CC's Customer

Friday, March 14

Sandwich & Paris [Bab 7 & 8]

Bab sebelum <klik sini>

*        7        *

"NADIN, KAU NAK bawa aku pergi mana ni? Apa dibuat awal-awal pagi hari Sabtu ajak aku keluar? Kau tahu tak aku sepatutnya balas dendam tidur hujung minggu macam ni? Dah la aku jarang cuti hari Sabtu." protes Irin di dalam kereta yang dipandu Nadin. Kenderaan tersebut meluncur laju meninggalkan perkarangan kawasan perumahan mereka.

         "Alaa banyak cakap laa mak cik ni. Ikut je la temankan aku. Balas dendam tidur kau tu, nanti dah balik kau balas laa puas-puas aku tak kacau dah. Hehehe"

          "Yelah temankan kau tapi kot ye pun bagitahu lah nak ke mana? Nak berahsia sangat kenapa? Nak prank aku eh? Tapi birthday aku dah lepas." Irin hanya duduk bersandar seperti orang malas sambil memerhatikan papan tanda jalan dan arah tuju Nadin yang sedang memandu.

          "Kau duduk je diam-diam. Nanti kau dah sampai tahu laa." jawab Nadin ringkas malas nak melayan irin lebih.

          Setibanya di kawasan deretan kedai, Irin ternampak Kamal sudah berdiri di sebelah keretanya sendiri. Dari jauh, Kamal sudah tersenyum lebar seperti sudah lama menanti kehadiran mereka. Nadin memakirkan kereta selang beberapa buah dari kereta Kamal. Belum sempat enjin kereta dimatikan, Kamal sudah menghampiri mereka lebih dahulu. Kamal membuka pintu kereta di sebelah Irin, "Surprise!"

          Irin terpinga-pinga tidak faham. "Surprise? Apa yang surprise?" menyoal Kamal sambil keluar dari perut kereta. Nadin juga sudah keluar dari kereta. Wajah dua orang rakannya dipandang silih berganti, tercari-cari apakah 'surprise' yang dimaksudkan. Dari tadi Nadin cuma mempamerkan senyuman manisnya, Kamal juga sama.

          "Dah tak betulkah kawan aku dua orang ni dari tadi senyum-senyum?" gumam Irin yang masih kelihatan pelik dengan keadaannya sekarang. Dia memandang Kamal sekali lagi, kedua elah kening diangkat. Kamal masih lagi tak lekang dengan senyuman. "Macam kerang busuk la pula dia ni tak berhenti-henti senyum," Irin mengomel di dalam hati. Kamal menunjukkan signboard premis di depan mereka sambil membuat kening double jerk.

          "Butik Pengantin Sireh Pinang" Irin membaca sekali. Masih tak faham. Sekali lagi dia memandang Nadin dan Kamal silih berganti. Kali ini, Kamal dan Nadin sudah berdiri bersama di depan Irin.

          "Kitorang nak kahwin!" Akhirnya, Kamal mengumumkan 'surprise' yang dimaksudkan, dengan itu teka-teki Irin juga terjawab.


          Jaw dropped. "What?! Seriously? Korang nak kahwin? Betul ni, Nadin? Kamal?" Irin seolah-olah tidak percaya.

          "Iya, kitorang dah sepakat nak kahwin. Kenapa, tak percayakah?" jawab Nadin memberikan kepastian kepada rakannya.

          "Ya Allah, tahniah! Akhirnya, doa aku termakbul untuk korang. Hey, you the man, Kamal! Bahagialah kau, akhirnya yang kau kejar, yang kau idamkan selama ni dah dapat. Hahaha." semakin teruja nampaknya Irin apabila dua orang rakan karibnya akan bersatu.

          "Terima kasih, Irin. Sebab kau, aku kenal dengan Nadin. Sebab kau, akhirnya kitorang dapat bersama. Terima kasih juga sebab dah doakan kitorang. At last, Nadin terima cinta aku. So, you are the best friend we ever had. Jadi, hari ni, kitorang nak kau sama-sama pilihkan baju untuk kitorang bertunang, nikah and bersanding sekali. Jom masuk." ucapan Kamal seumpana terharu didengar oleh Irin.

          "Sama-sama. Hah, seronoknya korang nak kahwin dah. Eh, tak kan nak pilih baju nikah dengan bersanding sekali? Pilih lepas tunang tak boleh?" Mereka sama-sama masuk ke dalam butik pengantin berkenaan.

