CC's Customer

Monday, February 10

Sandwich & Paris [Bab 6]

Bab sebelum <klik sini>

*        6        *

SEBAIK SAJA TIBA di rumah, pintu dihempas tutup, tanpa menyapa Nadin yang duduk di ruang tamu menghadap laptop membuat kerja. Terasa seperti ada raksasa sedang menaiki tangga, tidak lama kemudian pintu bilik pula kedengaran dihempas kuat. Nadin tersentak. "Apa pasal pula Irin ni? Angin tidak, mendung tidak, tiba-tiba je ribut petir?" Nadin tidak puas hati kenapa rakan serumahnya yang sudah dikenali sejak menjadi rakan sebilik di kolej dulu itu bad mood. Bingkas Nadin bangun meninggalkan kerjanya, dia menjengok ke bahagian atas rumah itu dari tangga di bawah. Dia mengeluh berat sambil mendaki tangga yang tak setinggi tangga di Batu Caves.

          "Bodoh, memang bodoh! Eeekkkk!!!!!!!!!!! Geramnya kenapa kau ni bodoh sangat?!" Nadin yang berada di depan pintu bilik terdengar Irin merungut sendiri di dalam. Pintu diketuk sekali sebagai tanda seseorang akan masuk, dikuak pintu itu perlahan dan menjengilkan kepala ke dalam menjenguk sekilas keadaan rakannya itu.

          "Err...boleh aku masuk? Kau okay ke, Irin?" tanpa menunggu kebenaran Irin, Nadin sudah pun masuk ke dalam bilik tersebut. Irin sudah menghempaskan dirinya di atas katil. Tas tangan dan telefon bimbitnya dicampak saja di atas katil malahan kipas juga tidak dibuka, bilik agak panas. Melihat keadaan itu, Nadin tahu, pasti ada yang mengganggu Irin.

          Irin kalih memandang Nadin dengan pandangan kosong lalu dia memandang semula kipas di atas siling yang mula berpusing selepas Nadin menekan suis buka. "Teruk sangatkah aku ni?" itu saja ayat yang keluar dari mulut Irin.


          "Maksud kau? Teruk dari segi apa?" Nadin menghampiri Irin dan turut membaringkan dirinya di sebelah. Cuba menyelami dan memahami krisis dalam diri Irin.

          "Kenapa selalu orang yang aku suka mesti tinggalkan aku? Instead of me, yang dah ada depan mata, dah ada kat sebelah, they still choose other girl over me?" Irin mula merintih. Dia bangun menuju ke cermin. Segenap wajah dan seluruh dirinya direnung dalam. Tercari-cari kekurangan diri.

          "Mungkin orang tu bukan untuk kau, bukan jodoh kau, yakinlah suatu hari nanti kau akan jumpa orang tu juga." Nadin yang sudah bersila di atas katil cuba memujuk hati Irin yang tengah pedih.

          "Nanti. Nanti. Dari dulu semua orang cakap nanti. Tapi bila? Apa kurangnya aku?" Irin paling ke arah Nadin.

          "Kau tak kurang apa-apa pun Irin. Kau tak seteruk mana pun. Orang je yang tak nampak apa yang ada pada kau. Biasalah manusia ni lebih suka memandang daripada melihat. Yang kaca disangka berlian. Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak." Nadin menarik tangan Irin untuk duduk bertenang.

          "Pedulikan orang nak cakap apa pun, yang penting kau yakin dengan diri sendiri dan berpegang teguh pada kepercayaan kau sendiri. Jangan pedulikan orang lain. Kau nak ke kalau orang pilih kau sebab kau bukan diri kau? Just be yourself. Kecantikan, keelokkan paras rupa semua tu sementara je, lagipun rupa ni subjektif, lain mata lain pandangan. Setiap orang ada citarasa sendiri, kau tak boleh nak paksa orang terima kau. Aku yakin, suatu hari nanti kau akan dapat yang terbaik untuk diri kau. You are special in your own way my dear." Rambut ikal Irin dibelai-belai sambil menggosok-gosokkan lengan Irin, menenangkan. Irin cuma diam termenung mendengarnya. Pandangannya kosong.

          "Well, thanks Nadin. Feel better now. Harap sangat akan jumpa orang yang betul-betul istimewa, yang boleh terima aku seadanya dan sayang aku sepenuh hati dia," Irin menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya dengan rasa lebih lega dan selesa.

          "Aminnn. That's better. Dah, tak mahu sedih-sedih lagi. Orang yang tak nampak kau tu buta hati, harap mata je celik. Hahaha. So, siapa yang kau marah pula kali ni?"

          "No, aku tak marah siapa-siapa pun. Cuma marah kat diri sendiri," jelas Irin.

          "Laa, kenapa nak marah diri sendiri? Dah tak ada orang lain sangat ke yang kau nak marah? Hehe" sempat Nadin bergurau menceriakan Irin.

          "Entahlah. Aku ni bukan betul sangat. Kadang-kadang senget juga. Benda kecil pun aku nak angin. Aku bengang sebab Kamal tak sudah-sudah push aku, suruh ajak kau keluar lepak sama, I mean, he want to date you actually. So aku panaslah. Dah la dia push aku, then aku touching, kenapa laa tak ada lelaki yang buat macam tu untuk aku. Bodoh kan alasan aku ni?"

          "Hahaha. Sebab tu je? Sebab tu je, Irin, kau nak bengang nak marah nak sedih-sedih macam ni? Alahai, kesiannya kawan aku ni. Okay, aku faham perasaan kau part yang touching tu, mesti sebab kau rasa sunyi, rasa tersisih tak ada orang yang special dalam hidup kau. Tu laa...aku suruh kau confess dekat Hakim dulu, kau tak nak. Kalau kau cakap mesti korang dah jadi happy couple. Hehehe." Nadin kelihatan langsung tidak terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Irin.

