal kusyen ke arah Nadin yang berada di sebalik pintu.
"Soalan apa kau tanya ni? Heyy, aku kawan je dengan dia. Dia suka kau, dia
kawan aku, kau kawan aku, okay?" sambung Irin. Nadin hanya senyum
meninggalkan Irin bersendirian semula, dia turun semula ke ruang tamu
menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi. Beberapa saat selepas Nadin
turun...
"Kenapa
kau tanya soalan tu, Nadin? Tahu tak soalan tu susah untuk aku jawab?"
satu keluhan berat dilepaskan. Irin melihat dirinya di dalam cermin. "Dulu
aku memang ada hati dekat Kamal, yeah I admit it, sekarang pun masih ada sikit.
Tapi jangan risau sebab kau lebih bertuah, Nadin. Kamal pilih kau, dia sangat
cintakan kau. Sebagai sahabat, aku tak akan khianati kau. I will
be happy for you both. Itu pun kalau
kau dapat terima dia laa. Tak apa, aku akan doakan korang berdua. Ouchh, butt
hurt!" Irin bercakap sendiri di depan cermin. Walaupun sudah lega dipujuk
mendengar kata-kata motivasi Nadin, jauh di sudut hati, masih ada sedikit luka
yang pedih.