Bab sebelum <klik sini>
* 2 *
BAJU
KURUNG MERAH jambu yang dipakai dikemaskan dahulu selepas keluar dari perut
kereta. Irin memandang cermin keretanya sambil membetulkan gayanya, rambut
ikal mayangnya dilurut-lurutkan dengan
jari supaya tampil lebih kemas. Nadin hanya tersenyum sambil meggeleng kepala
mengeluarkan kotak hadiah yang baru mereka beli sejam yang lalu. Nasib baik
kaunter membungkus hadiah agak lengang, tak perlu menunggu lama untuk hadiah
dibalut. "Nadin, okay tak?" Irin bertanya tentang penampilannya.
"Ooiii..cantiknya. Macam bidadari
dari kayangan." puji Nadin melambung. "Irin ni kalau tak dipuji, tak
diiyakan nanti makin berkurun la dia sibuk betulkan baju, rambut, make up semua
kat sini," gumam Nadin.
"Betul ni? Okay, hadiah dah
ambil?"
"Dah...dah lama dah aku pegang ni, naik lengoh tangan."
"Lenguh
eh? Meh aku bawa pula. Kereta dah
kunci, kan? Jom, masuk."
Majlis
perkahwinan Farah diadakan di Bistro MAEPS Serdang itu dihadiri ramai tetamu.
Al-maklum, pasangannya anak orang kehormat, pastinya ramai tetami VIP juga.
Tidak ketinggalan rakan taulan dari universiti mereka juga. Irin dan Nadin
jalan masuk beriringan sambil disambut keluarga Farah. Selepas meyampaikan
hadiah, mereka pun masuk ke bahagian dalam bistro untuk mencari tempat duduk.
Majlis persandingan pengantin masih belum bermula nampaknya. Seorang lelaki
segak berbaju melayu ungu lengkap bersampin menghampiri mereka berdua. Dari
jauh lelaki berkenaan sudah tersenyum lebar sambil melambaikan tangannya. Satu
ucapan "Hai" disampaikan setelah lelaki berkenaan berada di hadapan
mereka.
Irin membalas ucapan lelaki berkenaan dengan
penuh teruja, "Hai, Kamal! Wow..lama giler tak jumpa. " Tangan
dihulurkan untuk berjabat.
"Assalamu'alaikum.
Kamal sihat?" Salam Nadin membuatkan Kamal dan Irin tersentak dari
berjabat tangan.
"Wa'alaikumsalam.
Saya sihat. Alhamdulillah. Nadin sihat?" ada sedikit segan pada diri Kamal
nampaknya. Nadin hanya mengangguk ringkas tanda jawapan dirinya juga sihat.
Nadin sememangnya seorang gadis yang sopan dan berpegang kuat dengan ajaran
Islam. Pasti dia kurang selesa melihat Irin dan Kamal bersalaman.
"Oops,
sorry Nadin, aku dah terbiasa jumpa klien salam tangan." Irin memohon maaf
pada rakannya atas perbuatannya yang terlajak itu. Dia juga menyalahkan dirinya
yang sudah terbiasa, tidak sepatutnya bersalaman dengan orang yang bukan
muhrim. Walaupun sebelum ini, Irin sudah biasa bertepuk tampar dengan Kamal
sejak mereka berkenalan di universiti dahulu. Tapi, Nadin lain. Irin perlu
menghormati rakannya itu juga. Lain padang lain belalang.
"Eh,
korang berdua macam kembar la hari ni. Dua-dua pink. Tapi Nadin lagi ayu sebab
dia pakai tudung." Usik Kamal sambil memuji mengambil hati Nadin
sebenarnya.
"Nadin
je? Aku?" ujar Irin tersengih, membuat pose gaya model.
"Kau
pun makin cantik, tak macam dulu dah. Dari jauh tadi aku ingat model mana laa
datang. Hehe. Eh, jomlah duduk dengan kitorang kat meja sana tu. Ada kosong
lagi." Kamal membawa Irn dan Nadin ke meja.
"Kau
buat apa sekarang, Kamal? Dah lama tak dengar cerita kau, call aku pun dah
tak." soal Irin macam penyiasat sambil mengekori belakang Kamal.
Kamal
menarik kerusi untuk Irin dan Nadin di sebelah kerusinya. Rakan-rakan
seuniversiti yang lain menyambut mereka ke meja tersebut dengan penuh mesra.
Mereka saling bertukar-tukar senyuman dan bertanya khabar. Kamal mengambil
tempat duduknya, dia memandang Irin yang duduk diantara Nadin dan dirinya. Irin
terasa seseorang sedang memandangnya di sebelah kanan. Suasana sepi seketika
antara mereka berdua, Nadin rancak berbual dengan Liyana dan lain-lain. Irin
menoleh, Kamal tertangkap sedang merenungnya. Kamal tersentak dari renungannya,
Irin tertawa melihat gelagat Kamal yang serba tak kena bila kantoi.
"Kenapa
kau pandang aku macam tu?" Irin bersuara mematikan rasa kekok yang wujud
antara mereka berdua. Irin juga malu sebenarnya bila ada lelaki merenungnya
begitu.
"Kau
nampak lain. Lain sangat. Tak macam Irin yang aku kenal tujuh tahun dulu."
terang Kamal.
"Kenapa
dengan tujuh tahun dulu? Aku gemuk? Tak menarik?"
"Bukan
gemuk. Kau tak gemuk pun, cuma berisi je dulu. Sekarang pun....." Kamal
memandang atas bawah untuk kepastian sebelum menyambung ayatnya,
"...berisi juga. Tapi memang lain la aku cakap. Makin berseri-seri. Dah
ada aura. Mak Esah mana kau jumpa weh? Hehe."
"Choi..! Apa pula susuk. Khurafat
tu. Tak main la susuk, sekarang orang cucuk vitamin C je, botox. Hahaha. Sengal
la kau..siap tengok aku atas bawah nak cakap aku berisi. Kurang asam betul. Aku
tak reti nak diet-diet kuruskan badan pergi gim macam orang tuuuu..."
"Hahaha. Kau nak pergi gym? Aku boleh train kau
jadi slim and fit, nak? Tapi betul lah, kau memang makin berseri, cantik."
"Awww...thanks
for your compliment. Terharu aku
kena puji dengan kau. Hey, kau tak jawab lagi soalan aku dari awal tadi, kau
buat apa sekarang Kamal?"
"Aku
kerjalah tak kan jadi suri rumah sepenuh masa pula. Dekat Sime Darby. Kau
pula?"
"Wah,
hebat tu Sime Darby. Masyuk tak gaji? Aku kerja dengan consultant company kat
Subang."
"Boleh tahan laa. Tapi kau
engineer untuk consultant bukan lagi masyuk ke? Hahaha. Ada boyfriend ke belum?
Kalau belum baik cari cepat. berat jodoh nanti perempuan jawatan besar ni. Dulu
time kat uni tak nak cari. Haha."
Begitu seronok Irin dan Kamal
berborak, mereka begitu mesra sekali. Sepanjang majlis berlangsung, sesekali
Kamal mencuri pandang gadis di sebelah Irin yang telah mencuri hatinya sejak di
universiti dahulu.