          "Errr, Hakim tu cerita lama janganlah ungkit nanti aku rindu dia. Eh, kejap. Apsal kau macam tak ada respon bila aku sebut pasal Kamal nak ajak kau keluar date? Kau tak kisah ke atau memang tak ada perasaan?" bantal kusyen yang dipeluk erat dipukul pada lengan Nadin.

          "Habis tu kau nak aku bagi respon macam mana? Buat-buat terkejut then excited? Aku tahu. Dia selalu PM aku dalam FB, aku je malas nak balas. Aku sibuk laa, banyak kerja, tu paper work aku dekat bawah banyak lagi belum siap." ujar Nadin yang sudah bangun dari katil.

          "Alaa...keluar je laa dating dengan dia. Sesekali apa salahnya. Come on, Nadin, bagilah peluang dekat dia? Dulu kau tak bagi chance langsung, awal-awal mamat tu kena friend-zone dengan kau. Why not this time? Masing-masing single and dah bekerjaya. Err..bukan parents kau dah bising suruh kahwin ke dari dulu? Hehehe" mood Irin sudah kembali pulih nampaknya, kalau tidak masakan dia mampu memujuk Nadin untuk menerima Kamal.

          "Berapa Kamal bayar kau? Hmmm, tengoklah macam mana." Nadin sudah di ambang pintu untuk keluar.

          "Ececehh..tengoklah. 'Tengoklah' tu maksudnya ada chance la kan?" usik Irin lagi.

          "Bluwekk!" Nadin menjelirkan lidah. "Anyway, Irin, nak tanya sikit?"

          "Apa dia?" Irin kembali serius, atau maksud yang lebih tepat untuk konteks keadaan ini, normal.

          "Kau ada hati dekat Kamal ke?"

          "............." Irin mencampakkan bantal kusyen ke arah Nadin yang berada di sebalik pintu. "Soalan apa kau tanya ni? Heyy, aku kawan je dengan dia. Dia suka kau, dia kawan aku, kau kawan aku, okay?" sambung Irin. Nadin hanya senyum meninggalkan Irin bersendirian semula, dia turun semula ke ruang tamu menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi. Beberapa saat selepas Nadin turun...


          "Kenapa kau tanya soalan tu, Nadin? Tahu tak soalan tu susah untuk aku jawab?" satu keluhan berat dilepaskan. Irin melihat dirinya di dalam cermin. "Dulu aku memang ada hati dekat Kamal, yeah I admit it, sekarang pun masih ada sikit. Tapi jangan risau sebab kau lebih bertuah, Nadin. Kamal pilih kau, dia sangat cintakan kau. Sebagai sahabat, aku tak akan khianati kau. I will be happy for you both. Itu pun kalau kau dapat terima dia laa. Tak apa, aku akan doakan korang berdua. Ouchh, butt hurt!" Irin bercakap sendiri di depan cermin. Walaupun sudah lega dipujuk mendengar kata-kata motivasi Nadin, jauh di sudut hati, masih ada sedikit luka yang pedih.


Bersambung...

Astonishing Dream


I never thought that I would come this far,
 
I go through this life that I never dream before, 
I never thought of being blissful like this, 
Of course I never thought of meeting you; 
Knowing you is something, 
Getting to know you is different. 
I'm confuse, I'm startle... 
Is it just me? 
Or we both feel the same? 
But lately I kept dreaming, 
Weird but astonished. 
Is it something special going to happen in my life? 
If it's you, the right one for me... 
Please just be honest with your heart, 
My dear...

Written by: Anonymous [January,2012] 

Wednesday, January 22

Sandwich & Paris [Bab 5]

Bab sebelum <klik sini>

*        5        *

ORANG RAMAI BERPUSU-PUSU keluar meninggalkan pawagam, masing-masing tak tahan dengan kedinginan air-cond di dalam agaknya. Apa lagi, ibarat kambing terlepas dari kandang di pintu keluar utama GSC Mid Valley. Mereka berjalan beriringan menuju ke escalator untuk turun ke tingkat bawah.

          "Hey, thanks tau, Kamal sebab dah belanja aku tengok movie, belanja aku lunch dekat Chillis tadi. Jimat duit belanja aku hari ni tapi still, jom aku belanja minum petang pula. Secret Recipe okay? Pekena kek sikit?" ujar Irin semasa menuruni escalator. Irin tampil ringkas dengan sepasang chiffon blouse rona kuning bersama jeans.

          "Kalau kau yang belanja, okay set. Jom Secret Recipe pula. Anyway, your welcome, it's my pleasure to treat you. Sejak kerja aku tak pernah lagi belanja kau, kan? Tapi kalau Nadin ada sekali mesti lagi best," Kamal menarik-narik kemeja petak yang dikenakan bersama jaket
.
          "Alaa, bukan aku tak ajak. Aku dah cakap dah kau nak belanja tapi dia kena balik rumah sebab family dia nak balik kampung. Nak buat macam mana, family first. Tak apa laa, lain kali kita ajak laa dia ikut sekali." Irin mendahului Kamal berjalan di depan, mereka menuju ke Secret Recipe yang agak sesak tapi nasib mereka baik kerana masih ada table for two yang kosong.

          Kamal menjadi teragak-agak untuk bertanyakan sesuatu selepas pelayan mengambil pesanan mereka. "Weh, tanya sikit. Nadin tu single lagi ke? Or parents dia dah ada pilihan untuk dia?"

          Irin terpempam dengan soalan tiba-tiba Kamal itu. Muka Irin sangat terkejut. Haruslah terkejut. "Kamal!" sedikit tinggi nada suara Irin. "I thought you have give up on her? Lepas apa yang dia buat kat kau dulu, layan tak layan, plus tindakan kau yang menyepikan diri sampai aku contact pun tak dapat. Ingatkan kau dah lupakan kisah silam tu?"

          "Excuse me. Here are your cuppucino, green apple kasturi, one slice New York cheese and one slice tiramisu." celah pelayan yang membawa pesanan mereka dan dihidangkan.


          "Thank you," jawan Irin ringkas supaya pelayan tersebut cepat berlalu. "So apa kes sekarang ni Kamal?" sambung Irin sebaik sahaja pelayan meninggalkan mereka.

          Kamal meneguk Cuppucino dahulu membasahkan tekak. "Okay, cool Irin, minum air tu dulu hilangkan haus?"

          "Aku dah minum banyak hari ni. Silakan dengan penerangan anda? Please." Betul jus di depannya tidak dihiraukan.

          "Aku akan jawab persoalan kau lepas kau jawab soalan aku yang mula-mula tadi tu je. Single atau tidak?" dah macam perbincangan perdamaian dua negara pula. "Single," seketul. Pantas jawapan Irin keluar.

          "Single. Then, great. Ada peluang lagi la aku." Irin masih ternanti-nantikan penerangan lanjut dari Kamal. Tangannya mula lincah mengacau jus dengan penyedup minuman yang tersedia.

          "Dulu mungkin dia boleh buat tak layan dekat aku sebab masa tu belum habis belajar. Aku pun baru nak grad, belum kerja. Tapi keadaan sekarang dah berubah. Aku sedar, aku tak sehebat dia, aku cuma ada degree, dia ada master lepas tu ada PhD."

          "Aww..boleh tak kau buang part-part sedih yag buatkan kau ni pathetic? Janganlah down to earth sangat. Please be straight to the point, tak payah nak bunga-bunga sangat cerita kau ni, aku tau kau budak sastera dulu. Dengan aku tak payah nak panjang lebar." satu suapan besar kek New York cheese masuk ke mulut.

          "Haha. Ok fine. Aku budak sastera. The reason why I'm away all this while sebab aku tengah berusaha untuk berjaya, aku nak buktikan aku boleh berjaya walaupun aku tak sehebat dia dalam akademik. Tapi aku mampu untuk jadi yang terbaik untuk dia. Jadi, sekarang ni aku tak terlambat lagi, kan?"


          "Alahai, terharunya aku dengar cerita kau. Unsung hero sangat! Haha. But great, honestly aku ucapkan tahniah, syabas atas usaha keras kau selama ni," Irin memuji tindakan rakannya yang berusaha gigih itu untuk membuktikan dirinya boleh berjaya demi cinta. "Jadi, ini lah motif utama kau ajak aku keluar, belanja movie, lunch semua? Eh silap, nak ajak Nadin sebenarnya, kan? Kira aku ni penyibuk laa?"

          "Hahaha.  Kau ni makan comot laa...." Kamal memanjangkan tangan mengelap tepi bibir Irin yang tersisa serpihan New York cheese dengan tisu. "Mana ada penyibuk, kau penyatu kitorang kot,"  sambungnya lagi.

           Irin agak terkejut dengan tindakan Kamal. "Kamal ni biar betul. Tak pernah-pernah ada orang lapkan mulut aku makan comot. Haii...apsal la kau tak jadi boyfriend aku je. Ni tidak, Nadin juga yang kau nampak. Aku kat depan mata kau selama ni?" gumam Irin di dalam hati tatkala Kamal mengesat tepi bibirnya. "Eh, tak apa laa Kamal, aku boleh lap sendiri. Sikit je kan? Apa laa kau ni, aku kan dah besar, bukannya budak kecik," ujar Irin yang menolak tangan Kamal, lalu dia mengesat sendiri kesan comot tersebut.

          "Dah hilang. Aku dah kesat tadi. Dah besar pun makan comot. Hahaha. Kelakar lah kau ni, kadang-kadang comel juga. Hahaha!"

          "Siot. Bahan aku pula, gelak sakan nampak. Dah lama hidup ke? Pernah minum cuppucino telan sekali dengan cawan dia tak?" ugut Irin yang terasa dirinya dipermalukan.

          "Okay, okay sorry! Haha. Sorry babe, aku tak sengaja terlebih gelak pula. Amboi, marah betul kat aku sampai mengugut. Main kasar nampak, ni kalau Nadin ada mesti tak berani cakap macam ni, kan? Bukan main, kalau dengan Nadin, baik je sopan je..."

          "Shut up." protes Irin. Dia terus menghabiskan potongan kek terakhir di atas piring tanpa menghiraukan Kamal yang masih terkekeh-kekeh ketawa. "Nadin. Nadin. Nadin. Macamlah Nadin nak dekat dia. Beranganlah woi..." ejek Irin yang tak puas hati. Antara sebab tak puas hati? Pertama, kena gelak dekat public sebab makan kek comot, kelakar katanya. Kedua, Nadin Nadin Nadin, kenapa Nadin? Kenapa tak Irin? Ketiga, kenapalah sepupu Kamal tu tak macam Kamal dengan Nadin?

Monday, January 13

Sandwich & Paris [Bab 3 & 4]

Bab sebelum <klik sini>

*        3        *

TUJUH TAHUN DAHULU...

         "Irin, siapa nama roomate kau?" Kamal bertanya sewaktu mereka sedang makan bersama di cafe.

          "Nadin. Nadin Insyirah. Kenapa? Kan pernah ikut aku join program dulu."

          "Oh, Nadin eh nama dia. Aku ingat muka tapi tak ingat nama. Pernah borak dengan dia dulu, peramah juga dia tu, ingatkan jenis stone tak layan lelaki."