          "Sebenarnya, Irin, kitorang plan tak nak tunang lama-lama. Nak tunang sebulan je, lepas tu terus nikah semua. Jadi sebulan tu tak lama, better pilih awal-awal sekali senang." terang Nadin kepada Irin.

          "Wow, tunang sebulan je? Kenapa tak seminggu? Sehari ke? Haha, Kamal dah tak sabar laa tu. Ishh, teruklah kau ni, Kamal. Nadin dah terima, lepas tu tak sabar-sabar pula nak nikah. Gatai-meghela. Hahaha" usik Irin kepada pasangan tersebut.

          "Sorry, normal laa lelaki gatal. Tak gatal bukan lelaki. Hahaha. Memandangkan mood aku baik hari ni, kau pun berkelakuan agak baik, pilihlah sepasang untuk pakai hari kitorang bersanding atau nikah nanti? Nadin nak kau jadi pengapit dia."

          "Really?? Yeay, thank you, bakal pengantin! Hehe. Tapi kena tunggu korang pilih tema warna apa dulu, lepas tu baru aku boleh decide untuk diri sendiri. Anyway, bila tarikhnya?"

          "Tarikh yang comfirm belum ada lagi tapi insyaAllah cuti sekolah hujung tahun ni." jawab Kamal.

          "Hujung tahun ni? Hmm, memang dah tak lama tu, kurang dari empat bulan. Merisiknya dah ke?" sememangnya soalan-soalan Irin macam mak nenek. Irin sangat teruja dengan perkhabaran perkahwinan Kamal dan Nadin. Dia sibuk membelek dan menyelak setia pasang baju pengantin yang tergantung. Kamal hanya mengekori dua orang perempuan itu memilih baju. Pekerja butik juga sibuk mencadangkan warna dan gaya yang sesuai untuk Nadin.

          "Huh, dah lama kot aku hantar rombongan merisik. Kawan baik kau tu je nak diam-diam berahsia. Hehehe."

          "Awak, color peach ni okay tak untuk tunang?" celah Nadin, mendapatkan pendapat dari bakal suaminya.


          "Tanya saya, color apa pun okay. Hehe. Cantik juga peach. Hmm, Irin, apa pendapat kau?"

          "Eh, korang yang nak kahwin. Buatlah pilihan sama-sama. Hehehe." Irin sengaja memberi ruang kepada Kamal dan Nadin untuk serasi membuat pilihan bersama. Hanya sesekali Irin akan masuk campur apabila mereka berdua tak dapat mebuat pilihan terbaik.

*        8        *

TIKET KAPAL TERBANG, boarding pass dan passport dibelek-belek sementara duduk minum di Mc Donald. Aiskrim Sundae Chocolate dijamah sedikit demi sedikit. Pandangan dibuang melihat orang ramai di KLIA. Dari pelancong, pramugari hingga ke juruterbang dari pelbagai negara dapat dilihat. Seorang juruterbang dengan susuk tubuh yang tinggi lampai dan tegap, lengkap dengan uniform putih dan slack hitam, kasut berkilat, namun rayban yang terletak kemas di atas batang hidung yang boleh tahan mancung telah menarik perhatian Irin seperti medan magnet yang sangat kuat kuasanya. Tak lekang pandangan Irin, dari hujung ke hujung juruterbang tersebut berjalan mengheret luggage kecil diperhatikannya.


          "Ehem. Ehemm!" Seseorang berdehem dekat telinga Irin. Langsung tak diendahkan. "EHEMM! Ehemm!" sengaja dikuatkan lagi deheman itu kali ini. Akhirnya, Irin tersentak, "Hee....." tersengih saja sambil membuat tanda 'peace' kepada Nadin yang berdehem dari tadi.

          "Nak try boyfriend pilot pula ke? Hmm, not bad yang tadi tu. Handsome! He's hot. Aumm!" kedua belah tangan membuat gaya menerkam Irin.

          "Amboi, Irin yang usha bagai nak maut. Awak pula yang nak 'Aumm'. Ni yang saya jealous ni, suami kat sebelah pun boleh dilupakan." merajuk pula si Kamal bila Nadin mengusik Irin.

          "Hahaha! Mengadalah kau ni, Kamal. Jangan risau, Nadin ni tak suka pilot so kau selamat. But pilot tadi tu memang hot, kan? Hei, kalau dapat buat suami memang tak cari lain, dah la handsome, tiap-tiap tahun boleh dapat ikut dia fly sambil melancong keliling dunia. Free vacation! Syoknya! Hahhh....." perasaan Irin seakan-akan sedang terapung dengan lautan cinta hati hinggga tak mencecah lantai KLIA, ibarat turut sama terbang dipandu juruterbang tadi.

