CC's Customer

Monday, January 13

Sandwich & Paris [Bab 3 & 4]

Bab sebelum <klik sini>

*        3        *

TUJUH TAHUN DAHULU...

         "Irin, siapa nama roomate kau?" Kamal bertanya sewaktu mereka sedang makan bersama di cafe.

          "Nadin. Nadin Insyirah. Kenapa? Kan pernah ikut aku join program dulu."

          "Oh, Nadin eh nama dia. Aku ingat muka tapi tak ingat nama. Pernah borak dengan dia dulu, peramah juga dia tu, ingatkan jenis stone tak layan lelaki."

          "Tak ada lah. Dia okay je. Jenis humble, tak kisah pun kawan dengan lelaki. Cuma jangan lebih-lebih nak menggatal tu je la dia tak berkenan."

          "Ooohhh....mesti tak ada pakwe kan? Dah kau cakap dia tak suka lelaki menggatal?"

          "Hmm, buat masa ni tak ada tapi tak tahu la kalau dia jenis senyap-senyap, kan. Yang pasti dia bukan jenis yang suka melayan orang flirt. Haha. Cool dapat roomate yang sama-sama single dan tak gedik."

          "Jangan kasar macam kau juga sudah. Haha. Eh, dia suka lelaki yang macam mana? Kau mesti tau kan? Korang kan sama-sama single, perempuan kan suka cerita-cerita macam ni."

          "Ahh, lantak aku la nak kasar ke apa tapi belum pernah lagi ada orang yang cedera sebab kena belasah dengan aku kira bagus la kan? Haha. Aku tak tahu laa dia suka lelaki yang macam mana, kitorang tak pernah pun cerita pasal tu. Kau ni peliklah, Kamal. Apsal hari ni mulut kau macam nyah sibuk sangat nak tahu pasal orang?" Irin mula 'terhidu' sesuatu di sudut hati Kamal.

          "Ha'ah..mak jemah saaangaattt. Tak kuasa mak, nak. Mak saja je tanya, dah mak kenal roomate kamu tapi tak tahu nama so tanya-tanya la sikit nak kenal juga roomate kamu tu." Kamal membuat gaya mak jemah dengan jayanya.

          "Yeke? Bukan sebab mak suka dia? Kau suka Nadin, kan Kamal?" Irin melayan karektor mak jemah Kamal itu sambil memerangkap.

          Kamal terkedu. Air barli ais juga tersembur akibat tersedak terkejut dengan telahan Irin yang mengena. Kamal masih terdiam, tisu disebelah diambil untuk mengelap air yang bersisa di bawah bibirnya. Nafas ditarik dalam, Kamal tertunduk.

          "Ahahh, gotcha!" Dua pistol tangan diacukan ke arah Kamal dengan mata dikenyitkan sebelah. Irin tersengih dengan penuh rasa puas dan gembira kerana berjaya mengenakan Kamal.

SEPANJANG PETANG HINGGA ke malam, Irin tak lekang dengan Galaxy SIII. Ke hulur ke hilir, dibawanya telefon berkenaan ke mana sahaja. Rancangan di TV juga ditonton Nadin seorang, Irin sibuk melayan WhatsApp.

          "Kau chat dengan siapa? Dari balik petang tadi, aku tengok kau tak lekang dengan telefon tu. Kau tak nak tidur ke? Aku dah mengantuk ni, esok kerja." Nadin mengambil remote control di sebelah Irin, langsung Irin tak endah, begitu leka dia menaip.

          "WhatsApp dengan Kamal. Banyak sangat gosip lima tahun tak jumpa. Macam-macam cerita. Kau tau la aku dengan Kamal dulu macam mana. Haha."

          "Selama ni korang tak contact ke? Aku ingat korang masih berhubung."

          "Mana ada contact. Entah giler apa si Kamal tu pergi tukar number tak bagitahu aku dulu, dekat dalam FB pun senyap je. Aku malas laa nak kacau sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya, kan." Irin sibuk membalas WhatsApp yang baru diterima. "Nadin, Kamal kirim salam."

          "Hmm, kirim salam balik. Aku nak naik tidur dulu. Nanti jangan lupa tutup lampu and plug semua. Kau tu jangan tidur lewat pula." bingkas Nadin bangun mendaki tangga ke bilik di atas.