          "Tak ada lah. Dia okay je. Jenis humble, tak kisah pun kawan dengan lelaki. Cuma jangan lebih-lebih nak menggatal tu je la dia tak berkenan."

          "Ooohhh....mesti tak ada pakwe kan? Dah kau cakap dia tak suka lelaki menggatal?"

          "Hmm, buat masa ni tak ada tapi tak tahu la kalau dia jenis senyap-senyap, kan. Yang pasti dia bukan jenis yang suka melayan orang flirt. Haha. Cool dapat roomate yang sama-sama single dan tak gedik."

          "Jangan kasar macam kau juga sudah. Haha. Eh, dia suka lelaki yang macam mana? Kau mesti tau kan? Korang kan sama-sama single, perempuan kan suka cerita-cerita macam ni."

          "Ahh, lantak aku la nak kasar ke apa tapi belum pernah lagi ada orang yang cedera sebab kena belasah dengan aku kira bagus la kan? Haha. Aku tak tahu laa dia suka lelaki yang macam mana, kitorang tak pernah pun cerita pasal tu. Kau ni peliklah, Kamal. Apsal hari ni mulut kau macam nyah sibuk sangat nak tahu pasal orang?" Irin mula 'terhidu' sesuatu di sudut hati Kamal.

          "Ha'ah..mak jemah saaangaattt. Tak kuasa mak, nak. Mak saja je tanya, dah mak kenal roomate kamu tapi tak tahu nama so tanya-tanya la sikit nak kenal juga roomate kamu tu." Kamal membuat gaya mak jemah dengan jayanya.

          "Yeke? Bukan sebab mak suka dia? Kau suka Nadin, kan Kamal?" Irin melayan karektor mak jemah Kamal itu sambil memerangkap.

          Kamal terkedu. Air barli ais juga tersembur akibat tersedak terkejut dengan telahan Irin yang mengena. Kamal masih terdiam, tisu disebelah diambil untuk mengelap air yang bersisa di bawah bibirnya. Nafas ditarik dalam, Kamal tertunduk.

          "Ahahh, gotcha!" Dua pistol tangan diacukan ke arah Kamal dengan mata dikenyitkan sebelah. Irin tersengih dengan penuh rasa puas dan gembira kerana berjaya mengenakan Kamal.

SEPANJANG PETANG HINGGA ke malam, Irin tak lekang dengan Galaxy SIII. Ke hulur ke hilir, dibawanya telefon berkenaan ke mana sahaja. Rancangan di TV juga ditonton Nadin seorang, Irin sibuk melayan WhatsApp.

          "Kau chat dengan siapa? Dari balik petang tadi, aku tengok kau tak lekang dengan telefon tu. Kau tak nak tidur ke? Aku dah mengantuk ni, esok kerja." Nadin mengambil remote control di sebelah Irin, langsung Irin tak endah, begitu leka dia menaip.

          "WhatsApp dengan Kamal. Banyak sangat gosip lima tahun tak jumpa. Macam-macam cerita. Kau tau la aku dengan Kamal dulu macam mana. Haha."

          "Selama ni korang tak contact ke? Aku ingat korang masih berhubung."

          "Mana ada contact. Entah giler apa si Kamal tu pergi tukar number tak bagitahu aku dulu, dekat dalam FB pun senyap je. Aku malas laa nak kacau sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya, kan." Irin sibuk membalas WhatsApp yang baru diterima. "Nadin, Kamal kirim salam."

          "Hmm, kirim salam balik. Aku nak naik tidur dulu. Nanti jangan lupa tutup lampu and plug semua. Kau tu jangan tidur lewat pula." bingkas Nadin bangun mendaki tangga ke bilik di atas.

          "Baik, cik puan!"
anime girl texting photo 142-1.jpg

*        4        *


PADA HARI RAYA aidilfitri tiga tahun lepas. seperti biasa Irin akan mengucapkan 'Salam Aidilfitri'nya kepada semua kenalan rapat, tidak ketinggalan secret crush yang dicintai sejak kali pertama berkenalan di dalam laman sosial kegemaran ramai. Biarlah apa pun orang nak kata, tak tahu malu, perigi cari timba, gula cari semut, bunga kejar kumbang, itu semua sudah tidak menjadi kudis di hatinya. Bagi gadis bernama Irin Nadia, ianya bukan suatu tindakan yang menyalahi mana-mana hukum kanun mahupun undang-undang negara. Tidak salah bukan jika sekadar menyampaikan salam mengucapkan selamat pada seseorang? Itu juga sebagai satu tanda ingatan. Bukannya meluahkan perasaan pada suami atau orang waima memaksa insan itu menerima kita. Bukan paksaan, sekadar tanda ingatan tulus dan ikhlas. Irin tidak pernah berputus asa, biar pun dia selalu berkecil hati kerana ucapan kirimannya menerusi SMS mahupun aplikasi sosial di telefon pintar itu tidak dibalas insan di hujung sana. "Tak apa, asalkan dia tahu aku selalu ingat dekat dia, dia akan tahu aku selalu ada untuk dia. Hee," itulah sebaris ayat penyedap hati duka lara Irin Nadia setiap kali pesanannya ibarat angin lalu saja.

          Bunyi telefon berdering tanda ada pesanan yang diterima. Hakim yang sedang duduk di ruang tamu rumah opahnya bersama saudara-mara berdiri mengeluarkan iPhone4 dari saku seluar. "1 Message received". Hakim membuka mesej tersebut, sekilas dilihat nama penghantar mesej, senyuman tipis terukir di tepi bibir, ada iras-iras Ashraf Muslim. Lalu disimpan semula iPhone4 ke dalam saku seluar, wajahnya nampak tenang dan slumber terus menyelukkan tangan ke dalam balang kuih tart nanas. Siapa berani menolak kuih tart nanas buatan Makcu Sal, inti jem nanas yang pekat dan manis, ahh tak sampai 3 Syawal mesti dah habis. Seketul tart nanas dimasukkan terus penuh ke dalam mulut.

          Kamal yang memerhatikan gerak-geri Hakim dari tadi berdehem di sebelahnya, bukan Kamal tak nampak mesej apa yang diterima Hakim tadi, malah dia cukup kenal siapa pengirimnya. Mana kan tidak, satu minit sebelum iPhone4 Hakim berbunyi, Kamal terlebih dahulu mendapat mesej yang sama dari penghantar yang sama, cuma mesej untuk Kamal lebih panjang sebab si penghantar sempat minta duit raya. Jika Kamal membalas mesej tersebut, mengapa Hakim hanya senyum dan membiarkan saja mesej berkenaan?

          "Siapa mesej Hakim? Girlfriend dah tanya bila nak datang beraya ke?" soal Kamal cuba menjebak.

          "Aku mana ada girlfriend dowh. Lainlah kau, keliling pinggang. Hahaha." jawab Hakim acuh tak acuh.

          "Huh, kalau keliling pinggang aku dah keliling Malaysia sekarang ni beraya sakan. Irin ke yang hantar mesej? Senyum semacam kau lepas baca tadi, bahagia la tuh..." air Sunquick dituang lagi ke dalam gelas yang sudah kosong. Hari raya, makan kuih depan TV dengan saudara-mara macam ni memang asyik nak minum je.

          "Ha'ah. Irin, skandal lama kau tu yang mesej. Eh, kau skodeng phone aku eh masa aku baca tadi?"

          "Hoi mana ada skodeng. Aku ternampak je dah kau kat sebelah aku, siapa suruh baca mesej tak cover. Dia pun mesej aku juga tadi, ni tengah mesej dengan dia la nih," Kamal menggoyangkan telefonnya di depan Hakim. "Kau dengan dia apa cerita sebenarnya sekarang?" sambung Kamal.

          "Apa cerita apa maksud kau? Dia ada cakap apa-apa ke dekat kau?" Hakim kelihatan agak serius sedikit, dia mula membetulkan duduknya. Kini lebih fokus kepada Kamal. Sepupu-sepupu dan adik-beradik yang lain leka menonton rancangan hiburan sempena hari raya di TV. Ahli keluarga yang lebih tua pula sibuk di bahagian dapur, riuh-rendah suasana, setahun sekali berkumpul balik kampung.

          "Yelah, kau dengan Irin tak ada apa-apa perkembangan ke? Dia tak ada pula cerita apa-apa pasal korang dekat aku."

          "Nak ada perkembangan apanya, bukan dia dengan kau ke? Tu siap tengah mesej lagi." bibir dijuihkan ke arah telefon Kamal yang berada di dalam genggaman.

          "Irin? Dengan aku? Mana ada apa-apa. Aku dengan dia kawan biasa je. Aku pun jarang contact dengan dia lepas grad so time-time macam ni laa kitorang merapatkan balik ukhwah sahabat tu tadi. Aikk..kau ni macam tak puas hati je aku tengah mesej dengan dia. Jealous ke? Atau kau nak aku suruh dia mesej kau sekarang? Hahaha," ujar Kamal dengan membuat muka tak percaya pada Hakim. Ada unsur-unsur mencabar perasaan Hakim di situ. "Sepupu aku ni suka Irin ke tidak? Gaya macam suka tapi member tu mesej tak balas pula. Pelik-pelik la kerenah mamat ni," bisik hati Kamal.

          Hakim tersandar ke belakang, dahinya berkerut, cermin mata old school pada batang hidung tempias aura hindustan ditolak sedikit. "Apa hal pula aku nak tak puas hati dengan kau, bro? Tak ada motif," penjelasan selamat dikeluarkan. Muka masih tak puas hati macam ada sesuatu. Fishy.

          "Habis tu, kenapa kau tak balas mesej dia?Aku rasa ni bukan kali pertama kau tak balas. Irin tu jenis perempuan yang tak mudah putus asa, tahu? Selagi dia tak dapat alasan, jawapan atau apa-apa yang kukuh, pada dia rasa benda tu realistik, logik, konkrit, besi padu semua tu, dia tak akan mengalah. Melainkan, kau confront bagitahu dia direct, kau tak suka dia mesej kau, comfirm lepas tu dia buat kau macam tak wujud, macam apa yang kau buat dekat dia baru ni tadi. Hurmm..ada faham, macha?" Dalam pada mempersoal, menjebak Hakim, sempat Kamal selitkan serba sedikit karektor paling kuat dalam diri Irin. "Tak faham juga, aku tak tahu laa Hakim ni. Haishhh," monolog dalaman.

          Hakim yang mendengar kata-kata Kamal, terkebil-kebil ibarat sesumpah yang baru tercekik pepatung. "Bukan aku tak nak balas. Cuma......." lama Hakim terdiam cuba memahami perasaannya yang sebenar dan memikirkan kata-kata yang patut disampaikan kepada abang saudaranya.

Close up of serious man's thinking face

          "Cuma apa?" sambut Kamal yang tak sabar ingin tahu.

          Hakim merenung Kamal lantas dia tersenyum lagi dan tertunduk seketika. "Biarlah rahsia. Hehehe."

