CC's Customer

Monday, February 10

Sandwich & Paris [Bab 6]

Bab sebelum <klik sini>

*        6        *

SEBAIK SAJA TIBA di rumah, pintu dihempas tutup, tanpa menyapa Nadin yang duduk di ruang tamu menghadap laptop membuat kerja. Terasa seperti ada raksasa sedang menaiki tangga, tidak lama kemudian pintu bilik pula kedengaran dihempas kuat. Nadin tersentak. "Apa pasal pula Irin ni? Angin tidak, mendung tidak, tiba-tiba je ribut petir?" Nadin tidak puas hati kenapa rakan serumahnya yang sudah dikenali sejak menjadi rakan sebilik di kolej dulu itu bad mood. Bingkas Nadin bangun meninggalkan kerjanya, dia menjengok ke bahagian atas rumah itu dari tangga di bawah. Dia mengeluh berat sambil mendaki tangga yang tak setinggi tangga di Batu Caves.

          "Bodoh, memang bodoh! Eeekkkk!!!!!!!!!!! Geramnya kenapa kau ni bodoh sangat?!" Nadin yang berada di depan pintu bilik terdengar Irin merungut sendiri di dalam. Pintu diketuk sekali sebagai tanda seseorang akan masuk, dikuak pintu itu perlahan dan menjengilkan kepala ke dalam menjenguk sekilas keadaan rakannya itu.

          "Err...boleh aku masuk? Kau okay ke, Irin?" tanpa menunggu kebenaran Irin, Nadin sudah pun masuk ke dalam bilik tersebut. Irin sudah menghempaskan dirinya di atas katil. Tas tangan dan telefon bimbitnya dicampak saja di atas katil malahan kipas juga tidak dibuka, bilik agak panas. Melihat keadaan itu, Nadin tahu, pasti ada yang mengganggu Irin.

          Irin kalih memandang Nadin dengan pandangan kosong lalu dia memandang semula kipas di atas siling yang mula berpusing selepas Nadin menekan suis buka. "Teruk sangatkah aku ni?" itu saja ayat yang keluar dari mulut Irin.


          "Maksud kau? Teruk dari segi apa?" Nadin menghampiri Irin dan turut membaringkan dirinya di sebelah. Cuba menyelami dan memahami krisis dalam diri Irin.

          "Kenapa selalu orang yang aku suka mesti tinggalkan aku? Instead of me, yang dah ada depan mata, dah ada kat sebelah, they still choose other girl over me?" Irin mula merintih. Dia bangun menuju ke cermin. Segenap wajah dan seluruh dirinya direnung dalam. Tercari-cari kekurangan diri.

          "Mungkin orang tu bukan untuk kau, bukan jodoh kau, yakinlah suatu hari nanti kau akan jumpa orang tu juga." Nadin yang sudah bersila di atas katil cuba memujuk hati Irin yang tengah pedih.

          "Nanti. Nanti. Dari dulu semua orang cakap nanti. Tapi bila? Apa kurangnya aku?" Irin paling ke arah Nadin.

          "Kau tak kurang apa-apa pun Irin. Kau tak seteruk mana pun. Orang je yang tak nampak apa yang ada pada kau. Biasalah manusia ni lebih suka memandang daripada melihat. Yang kaca disangka berlian. Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak." Nadin menarik tangan Irin untuk duduk bertenang.

          "Pedulikan orang nak cakap apa pun, yang penting kau yakin dengan diri sendiri dan berpegang teguh pada kepercayaan kau sendiri. Jangan pedulikan orang lain. Kau nak ke kalau orang pilih kau sebab kau bukan diri kau? Just be yourself. Kecantikan, keelokkan paras rupa semua tu sementara je, lagipun rupa ni subjektif, lain mata lain pandangan. Setiap orang ada citarasa sendiri, kau tak boleh nak paksa orang terima kau. Aku yakin, suatu hari nanti kau akan dapat yang terbaik untuk diri kau. You are special in your own way my dear." Rambut ikal Irin dibelai-belai sambil menggosok-gosokkan lengan Irin, menenangkan. Irin cuma diam termenung mendengarnya. Pandangannya kosong.

          "Well, thanks Nadin. Feel better now. Harap sangat akan jumpa orang yang betul-betul istimewa, yang boleh terima aku seadanya dan sayang aku sepenuh hati dia," Irin menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya dengan rasa lebih lega dan selesa.

          "Aminnn. That's better. Dah, tak mahu sedih-sedih lagi. Orang yang tak nampak kau tu buta hati, harap mata je celik. Hahaha. So, siapa yang kau marah pula kali ni?"

          "No, aku tak marah siapa-siapa pun. Cuma marah kat diri sendiri," jelas Irin.

          "Laa, kenapa nak marah diri sendiri? Dah tak ada orang lain sangat ke yang kau nak marah? Hehe" sempat Nadin bergurau menceriakan Irin.

          "Entahlah. Aku ni bukan betul sangat. Kadang-kadang senget juga. Benda kecil pun aku nak angin. Aku bengang sebab Kamal tak sudah-sudah push aku, suruh ajak kau keluar lepak sama, I mean, he want to date you actually. So aku panaslah. Dah la dia push aku, then aku touching, kenapa laa tak ada lelaki yang buat macam tu untuk aku. Bodoh kan alasan aku ni?"

          "Hahaha. Sebab tu je? Sebab tu je, Irin, kau nak bengang nak marah nak sedih-sedih macam ni? Alahai, kesiannya kawan aku ni. Okay, aku faham perasaan kau part yang touching tu, mesti sebab kau rasa sunyi, rasa tersisih tak ada orang yang special dalam hidup kau. Tu laa...aku suruh kau confess dekat Hakim dulu, kau tak nak. Kalau kau cakap mesti korang dah jadi happy couple. Hehehe." Nadin kelihatan langsung tidak terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Irin.

          "Errr, Hakim tu cerita lama janganlah ungkit nanti aku rindu dia. Eh, kejap. Apsal kau macam tak ada respon bila aku sebut pasal Kamal nak ajak kau keluar date? Kau tak kisah ke atau memang tak ada perasaan?" bantal kusyen yang dipeluk erat dipukul pada lengan Nadin.

          "Habis tu kau nak aku bagi respon macam mana? Buat-buat terkejut then excited? Aku tahu. Dia selalu PM aku dalam FB, aku je malas nak balas. Aku sibuk laa, banyak kerja, tu paper work aku dekat bawah banyak lagi belum siap." ujar Nadin yang sudah bangun dari katil.

          "Alaa...keluar je laa dating dengan dia. Sesekali apa salahnya. Come on, Nadin, bagilah peluang dekat dia? Dulu kau tak bagi chance langsung, awal-awal mamat tu kena friend-zone dengan kau. Why not this time? Masing-masing single and dah bekerjaya. Err..bukan parents kau dah bising suruh kahwin ke dari dulu? Hehehe" mood Irin sudah kembali pulih nampaknya, kalau tidak masakan dia mampu memujuk Nadin untuk menerima Kamal.

          "Berapa Kamal bayar kau? Hmmm, tengoklah macam mana." Nadin sudah di ambang pintu untuk keluar.

          "Ececehh..tengoklah. 'Tengoklah' tu maksudnya ada chance la kan?" usik Irin lagi.

          "Bluwekk!" Nadin menjelirkan lidah. "Anyway, Irin, nak tanya sikit?"

          "Apa dia?" Irin kembali serius, atau maksud yang lebih tepat untuk konteks keadaan ini, normal.

          "Kau ada hati dekat Kamal ke?"

          "............." Irin mencampakkan bantal kusyen ke arah Nadin yang berada di sebalik pintu. "Soalan apa kau tanya ni? Heyy, aku kawan je dengan dia. Dia suka kau, dia kawan aku, kau kawan aku, okay?" sambung Irin. Nadin hanya senyum meninggalkan Irin bersendirian semula, dia turun semula ke ruang tamu menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi. Beberapa saat selepas Nadin turun...


          "Kenapa kau tanya soalan tu, Nadin? Tahu tak soalan tu susah untuk aku jawab?" satu keluhan berat dilepaskan. Irin melihat dirinya di dalam cermin. "Dulu aku memang ada hati dekat Kamal, yeah I admit it, sekarang pun masih ada sikit. Tapi jangan risau sebab kau lebih bertuah, Nadin. Kamal pilih kau, dia sangat cintakan kau. Sebagai sahabat, aku tak akan khianati kau. I will be happy for you both. Itu pun kalau kau dapat terima dia laa. Tak apa, aku akan doakan korang berdua. Ouchh, butt hurt!" Irin bercakap sendiri di depan cermin. Walaupun sudah lega dipujuk mendengar kata-kata motivasi Nadin, jauh di sudut hati, masih ada sedikit luka yang pedih.


Bersambung...

No comments: