Bab sebelum <klik sini>
* 5 *
ORANG
RAMAI BERPUSU-PUSU keluar meninggalkan pawagam, masing-masing tak tahan dengan
kedinginan air-cond di dalam agaknya. Apa lagi, ibarat kambing terlepas dari
kandang di pintu keluar utama GSC Mid Valley. Mereka berjalan beriringan menuju
ke escalator untuk turun ke tingkat bawah.
"Hey, thanks tau, Kamal sebab dah
belanja aku tengok movie, belanja aku lunch dekat Chillis tadi. Jimat duit belanja aku hari ni tapi still, jom aku
belanja minum petang pula. Secret Recipe okay? Pekena kek
sikit?" ujar Irin semasa menuruni escalator. Irin tampil ringkas dengan
sepasang chiffon blouse rona kuning bersama jeans.
"Kalau kau yang belanja, okay
set. Jom Secret Recipe pula. Anyway, your welcome, it's my pleasure to treat
you. Sejak kerja aku tak pernah lagi belanja kau, kan? Tapi kalau Nadin ada
sekali mesti lagi best," Kamal menarik-narik kemeja petak yang dikenakan
bersama jaket
.
"Alaa, bukan aku tak ajak. Aku
dah cakap dah kau nak belanja tapi dia kena balik rumah sebab family dia nak
balik kampung. Nak buat macam mana, family first. Tak apa laa, lain kali kita
ajak laa dia ikut sekali." Irin mendahului Kamal berjalan di depan, mereka
menuju ke Secret Recipe yang agak sesak tapi nasib mereka baik kerana masih ada
table for two yang kosong.
Kamal menjadi teragak-agak untuk
bertanyakan sesuatu selepas pelayan mengambil pesanan mereka. "Weh, tanya
sikit. Nadin tu single lagi ke? Or parents dia dah ada pilihan untuk dia?"
Irin terpempam dengan soalan tiba-tiba
Kamal itu. Muka Irin sangat terkejut. Haruslah terkejut. "Kamal!"
sedikit tinggi nada suara Irin. "I thought you have give up on her? Lepas
apa yang dia buat kat kau dulu, layan tak layan, plus tindakan kau yang
menyepikan diri sampai aku contact pun tak dapat. Ingatkan kau dah lupakan
kisah silam tu?"
"Excuse me. Here are your cuppucino,
green apple kasturi, one slice New York cheese and one slice tiramisu."
celah pelayan yang membawa pesanan mereka dan dihidangkan.
"Thank you," jawan Irin
ringkas supaya pelayan tersebut cepat berlalu. "So apa kes sekarang ni Kamal?" sambung Irin
sebaik sahaja pelayan meninggalkan mereka.
Kamal
meneguk Cuppucino dahulu membasahkan tekak. "Okay, cool Irin, minum air tu dulu hilangkan
haus?"
"Aku
dah minum banyak hari ni. Silakan dengan penerangan anda?
Please." Betul jus di depannya tidak dihiraukan.
"Aku akan jawab persoalan kau
lepas kau jawab soalan aku yang mula-mula tadi tu je. Single atau tidak?"
dah macam perbincangan perdamaian dua negara pula. "Single," seketul.
Pantas jawapan Irin keluar.
"Single. Then, great. Ada peluang
lagi la aku." Irin masih
ternanti-nantikan penerangan lanjut dari Kamal. Tangannya mula
lincah mengacau jus dengan penyedup minuman yang tersedia.
"Dulu mungkin dia boleh buat tak
layan dekat aku sebab masa tu belum habis belajar. Aku pun baru nak grad, belum kerja. Tapi keadaan sekarang
dah berubah. Aku sedar, aku tak sehebat dia, aku cuma ada degree, dia ada
master lepas tu ada PhD."
"Aww..boleh
tak kau buang part-part sedih yag buatkan kau ni pathetic? Janganlah
down to earth sangat. Please be straight to the point, tak payah nak
bunga-bunga sangat cerita kau ni, aku tau kau budak sastera dulu. Dengan aku
tak payah nak panjang lebar." satu suapan besar kek New York cheese masuk
ke mulut.
"Haha. Ok fine. Aku budak
sastera. The reason why I'm away all this while sebab aku tengah berusaha untuk
berjaya, aku nak buktikan aku boleh berjaya walaupun aku tak sehebat dia dalam
akademik. Tapi aku mampu untuk jadi yang terbaik untuk dia. Jadi, sekarang ni
aku tak terlambat lagi, kan?"
"Alahai, terharunya aku dengar cerita kau. Unsung hero sangat! Haha.
But great, honestly aku ucapkan tahniah, syabas atas usaha keras kau selama
ni," Irin memuji tindakan rakannya yang berusaha gigih itu untuk
membuktikan dirinya boleh berjaya demi cinta. "Jadi, ini lah motif utama
kau ajak aku keluar, belanja movie, lunch semua? Eh silap, nak ajak Nadin
sebenarnya, kan? Kira aku ni penyibuk laa?"
"Hahaha. Kau ni makan comot laa...." Kamal
memanjangkan tangan mengelap tepi bibir Irin yang tersisa serpihan New York
cheese dengan tisu. "Mana ada penyibuk, kau penyatu kitorang
kot," sambungnya lagi.
Irin agak terkejut dengan tindakan Kamal.
"Kamal ni biar betul. Tak pernah-pernah ada orang lapkan mulut aku makan
comot. Haii...apsal la kau tak jadi boyfriend aku je. Ni tidak, Nadin juga yang
kau nampak. Aku kat depan mata kau selama ni?" gumam Irin di dalam hati
tatkala Kamal mengesat tepi bibirnya. "Eh, tak apa laa Kamal, aku boleh
lap sendiri. Sikit je kan? Apa laa kau ni, aku kan dah besar, bukannya budak
kecik," ujar Irin yang menolak tangan Kamal, lalu dia mengesat sendiri
kesan comot tersebut.
"Dah
hilang. Aku dah kesat tadi. Dah besar pun makan comot. Hahaha. Kelakar lah kau
ni, kadang-kadang comel juga. Hahaha!"
"Siot.
Bahan aku pula, gelak sakan nampak. Dah lama hidup ke? Pernah minum cuppucino
telan sekali dengan cawan dia tak?" ugut Irin yang terasa dirinya
dipermalukan.
"Okay,
okay sorry! Haha. Sorry babe, aku tak sengaja terlebih gelak pula. Amboi, marah
betul kat aku sampai mengugut. Main kasar nampak, ni kalau Nadin ada mesti tak
berani cakap macam ni, kan? Bukan main, kalau dengan Nadin, baik je sopan
je..."
"Shut
up." protes Irin. Dia terus menghabiskan potongan kek terakhir di atas
piring tanpa menghiraukan Kamal yang masih terkekeh-kekeh ketawa. "Nadin.
Nadin. Nadin. Macamlah Nadin nak dekat dia. Beranganlah woi..." ejek Irin
yang tak puas hati. Antara sebab tak puas hati? Pertama, kena gelak dekat public
sebab makan kek comot, kelakar katanya. Kedua, Nadin Nadin Nadin, kenapa Nadin?
Kenapa tak Irin? Ketiga, kenapalah sepupu Kamal tu tak macam Kamal dengan
Nadin?
No comments:
Post a Comment