          "Baik, cik puan!"
anime girl texting photo 142-1.jpg

*        4        *


PADA HARI RAYA aidilfitri tiga tahun lepas. seperti biasa Irin akan mengucapkan 'Salam Aidilfitri'nya kepada semua kenalan rapat, tidak ketinggalan secret crush yang dicintai sejak kali pertama berkenalan di dalam laman sosial kegemaran ramai. Biarlah apa pun orang nak kata, tak tahu malu, perigi cari timba, gula cari semut, bunga kejar kumbang, itu semua sudah tidak menjadi kudis di hatinya. Bagi gadis bernama Irin Nadia, ianya bukan suatu tindakan yang menyalahi mana-mana hukum kanun mahupun undang-undang negara. Tidak salah bukan jika sekadar menyampaikan salam mengucapkan selamat pada seseorang? Itu juga sebagai satu tanda ingatan. Bukannya meluahkan perasaan pada suami atau orang waima memaksa insan itu menerima kita. Bukan paksaan, sekadar tanda ingatan tulus dan ikhlas. Irin tidak pernah berputus asa, biar pun dia selalu berkecil hati kerana ucapan kirimannya menerusi SMS mahupun aplikasi sosial di telefon pintar itu tidak dibalas insan di hujung sana. "Tak apa, asalkan dia tahu aku selalu ingat dekat dia, dia akan tahu aku selalu ada untuk dia. Hee," itulah sebaris ayat penyedap hati duka lara Irin Nadia setiap kali pesanannya ibarat angin lalu saja.

          Bunyi telefon berdering tanda ada pesanan yang diterima. Hakim yang sedang duduk di ruang tamu rumah opahnya bersama saudara-mara berdiri mengeluarkan iPhone4 dari saku seluar. "1 Message received". Hakim membuka mesej tersebut, sekilas dilihat nama penghantar mesej, senyuman tipis terukir di tepi bibir, ada iras-iras Ashraf Muslim. Lalu disimpan semula iPhone4 ke dalam saku seluar, wajahnya nampak tenang dan slumber terus menyelukkan tangan ke dalam balang kuih tart nanas. Siapa berani menolak kuih tart nanas buatan Makcu Sal, inti jem nanas yang pekat dan manis, ahh tak sampai 3 Syawal mesti dah habis. Seketul tart nanas dimasukkan terus penuh ke dalam mulut.

          Kamal yang memerhatikan gerak-geri Hakim dari tadi berdehem di sebelahnya, bukan Kamal tak nampak mesej apa yang diterima Hakim tadi, malah dia cukup kenal siapa pengirimnya. Mana kan tidak, satu minit sebelum iPhone4 Hakim berbunyi, Kamal terlebih dahulu mendapat mesej yang sama dari penghantar yang sama, cuma mesej untuk Kamal lebih panjang sebab si penghantar sempat minta duit raya. Jika Kamal membalas mesej tersebut, mengapa Hakim hanya senyum dan membiarkan saja mesej berkenaan?

          "Siapa mesej Hakim? Girlfriend dah tanya bila nak datang beraya ke?" soal Kamal cuba menjebak.

          "Aku mana ada girlfriend dowh. Lainlah kau, keliling pinggang. Hahaha." jawab Hakim acuh tak acuh.

          "Huh, kalau keliling pinggang aku dah keliling Malaysia sekarang ni beraya sakan. Irin ke yang hantar mesej? Senyum semacam kau lepas baca tadi, bahagia la tuh..." air Sunquick dituang lagi ke dalam gelas yang sudah kosong. Hari raya, makan kuih depan TV dengan saudara-mara macam ni memang asyik nak minum je.

          "Ha'ah. Irin, skandal lama kau tu yang mesej. Eh, kau skodeng phone aku eh masa aku baca tadi?"

          "Hoi mana ada skodeng. Aku ternampak je dah kau kat sebelah aku, siapa suruh baca mesej tak cover. Dia pun mesej aku juga tadi, ni tengah mesej dengan dia la nih," Kamal menggoyangkan telefonnya di depan Hakim. "Kau dengan dia apa cerita sebenarnya sekarang?" sambung Kamal.

          "Apa cerita apa maksud kau? Dia ada cakap apa-apa ke dekat kau?" Hakim kelihatan agak serius sedikit, dia mula membetulkan duduknya. Kini lebih fokus kepada Kamal. Sepupu-sepupu dan adik-beradik yang lain leka menonton rancangan hiburan sempena hari raya di TV. Ahli keluarga yang lebih tua pula sibuk di bahagian dapur, riuh-rendah suasana, setahun sekali berkumpul balik kampung.

          "Yelah, kau dengan Irin tak ada apa-apa perkembangan ke? Dia tak ada pula cerita apa-apa pasal korang dekat aku."

          "Nak ada perkembangan apanya, bukan dia dengan kau ke? Tu siap tengah mesej lagi." bibir dijuihkan ke arah telefon Kamal yang berada di dalam genggaman.

          "Irin? Dengan aku? Mana ada apa-apa. Aku dengan dia kawan biasa je. Aku pun jarang contact dengan dia lepas grad so time-time macam ni laa kitorang merapatkan balik ukhwah sahabat tu tadi. Aikk..kau ni macam tak puas hati je aku tengah mesej dengan dia. Jealous ke? Atau kau nak aku suruh dia mesej kau sekarang? Hahaha," ujar Kamal dengan membuat muka tak percaya pada Hakim. Ada unsur-unsur mencabar perasaan Hakim di situ. "Sepupu aku ni suka Irin ke tidak? Gaya macam suka tapi member tu mesej tak balas pula. Pelik-pelik la kerenah mamat ni," bisik hati Kamal.

          Hakim tersandar ke belakang, dahinya berkerut, cermin mata old school pada batang hidung tempias aura hindustan ditolak sedikit. "Apa hal pula aku nak tak puas hati dengan kau, bro? Tak ada motif," penjelasan selamat dikeluarkan. Muka masih tak puas hati macam ada sesuatu. Fishy.

          "Habis tu, kenapa kau tak balas mesej dia?Aku rasa ni bukan kali pertama kau tak balas. Irin tu jenis perempuan yang tak mudah putus asa, tahu? Selagi dia tak dapat alasan, jawapan atau apa-apa yang kukuh, pada dia rasa benda tu realistik, logik, konkrit, besi padu semua tu, dia tak akan mengalah. Melainkan, kau confront bagitahu dia direct, kau tak suka dia mesej kau, comfirm lepas tu dia buat kau macam tak wujud, macam apa yang kau buat dekat dia baru ni tadi. Hurmm..ada faham, macha?" Dalam pada mempersoal, menjebak Hakim, sempat Kamal selitkan serba sedikit karektor paling kuat dalam diri Irin. "Tak faham juga, aku tak tahu laa Hakim ni. Haishhh," monolog dalaman.

          Hakim yang mendengar kata-kata Kamal, terkebil-kebil ibarat sesumpah yang baru tercekik pepatung. "Bukan aku tak nak balas. Cuma......." lama Hakim terdiam cuba memahami perasaannya yang sebenar dan memikirkan kata-kata yang patut disampaikan kepada abang saudaranya.

Close up of serious man's thinking face

          "Cuma apa?" sambut Kamal yang tak sabar ingin tahu.

          Hakim merenung Kamal lantas dia tersenyum lagi dan tertunduk seketika. "Biarlah rahsia. Hehehe."

          "Macam lagu la pula. Kira kau pun suka dia la kan? Habis tu kenapa tak balas? Kau ni, kesian la kat member tu, tiap-tiap tahun raya tak pernah missed wish kat kau. Birthday kau lagi la tak payah cakap, tak missed juga. Tapi tengok, apa kau buat kat dia? Orang dah nak, buat-buat jual mahal pula mengalahkan perempuan la, Hakim. Sepatutnya, kau yang buat macam tu kat dia, ni terbalik pula. Dah melepas nanti baru menyesal. Hahaha." Kamal menepuk-nepuk belakang Hakim sambil ketawa. Hakim hanya membiarkan perbuatan Kamal, malahan dia juga turut ketawa bersama.

          "Abang Kamal ni kenapa ketawa macam orang gila dengan Along? Eeuwww..pegang-pegang belakang pula tuh. Gay eh? Report kat Pak Ngah..." tegur adik kedua Hakim, Hanani yang terpandang gelagat mereka berdua.

Bersambung ...

No comments: