CC's Customer

Monday, December 9

Sandwich & Paris [Bab 2}

Bab sebelum <klik sini>

*        2        *

BAJU KURUNG MERAH jambu yang dipakai dikemaskan dahulu selepas keluar dari perut kereta. Irin memandang cermin keretanya sambil membetulkan gayanya, rambut ikal  mayangnya dilurut-lurutkan dengan jari supaya tampil lebih kemas. Nadin hanya tersenyum sambil meggeleng kepala mengeluarkan kotak hadiah yang baru mereka beli sejam yang lalu. Nasib baik kaunter membungkus hadiah agak lengang, tak perlu menunggu lama untuk hadiah dibalut. "Nadin, okay tak?" Irin bertanya tentang penampilannya.

          "Ooiii..cantiknya. Macam bidadari dari kayangan." puji Nadin melambung. "Irin ni kalau tak dipuji, tak diiyakan nanti makin berkurun la dia sibuk betulkan baju, rambut, make up semua kat sini," gumam Nadin.

          "Betul ni? Okay, hadiah dah ambil?"

          "Dah...dah lama dah aku pegang ni, naik lengoh tangan."

          "Lenguh eh? Meh aku bawa pula. Kereta dah kunci, kan? Jom, masuk."



          Majlis perkahwinan Farah diadakan di Bistro MAEPS Serdang itu dihadiri ramai tetamu. Al-maklum, pasangannya anak orang kehormat, pastinya ramai tetami VIP juga. Tidak ketinggalan rakan taulan dari universiti mereka juga. Irin dan Nadin jalan masuk beriringan sambil disambut keluarga Farah. Selepas meyampaikan hadiah, mereka pun masuk ke bahagian dalam bistro untuk mencari tempat duduk. Majlis persandingan pengantin masih belum bermula nampaknya. Seorang lelaki segak berbaju melayu ungu lengkap bersampin menghampiri mereka berdua. Dari jauh lelaki berkenaan sudah tersenyum lebar sambil melambaikan tangannya. Satu ucapan "Hai" disampaikan setelah lelaki berkenaan berada di hadapan mereka.

           Irin membalas ucapan lelaki berkenaan dengan penuh teruja, "Hai, Kamal! Wow..lama giler tak jumpa. " Tangan dihulurkan untuk berjabat.

          "Assalamu'alaikum. Kamal sihat?" Salam Nadin membuatkan Kamal dan Irin tersentak dari berjabat tangan.

          "Wa'alaikumsalam. Saya sihat. Alhamdulillah. Nadin sihat?" ada sedikit segan pada diri Kamal nampaknya. Nadin hanya mengangguk ringkas tanda jawapan dirinya juga sihat. Nadin sememangnya seorang gadis yang sopan dan berpegang kuat dengan ajaran Islam. Pasti dia kurang selesa melihat Irin dan Kamal bersalaman.

          "Oops, sorry Nadin, aku dah terbiasa jumpa klien salam tangan." Irin memohon maaf pada rakannya atas perbuatannya yang terlajak itu. Dia juga menyalahkan dirinya yang sudah terbiasa, tidak sepatutnya bersalaman dengan orang yang bukan muhrim. Walaupun sebelum ini, Irin sudah biasa bertepuk tampar dengan Kamal sejak mereka berkenalan di universiti dahulu. Tapi, Nadin lain. Irin perlu menghormati rakannya itu juga. Lain padang lain belalang.

          "Eh, korang berdua macam kembar la hari ni. Dua-dua pink. Tapi Nadin lagi ayu sebab dia pakai tudung." Usik Kamal sambil memuji mengambil hati Nadin sebenarnya.

          "Nadin je? Aku?" ujar Irin tersengih, membuat pose gaya model.

          "Kau pun makin cantik, tak macam dulu dah. Dari jauh tadi aku ingat model mana laa datang. Hehe. Eh, jomlah duduk dengan kitorang kat meja sana tu. Ada kosong lagi." Kamal membawa Irn dan Nadin ke meja.

          "Kau buat apa sekarang, Kamal? Dah lama tak dengar cerita kau, call aku pun dah tak." soal Irin macam penyiasat sambil mengekori belakang Kamal.

          Kamal menarik kerusi untuk Irin dan Nadin di sebelah kerusinya. Rakan-rakan seuniversiti yang lain menyambut mereka ke meja tersebut dengan penuh mesra. Mereka saling bertukar-tukar senyuman dan bertanya khabar. Kamal mengambil tempat duduknya, dia memandang Irin yang duduk diantara Nadin dan dirinya. Irin terasa seseorang sedang memandangnya di sebelah kanan. Suasana sepi seketika antara mereka berdua, Nadin rancak berbual dengan Liyana dan lain-lain. Irin menoleh, Kamal tertangkap sedang merenungnya. Kamal tersentak dari renungannya, Irin tertawa melihat gelagat Kamal yang serba tak kena bila kantoi.

          "Kenapa kau pandang aku macam tu?" Irin bersuara mematikan rasa kekok yang wujud antara mereka berdua. Irin juga malu sebenarnya bila ada lelaki merenungnya begitu.

          "Kau nampak lain. Lain sangat. Tak macam Irin yang aku kenal tujuh tahun dulu." terang Kamal.

          "Kenapa dengan tujuh tahun dulu? Aku gemuk? Tak menarik?"

         "Bukan gemuk. Kau tak gemuk pun, cuma berisi je dulu. Sekarang pun....." Kamal memandang atas bawah untuk kepastian sebelum menyambung ayatnya, "...berisi juga. Tapi memang lain la aku cakap. Makin berseri-seri. Dah ada aura. Mak Esah mana kau jumpa weh? Hehe."

          "Choi..! Apa pula susuk. Khurafat tu. Tak main la susuk, sekarang orang cucuk vitamin C je, botox. Hahaha. Sengal la kau..siap tengok aku atas bawah nak cakap aku berisi. Kurang asam betul. Aku tak reti nak diet-diet kuruskan badan pergi gim macam orang tuuuu..."


          "Hahaha. Kau nak pergi gym? Aku boleh train kau jadi slim and fit, nak? Tapi betul lah, kau memang makin berseri, cantik." 

"Awww...thanks for your compliment. Terharu aku kena puji dengan kau. Hey, kau tak jawab lagi soalan aku dari awal tadi, kau buat apa sekarang Kamal?"

          "Aku kerjalah tak kan jadi suri rumah sepenuh masa pula. Dekat Sime Darby. Kau pula?"
          "Wah, hebat tu Sime Darby. Masyuk tak gaji? Aku kerja dengan consultant company kat Subang."

          "Boleh tahan laa. Tapi kau engineer untuk consultant bukan lagi masyuk ke? Hahaha. Ada boyfriend ke belum? Kalau belum baik cari cepat. berat jodoh nanti perempuan jawatan besar ni. Dulu time kat uni tak nak cari. Haha."

          Begitu seronok Irin dan Kamal berborak, mereka begitu mesra sekali. Sepanjang majlis berlangsung, sesekali Kamal mencuri pandang gadis di sebelah Irin yang telah mencuri hatinya sejak di universiti dahulu.

Bersambung ...