          "Hah, ya, kau tak cari lain, aku takut dia yang cari lain nanti, silap-silap keliling pinggang. Stewardess pun tak kurang hot, kau kat rumah jadi bini nanti dah selekeh, dia pun bosan tengok. Sekarang pun selekeh." ada saja idea Kamal menyakat sambil mencebik.

          "Ish, tak baiklah doakan macam tu dekat Irin.Mana ada Irin selekeh, biasa je. Okay what, simple but still attractive." Nadin menghalang suaminya dari terus menyakat, takut kecil hati pula Irin nanti. Irin dan Nadin berpeluk erat di depan Kamal, cukup terserlah kasih sayang dalam persahabatan dua insan ini.

          "Entah. Tak baiklah, awak. Awak ni doakanlah yang baik untuk saya.  Apa punya kawan laa awak ni." Sengaja Irin menggunakan 'saya-awak' dengan Kamal, cuba meniru gaya cakap Nadin yang lemah lembut dengan semua orang.

          "Yelah. Sorry." Kamal mengalah dan memohon maaf. "Irin, serious ke kau nak pergi Germany seorang ni? Apa-apa jadi nanti macam mana? Siapa nak jaga kau? Tunggulah nanti pergi dengan kitorang sekali, baru best ramai-ramai." sambung Kamal.

          "Tak boleh lah, Kamal. Aku bukan senang dapat cuti, lagipun aku dah lama plan nak pergi holiday ni pun, tiket pun dah tempah awal. Nak buat macam mana, suppose pergi berdua dengan housemate kesayangan tapi kau dah rampas dia dari aku dengan kuasa veto kau. Hahaha. Pasal jaga diri tu tak payah risau, pandailah aku nanti, insyaAllah. Korang doakan je aku selamat pergi, balik dan sepanjang dekat sana nanti. Cuak juga sebenarnya ni nak pergi seorang."

          "Hah, kalau cuak tak payah pergi lah. Aku risaulah, kau kat sana seorang nanti, kalau kau lelaki aku tak kisah sangat, ni perempuan, bahaya tau." Kamal sangat risaukan keselamatan rakan perempuannya yang seorang itu. Apakan tidak, Irin bukan saja rakan baiknya malah sudah dianggap seperti adiknya.

          "Hmm, kau ingat lagi, kan? Apa yang aku pernah pesan, tips masa kita pergi holiday sama-sama dulu semua? Apa-apa kau carilah junior aku yang ada dekat sana, nanti aku bagitahu diorang." pesan Nadin.

          "Ingat! Okay, aku akan jaga diri aku dekat sana nanti, jangan risau kat sana nanti aku akan update dekat kau hari-hari. Hehehe."

          "Dah sampai sana nanti, dah check in hotel apa semua, cepat bagitahu kitorang. Kalau boleh emailkan nama, alamat dengan nombor telefon hotel kau duduk sekali. Senang, apa-apa jadi kitorang boleh contact." Kamal menambah pesanan.

          "Aiyai, kapten! Korang ni macam mak ayah aku pula pesan macam-macam, terharu aku tau! Hehe. Thanks, korang. Oh yeah, aku dekat sana nanti, tolong tengok-tengokkan mak ayah aku."

          "Okay, nanti kitorang tolong tengok-tengokkan. Dah kau pergi, siapa pula yang nak jenguk diorang ye tak."


         Irin duduk termenung di ruang boarding sementara menunggu waktu penerbangannya tiba. Kamal dan Nadin telah pun pulang selepas menghantarnya masuk ke balai berlepas. Dia memandang langit biru bertukar kelabu di luar, gerimis sedikit, kelihatan sebuah kapal terbang sedang berlepas. Rintik-rintik gerimis yang membasahi sedikit tingkap kaca diperhatikan mengalir perlahan setiap kali molekul-molekul titis air itu bercamtun turun ke bawah akibat tarikan graviti. Dia sendiri berfikir, apa yang cuba dia lakuka. Pergi bercuti, melancong ke negara Eropah seorang diri, sudahlah dia perempuan. Kerja gila. Tapi ini adalah peluang untuk dia menjejakkan kaki ke negara yang diidamkan untuk melancong selama ni. Nak sambung belajar dekat sana tak dapat, pergi melancong pun jadilah.


Bersambung...