"NADIN, KAU NAK bawa aku pergi mana ni? Apa
dibuat awal-awal pagi hari Sabtu ajak aku keluar? Kau tahu tak aku sepatutnya balas dendam tidur hujung
minggu macam ni? Dah la aku jarang cuti hari Sabtu." protes Irin di dalam
kereta yang dipandu Nadin. Kenderaan tersebut meluncur laju meninggalkan
perkarangan kawasan perumahan mereka.
"Alaa
banyak cakap laa mak cik ni. Ikut je la temankan aku. Balas dendam tidur kau
tu, nanti dah balik kau balas laa puas-puas aku tak kacau dah. Hehehe"
"Yelah
temankan kau tapi kot ye pun bagitahu lah nak ke mana? Nak berahsia sangat
kenapa? Nak prank aku eh? Tapi birthday aku dah lepas." Irin hanya duduk
bersandar seperti orang malas sambil memerhatikan papan tanda jalan dan arah
tuju Nadin yang sedang memandu.
"Kau
duduk je diam-diam. Nanti kau dah sampai tahu laa." jawab Nadin ringkas
malas nak melayan irin lebih.
Setibanya
di kawasan deretan kedai, Irin ternampak Kamal sudah berdiri di sebelah
keretanya sendiri. Dari jauh, Kamal sudah tersenyum lebar seperti sudah lama
menanti kehadiran mereka. Nadin memakirkan kereta selang beberapa buah dari
kereta Kamal. Belum sempat enjin kereta dimatikan, Kamal sudah menghampiri
mereka lebih dahulu. Kamal membuka pintu kereta di sebelah
Irin, "Surprise!"
Irin terpinga-pinga tidak faham.
"Surprise? Apa yang surprise?" menyoal Kamal sambil keluar dari perut
kereta. Nadin juga sudah keluar dari kereta. Wajah dua orang rakannya dipandang
silih berganti, tercari-cari apakah 'surprise' yang dimaksudkan. Dari tadi Nadin cuma mempamerkan senyuman manisnya, Kamal
juga sama.
"Dah
tak betulkah kawan aku dua orang ni dari tadi senyum-senyum?" gumam Irin
yang masih kelihatan pelik dengan keadaannya sekarang. Dia memandang Kamal
sekali lagi, kedua elah kening diangkat. Kamal masih lagi tak lekang dengan
senyuman. "Macam kerang busuk la pula dia ni tak berhenti-henti senyum,"
Irin mengomel di dalam hati. Kamal menunjukkan signboard premis
di depan mereka sambil membuat kening double jerk.
"Butik Pengantin Sireh Pinang" Irin membaca sekali. Masih tak
faham. Sekali lagi dia memandang Nadin dan Kamal silih berganti. Kali ini,
Kamal dan Nadin sudah berdiri bersama di depan Irin.
"Kitorang
nak kahwin!" Akhirnya, Kamal mengumumkan 'surprise' yang dimaksudkan,
dengan itu teka-teki Irin juga terjawab.
Jaw
dropped. "What?! Seriously? Korang nak kahwin? Betul ni, Nadin?
Kamal?" Irin seolah-olah tidak percaya.
"Iya, kitorang dah sepakat nak kahwin. Kenapa, tak
percayakah?" jawab Nadin memberikan kepastian kepada rakannya.
"Ya Allah, tahniah! Akhirnya, doa
aku termakbul untuk korang. Hey, you the man, Kamal! Bahagialah kau, akhirnya yang kau kejar, yang kau idamkan
selama ni dah dapat. Hahaha." semakin teruja nampaknya Irin apabila dua
orang rakan karibnya akan bersatu.
"Terima
kasih, Irin. Sebab kau, aku kenal dengan Nadin. Sebab kau, akhirnya kitorang
dapat bersama. Terima kasih juga sebab dah doakan
kitorang. At last, Nadin terima cinta aku. So, you are the best friend we ever
had. Jadi, hari ni, kitorang nak kau sama-sama pilihkan baju untuk kitorang
bertunang, nikah and bersanding sekali. Jom masuk." ucapan Kamal seumpana
terharu didengar oleh Irin.
"Sama-sama. Hah, seronoknya
korang nak kahwin dah. Eh, tak kan
nak pilih baju nikah dengan bersanding sekali? Pilih lepas tunang tak
boleh?" Mereka sama-sama masuk ke dalam butik pengantin berkenaan.
"Sebenarnya,
Irin, kitorang plan tak nak tunang lama-lama. Nak tunang sebulan je, lepas tu terus nikah semua. Jadi
sebulan tu tak lama, better pilih awal-awal sekali senang." terang Nadin
kepada Irin.
"Wow,
tunang sebulan je? Kenapa tak seminggu? Sehari ke? Haha, Kamal dah tak sabar
laa tu. Ishh, teruklah kau ni, Kamal. Nadin dah terima, lepas tu tak
sabar-sabar pula nak nikah. Gatai-meghela. Hahaha" usik
Irin kepada pasangan tersebut.
"Sorry, normal laa lelaki gatal.
Tak gatal bukan lelaki. Hahaha. Memandangkan mood aku baik hari ni, kau pun
berkelakuan agak baik, pilihlah sepasang untuk pakai hari kitorang bersanding
atau nikah nanti? Nadin nak kau jadi pengapit dia."
"Really?? Yeay, thank you, bakal
pengantin! Hehe. Tapi kena tunggu korang pilih tema warna apa dulu, lepas tu
baru aku boleh decide untuk diri sendiri. Anyway, bila tarikhnya?"
"Tarikh yang comfirm belum ada
lagi tapi insyaAllah cuti sekolah hujung tahun ni." jawab Kamal.
"Hujung tahun ni? Hmm, memang dah tak lama tu, kurang dari empat
bulan. Merisiknya dah ke?" sememangnya soalan-soalan Irin macam mak nenek.
Irin sangat teruja dengan perkhabaran perkahwinan Kamal dan Nadin. Dia sibuk
membelek dan menyelak setia pasang baju pengantin yang tergantung. Kamal hanya
mengekori dua orang perempuan itu memilih baju. Pekerja butik juga sibuk
mencadangkan warna dan gaya yang sesuai untuk Nadin.
"Huh,
dah lama kot aku hantar rombongan merisik. Kawan baik kau tu je nak diam-diam
berahsia. Hehehe."
"Awak, color peach ni okay tak
untuk tunang?" celah Nadin, mendapatkan pendapat dari bakal suaminya.
"Tanya saya, color apa pun okay.
Hehe. Cantik juga peach. Hmm, Irin, apa pendapat kau?"
"Eh, korang yang nak kahwin. Buatlah pilihan sama-sama. Hehehe."
Irin sengaja memberi ruang kepada Kamal dan Nadin untuk serasi membuat pilihan
bersama. Hanya sesekali Irin akan masuk campur apabila mereka berdua tak dapat
mebuat pilihan terbaik.
TIKET KAPAL TERBANG, boarding pass dan passport
dibelek-belek sementara duduk minum di Mc Donald. Aiskrim Sundae Chocolate
dijamah sedikit demi sedikit. Pandangan dibuang melihat orang ramai di KLIA.
Dari pelancong, pramugari hingga ke juruterbang dari pelbagai negara dapat
dilihat. Seorang juruterbang dengan susuk tubuh yang tinggi lampai dan tegap,
lengkap dengan uniform putih dan slack hitam, kasut berkilat, namun rayban yang
terletak kemas di atas batang hidung yang boleh tahan mancung telah menarik
perhatian Irin seperti medan magnet yang sangat kuat kuasanya. Tak lekang
pandangan Irin, dari hujung ke hujung juruterbang tersebut berjalan mengheret
luggage kecil diperhatikannya.
"Ehem.
Ehemm!" Seseorang berdehem dekat telinga Irin. Langsung tak diendahkan.
"EHEMM! Ehemm!" sengaja dikuatkan lagi deheman itu kali ini.
Akhirnya, Irin tersentak, "Hee....." tersengih saja sambil membuat
tanda 'peace' kepada Nadin yang berdehem dari tadi.
"Nak
try boyfriend pilot pula ke? Hmm, not bad yang tadi tu. Handsome! He's hot. Aumm!"
kedua belah tangan membuat gaya menerkam Irin.
"Amboi, Irin yang usha bagai nak
maut. Awak pula yang nak 'Aumm'. Ni yang saya jealous ni, suami kat sebelah pun
boleh dilupakan." merajuk pula si Kamal bila Nadin mengusik Irin.
"Hahaha! Mengadalah kau ni, Kamal. Jangan risau, Nadin ni tak suka
pilot so kau selamat. But pilot tadi tu memang hot, kan? Hei, kalau dapat buat
suami memang tak cari lain, dah la handsome, tiap-tiap tahun boleh dapat ikut
dia fly sambil melancong keliling dunia. Free vacation! Syoknya!
Hahhh....." perasaan Irin seakan-akan sedang terapung dengan lautan cinta
hati hinggga tak mencecah lantai KLIA, ibarat turut sama terbang dipandu
juruterbang tadi.
"Hah,
ya, kau tak cari lain, aku takut dia yang cari lain nanti, silap-silap keliling
pinggang. Stewardess pun tak kurang hot, kau kat rumah jadi bini nanti dah
selekeh, dia pun bosan tengok. Sekarang pun selekeh." ada saja idea Kamal
menyakat sambil mencebik.
"Ish,
tak baiklah doakan macam tu dekat Irin.Mana ada Irin selekeh, biasa je. Okay
what, simple but still attractive." Nadin menghalang suaminya dari terus
menyakat, takut kecil hati pula Irin nanti. Irin dan Nadin berpeluk erat di
depan Kamal, cukup terserlah kasih sayang dalam persahabatan dua insan ini.
"Entah. Tak baiklah, awak. Awak
ni doakanlah yang baik untuk saya. Apa
punya kawan laa awak ni." Sengaja Irin menggunakan 'saya-awak' dengan
Kamal, cuba meniru gaya cakap Nadin yang lemah lembut dengan semua orang.
"Yelah. Sorry." Kamal mengalah dan memohon maaf. "Irin,
serious ke kau nak pergi Germany seorang ni? Apa-apa jadi nanti macam mana?
Siapa nak jaga kau? Tunggulah nanti pergi dengan kitorang sekali, baru best
ramai-ramai." sambung Kamal.
"Tak
boleh lah, Kamal. Aku bukan senang dapat cuti, lagipun aku dah lama plan nak
pergi holiday ni pun, tiket pun dah tempah awal. Nak buat macam mana, suppose
pergi berdua dengan housemate kesayangan tapi kau dah rampas dia dari aku
dengan kuasa veto kau. Hahaha. Pasal jaga diri tu tak payah risau, pandailah
aku nanti, insyaAllah. Korang doakan je aku selamat pergi, balik dan sepanjang
dekat sana nanti. Cuak juga sebenarnya ni nak pergi seorang."
"Hah,
kalau cuak tak payah pergi lah. Aku risaulah, kau kat sana seorang nanti, kalau
kau lelaki aku tak kisah sangat, ni perempuan, bahaya tau." Kamal sangat
risaukan keselamatan rakan perempuannya yang seorang itu. Apakan tidak, Irin
bukan saja rakan baiknya malah sudah dianggap seperti adiknya.
"Hmm,
kau ingat lagi, kan? Apa yang aku pernah pesan, tips masa
kita pergi holiday sama-sama dulu semua? Apa-apa kau carilah junior aku yang
ada dekat sana, nanti aku bagitahu diorang." pesan Nadin.
"Ingat! Okay, aku akan jaga diri
aku dekat sana nanti, jangan risau kat sana nanti aku akan update dekat kau
hari-hari. Hehehe."
"Dah sampai sana nanti, dah check
in hotel apa semua, cepat bagitahu kitorang. Kalau boleh emailkan nama, alamat dengan nombor telefon
hotel kau duduk sekali. Senang, apa-apa jadi kitorang boleh
contact." Kamal menambah pesanan.
"Aiyai, kapten! Korang ni macam mak
ayah aku pula pesan macam-macam, terharu aku tau! Hehe. Thanks, korang. Oh
yeah, aku dekat sana nanti, tolong tengok-tengokkan mak ayah aku."
"Okay, nanti kitorang tolong
tengok-tengokkan. Dah kau pergi, siapa pula yang nak jenguk diorang ye
tak."
Irin duduk termenung di ruang boarding
sementara menunggu waktu penerbangannya tiba. Kamal dan Nadin telah pun pulang
selepas menghantarnya masuk ke balai berlepas. Dia memandang langit biru bertukar kelabu di luar,
gerimis sedikit, kelihatan sebuah kapal terbang sedang berlepas. Rintik-rintik
gerimis yang membasahi sedikit tingkap kaca diperhatikan mengalir perlahan
setiap kali molekul-molekul titis air itu bercamtun turun ke bawah akibat
tarikan graviti. Dia sendiri berfikir, apa yang cuba dia lakuka. Pergi bercuti,
melancong ke negara Eropah seorang diri, sudahlah dia perempuan. Kerja gila.
Tapi ini adalah peluang untuk dia menjejakkan kaki ke negara yang diidamkan
untuk melancong selama ni. Nak sambung belajar dekat sana tak
dapat, pergi melancong pun jadilah.
Bersambung...