[ Gambar hiasan ] Ohhh...dah tengok dah citer ni... |
Kalau anda dilahirkan
pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda
dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda
dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda
dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda
dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda
dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda
dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda
dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
—-
Anda sangat
cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas
pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa
jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada
di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan
berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan
pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang
bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda
adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang
yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
—-
Tak kira apa
pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan
semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang
berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas
hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat
perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan
diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi
lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua
orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang
kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam
keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
—-
Anda adalah
seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk
mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda
dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah
yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda
inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya.
Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya
senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau
persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu
akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan
membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda
adalah no.6, 9.
no.4
—-
Anda adalah
seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain
daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan
masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan
membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir
panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka
mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan
wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak
ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar
dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
—-
Anda sangat
popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara
lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda
terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan
dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan
anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam
hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai
ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup
melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
—-
Anda dilahirkan
untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin
berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan
pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang
beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak.
Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli
keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang
murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan
ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
—-
Anda mempunyai
daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin,
gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni
dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian,
anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di
tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian
diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini.
Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda
adalah no.2.
no.8
—-
Anda mempunyai
personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran
anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai
dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan
tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan
bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak
putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan.
Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
—-
Anda adalah
seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai
penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati
dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam
apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu
bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang
anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan
atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan
model teladan kepada orang lain.
**P/S: Siapa no.2...??? Cepat PM aku..! Hahahahaha
Shared from someone, lepas terbaca dekat FB pagi tadi. :)
3 comments:
nurie gataiiii
makhluk mne laa eja nme aku pn x reti ..haishh, fail2...! hahahahha
x gatal x bujang la..muahaha
saya no2 ;)
Post a Comment