          "Macam lagu la pula. Kira kau pun suka dia la kan? Habis tu kenapa tak balas? Kau ni, kesian la kat member tu, tiap-tiap tahun raya tak pernah missed wish kat kau. Birthday kau lagi la tak payah cakap, tak missed juga. Tapi tengok, apa kau buat kat dia? Orang dah nak, buat-buat jual mahal pula mengalahkan perempuan la, Hakim. Sepatutnya, kau yang buat macam tu kat dia, ni terbalik pula. Dah melepas nanti baru menyesal. Hahaha." Kamal menepuk-nepuk belakang Hakim sambil ketawa. Hakim hanya membiarkan perbuatan Kamal, malahan dia juga turut ketawa bersama.

          "Abang Kamal ni kenapa ketawa macam orang gila dengan Along? Eeuwww..pegang-pegang belakang pula tuh. Gay eh? Report kat Pak Ngah..." tegur adik kedua Hakim, Hanani yang terpandang gelagat mereka berdua.

Bersambung ...

Monday, December 9

Sandwich & Paris [Bab 2}

Bab sebelum <klik sini>

*        2        *

BAJU KURUNG MERAH jambu yang dipakai dikemaskan dahulu selepas keluar dari perut kereta. Irin memandang cermin keretanya sambil membetulkan gayanya, rambut ikal  mayangnya dilurut-lurutkan dengan jari supaya tampil lebih kemas. Nadin hanya tersenyum sambil meggeleng kepala mengeluarkan kotak hadiah yang baru mereka beli sejam yang lalu. Nasib baik kaunter membungkus hadiah agak lengang, tak perlu menunggu lama untuk hadiah dibalut. "Nadin, okay tak?" Irin bertanya tentang penampilannya.

          "Ooiii..cantiknya. Macam bidadari dari kayangan." puji Nadin melambung. "Irin ni kalau tak dipuji, tak diiyakan nanti makin berkurun la dia sibuk betulkan baju, rambut, make up semua kat sini," gumam Nadin.

          "Betul ni? Okay, hadiah dah ambil?"

          "Dah...dah lama dah aku pegang ni, naik lengoh tangan."

          "Lenguh eh? Meh aku bawa pula. Kereta dah kunci, kan? Jom, masuk."



          Majlis perkahwinan Farah diadakan di Bistro MAEPS Serdang itu dihadiri ramai tetamu. Al-maklum, pasangannya anak orang kehormat, pastinya ramai tetami VIP juga. Tidak ketinggalan rakan taulan dari universiti mereka juga. Irin dan Nadin jalan masuk beriringan sambil disambut keluarga Farah. Selepas meyampaikan hadiah, mereka pun masuk ke bahagian dalam bistro untuk mencari tempat duduk. Majlis persandingan pengantin masih belum bermula nampaknya. Seorang lelaki segak berbaju melayu ungu lengkap bersampin menghampiri mereka berdua. Dari jauh lelaki berkenaan sudah tersenyum lebar sambil melambaikan tangannya. Satu ucapan "Hai" disampaikan setelah lelaki berkenaan berada di hadapan mereka.

           Irin membalas ucapan lelaki berkenaan dengan penuh teruja, "Hai, Kamal! Wow..lama giler tak jumpa. " Tangan dihulurkan untuk berjabat.

          "Assalamu'alaikum. Kamal sihat?" Salam Nadin membuatkan Kamal dan Irin tersentak dari berjabat tangan.

          "Wa'alaikumsalam. Saya sihat. Alhamdulillah. Nadin sihat?" ada sedikit segan pada diri Kamal nampaknya. Nadin hanya mengangguk ringkas tanda jawapan dirinya juga sihat. Nadin sememangnya seorang gadis yang sopan dan berpegang kuat dengan ajaran Islam. Pasti dia kurang selesa melihat Irin dan Kamal bersalaman.

          "Oops, sorry Nadin, aku dah terbiasa jumpa klien salam tangan." Irin memohon maaf pada rakannya atas perbuatannya yang terlajak itu. Dia juga menyalahkan dirinya yang sudah terbiasa, tidak sepatutnya bersalaman dengan orang yang bukan muhrim. Walaupun sebelum ini, Irin sudah biasa bertepuk tampar dengan Kamal sejak mereka berkenalan di universiti dahulu. Tapi, Nadin lain. Irin perlu menghormati rakannya itu juga. Lain padang lain belalang.

          "Eh, korang berdua macam kembar la hari ni. Dua-dua pink. Tapi Nadin lagi ayu sebab dia pakai tudung." Usik Kamal sambil memuji mengambil hati Nadin sebenarnya.

          "Nadin je? Aku?" ujar Irin tersengih, membuat pose gaya model.

          "Kau pun makin cantik, tak macam dulu dah. Dari jauh tadi aku ingat model mana laa datang. Hehe. Eh, jomlah duduk dengan kitorang kat meja sana tu. Ada kosong lagi." Kamal membawa Irn dan Nadin ke meja.

          "Kau buat apa sekarang, Kamal? Dah lama tak dengar cerita kau, call aku pun dah tak." soal Irin macam penyiasat sambil mengekori belakang Kamal.

          Kamal menarik kerusi untuk Irin dan Nadin di sebelah kerusinya. Rakan-rakan seuniversiti yang lain menyambut mereka ke meja tersebut dengan penuh mesra. Mereka saling bertukar-tukar senyuman dan bertanya khabar. Kamal mengambil tempat duduknya, dia memandang Irin yang duduk diantara Nadin dan dirinya. Irin terasa seseorang sedang memandangnya di sebelah kanan. Suasana sepi seketika antara mereka berdua, Nadin rancak berbual dengan Liyana dan lain-lain. Irin menoleh, Kamal tertangkap sedang merenungnya. Kamal tersentak dari renungannya, Irin tertawa melihat gelagat Kamal yang serba tak kena bila kantoi.

          "Kenapa kau pandang aku macam tu?" Irin bersuara mematikan rasa kekok yang wujud antara mereka berdua. Irin juga malu sebenarnya bila ada lelaki merenungnya begitu.

          "Kau nampak lain. Lain sangat. Tak macam Irin yang aku kenal tujuh tahun dulu." terang Kamal.

          "Kenapa dengan tujuh tahun dulu? Aku gemuk? Tak menarik?"

         "Bukan gemuk. Kau tak gemuk pun, cuma berisi je dulu. Sekarang pun....." Kamal memandang atas bawah untuk kepastian sebelum menyambung ayatnya, "...berisi juga. Tapi memang lain la aku cakap. Makin berseri-seri. Dah ada aura. Mak Esah mana kau jumpa weh? Hehe."

          "Choi..! Apa pula susuk. Khurafat tu. Tak main la susuk, sekarang orang cucuk vitamin C je, botox. Hahaha. Sengal la kau..siap tengok aku atas bawah nak cakap aku berisi. Kurang asam betul. Aku tak reti nak diet-diet kuruskan badan pergi gim macam orang tuuuu..."


          "Hahaha. Kau nak pergi gym? Aku boleh train kau jadi slim and fit, nak? Tapi betul lah, kau memang makin berseri, cantik." 

"Awww...thanks for your compliment. Terharu aku kena puji dengan kau. Hey, kau tak jawab lagi soalan aku dari awal tadi, kau buat apa sekarang Kamal?"

          "Aku kerjalah tak kan jadi suri rumah sepenuh masa pula. Dekat Sime Darby. Kau pula?"
          "Wah, hebat tu Sime Darby. Masyuk tak gaji? Aku kerja dengan consultant company kat Subang."

          "Boleh tahan laa. Tapi kau engineer untuk consultant bukan lagi masyuk ke? Hahaha. Ada boyfriend ke belum? Kalau belum baik cari cepat. berat jodoh nanti perempuan jawatan besar ni. Dulu time kat uni tak nak cari. Haha."

          Begitu seronok Irin dan Kamal berborak, mereka begitu mesra sekali. Sepanjang majlis berlangsung, sesekali Kamal mencuri pandang gadis di sebelah Irin yang telah mencuri hatinya sejak di universiti dahulu.

Bersambung ...

Friday, November 29

Sandwich & Paris [Bab 1]

*        1        *


PINTU BILIK TERKUAK mengeluarkan bunyi nyilu engsel yang mula berkarat atau barangkali terlalu ketat. Bunyi pintu itu cukup mengganggu lena manusia yang sedang meleleh air liur basinya dan meringkuk memeluk bantal peluk. Matanya terkejat seketika, air liur likat di tepi bibir diseka dengan tangan walau mata masih enggan dibuka. Posisi tidur diubah, dari meringkuk kini terlentang, bantal peluk masih kemas dipeluk atas dada. Renjisan air terkena cantik di atas wajahnya. Sekali. Dua kali. Tiga kali. "Ishhhh...! Air apa pula ni? Gerimis ke?" omel manusia yang masih di atas katil tersebut, mata masih lagi rapat cuma tangan sibuk menyapu renjisan air yang tersisa.

                "Hoi...bangun! Dah subuh...." suara si tukang renjis.

          "Alahhh..kejaplah. Lima minit lagi eh..janji lima minit lagi aku bangunlah," kejutan si tukang renjis tak dihiraukan, cuma lima jarinya saja yang disuakan.

          "Lima minit konon. Kau punya lima minit tu memang tak bangun langsung la kan," Si tukang renjis bercekak pinggang. "Ini tak boleh jadi ni, tak boleh dibiarkan makhluk ni terus tidur," gumam si tukang renjis dalam hatinya. Selimut di kaki diselak, kedua-dua belah kaki si rakan kini dalam cengkaman sambil menarik kedua-dua belah kaki Irin dengan cengkamannya yang kuat dan kemas.

          "Oh mak kau kena tarik dengan hantu!" Irin terbangun duduk serta-merta dengan mata yang terbuntang dan rambut menggerbang. "Nadin! Astaghafirullahhal'azim...terkejut aku tiba-tiba kaki aku sejuk, kena tarik pula tu. Mati-mati aku ingat ada hantu tarik. Haishh," kepala yang tak gatal digaru-garu dengan muka yang sembab baru bangun tidur.

          "Banyaklah kau punya hantu. Hantu apa dah subuh ni. Dari tadi aku masuk, buka pintu bilik, renjis muka kau dengan air wuduk aku, kau buat derk je. Hah, siap minta lima minit lagi nak sambung tidur eh. Agak-agak kalau malaikat nak cabut nyawa kau tu boleh tak minta tangguh, cakap 'kejap'?" Nadin membebel dengan tangan yang memeluk tubuh. Wajahnya nampak tegang subuh ni.

          "Apa hal pula minah ni nak membebel panjang dekat aku. Mimpi buruk kah malam tadi?" dalam hati Irin menduga mood Nadin pagi ini. "Baik Ustazah Nadin Insyirah. Saya tahu saya salah. Terima kasih sebab kejutkan saya bangun subuh dan tarbiah ustazah tadi. Boleh kita berjemaah sama? Hee..." sebaris gigi yang masih belum digosok dipamerkan dengan muka busuk belum dicuci.

          "Yeee...busuknya muka kau. Cepatlah pergi cuci muka semua, ambil wuduk. Aku tunggu dekat ruang tamu, kita jemaah," segera hidung dan mulutnya ditutup sambil melarikan diri keluar dari bilik Irin, saja menyakat rakan serumahnya itu.

          "Busuk kau kata? Hei, orang cakap kalau nak tengok perempuan tu cantik ke tak, tengok rupa dia bangun pagi. Apa tak cantikkah aku? Busuk eh? Esok sebelum tidur aku pakai make up, pakai perfume dulu, biar bangun pagi nampak cantik. Hahahaha"

          "Hah iye, bakal suami kau tengok pun boleh pengsan. Hoi, cepatlah jangan nak merepek je!" Jerit Nadin dari luar.


NADIN SIBUK MENGGAUL nasi goreng yang dimasaknya di dalam kuali. Irin masuk ke dapur sambil menyanyi-nyanyi, datang dekat di belakang Irin.

          "Sedapnya bau....patutlah dari kat atas aku boleh bau. Kau masak nasi goreng rupanya. Rajinnya Nadin buat sarapan, bini siapalah ni nanti. Untung mak mentua." tangannya mencapai teko di atas rak dapur, lincah mencapai teh dan gula.

          "Ha'ah untung sangat tapi siapa dapat kau lagi untung. Hehehe. Kau nak telur goreng tak buat lauk?" Irin cuma mengangguk tanda mahu. Nasi goreng kini sedang dihidangkan dalam pinggan.

          Irin terhenti seketika, dia memandang Nadin dengan pandangan curiga. "Lagi untung? Maksud kau? Hehh, perli aku la tu tak pandai masak," ada sedikit nada berkecil hati. Nadin mengambil dua biji telur dari peti sejuk lalu dipecahkan satu per satu ke dalam kuali, dia tertawa kecil. "Haa, gelak! Yelah, aku tau la aku tak hebat macam kau, Nadin."

          "Mana ada aku gelak. Hehe. Siapa kata kau tak pandai masak? Sedap je aku makan kau masak bubur ayam dulu, maggi goreng, maggi rebus, pancake, kentang goreng, telur goreng, cheese cake, muffin. Hah, banyak apa kau masak. Pandailah tu." Wajah Irin yang sudah siap menuang air teh-o panas dipandang sekilas sebelum melabuhkan punggung duduk berhadapan dengannya.

          "Nadin, kau tau tak masakan yang kau sebutkan tu semua masakan jenis goreng, rebus and instant? I mean like, budak sekolah rendah pun boleh masak macam tu. Nak dibandingkan dengan kau, macam-macam masakan melayu kau pandai masak, mana je kelas memasak, kelas menjahit yang kau tak pergi."

          "Alaa, kau pandai masak la sebenarnya, cuma kau tu je yang nak dengan tak nak. Walaupun kau masak benda-benda simple tapi menjadikan? Sedap juga kan? Tak ada lah ke laut sangat macam Wawa masak. Nah telur kuning, kau suka kan?" kuning telur goreng ditebuk dan dialihkan ke pinggan Irin. Nadin tidak suka makan kuning telur.

          "Yeay, kuning telur! Kau ni baik tak payah makan telur macam ni. Hmm, still aku tak terror masak macam kau, mana ada mak mentua suka menantu yang tak reti masak, menantu macam kau ni Nadin memang terhangat di pasaran tau, especially skill masakan melayu tu, extra credit. Not to mention, Wawa masak memang tak selera aku. Tak ada rasa langsung, dah la aku ni cerewet bab makan." dengan penuh gaya pengkritik makanan profesional Irin mengkritik masakan rakan mereka.

          "Amboi bukan main kutuk Wawa masak. Memang...kau tu cerewet, itu tak makan ini tak makan. Simple but fussy. Macam mana nak masak masakan melayu, kau sendiri pun tak suka makan. Yang kau tahu, ayam masak merah, rendang, masak kicap. Ulam-ulam sayur semua kau 'allergic'."

          "Hahaha. Betul! Tau tak apa. Sebab tu aku tak suka. Alaa, tak apa lah nanti kalau husband aku suka makanan melayu, aku belajarlah masak untuk dia je. Kalau tak, hip-hip hoorayy lah saya cik Nadin. Haha."

          "Oh yeah, kejap lagi nak keluar pergi kenduri tu pukul berapa?" soal Nadin.

          "Nadin! Ya Allah, aku terlupa majlis Farah tu hari ni, hadiah tak beli lagi. Macam mana?"

          "Bertuah, aku dah bagi duit dari minggu lepas suruh share beli hadiah, kau tak beli lagi? Dah cepat, lepas makan ni kita keluar beli hadiah, then terus pergi kenduri tu."

          "Sorry...serious aku lupa. Mana entah aku letak kad jemputan dia, tu tak ingat. Kau pakai baju warna apa nanti? Aku nak pakai pink lah, eh tak, nak pakai biru. Oh no, biru aku dah pakai wedding Mizah bulan lepas kan? Hmm, merah lah, oh tak boleh juga merah nampak garang nanti tak ada orang berani nak ngorat aku. Pink, lembut sikit tapi aku tak suka pink. Eh, Nadin, pink okay tak? Ke kau nak pakai pink juga? Kalau kau pakai pink, aku tukar color lain tapi nak pakai color apa eh? Alaa....Nadin pilihkan untuk aku. Ni tak suka ni pergi kenduri kahwin, tak tahu nak pakai baju apa, warna apa. Arghhh...stress!"


          Irin membebel panjang lebar, dia selalu begini bila perlu pergi majlis perkahwinan, buntu keliru serabut. Nadin memekakkan telinga dengan slumber dia mengangkat pinggannya yang sudah kosong ke sinki untuk dicuci. Tangan yang basah setelah mencuci pinggan dilapkan pada kain yang tergantung. Irin masih membebel, pening memikirkan baju yang akan dipakainya. Nadin berbisik ke telinga Irin sebelum meninggalkan Irin menghabiskan nasi gorengnya,  "Pakai je warna apa-apa cik Irin, awak pakai warna apa pun cantik. Kalau ada yang lekat, rezeki. Kalau tak ada, sila cuba lagi. Hahahaha!" 


Bersambung . . . .