CC's Customer

Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

Tuesday, August 2

Degree - Biasiswa JPA atau PTPTN?

Tiba-tiba aku terpanggil untuk buat entry pasal hal ni. Thanks to Wan Muhd Faris Fahmi, our soon becoming junior dekat FKM nanti. Actually adik ni dari Asasi UiTM yang aku involve tahun lepas dekat kampus Puncak Alam. See? Kalau PM baik dengan PB, sampai dah habis MDS, habis asasi pun masih ingat dekat PM. Kali ni bukan lagi PM yang jaga adik-adik masa MDS tapi lebih kepada tempat rujukan adik-adik tentang pengajian dalm program Ijazah. Semalam, adik ni ada tanya dekat aku, antara JPA dengan PTPTN, yang mana satu dia patut apply. Jawapan aku? Anyway, aku bukanlah orang yang sepatutnya buatkan keputusan pemilihan tu.


1hb Ogos baru ni, JPA dah mula buka tawaran biasiswa peringkat Ijazah dalam Negara. Tempoh permohonan sampai 7hb Ogos 2011 ni je kalau tak silap aku. Jadi masanya agak suntuk kalau nak fikir lama-lama buat pilihan. Mesti adik-adik hebat kat luar sana yang dapat CGPA 3.5 above masa asasi/matrik/diploma tengah berfikir-fikir nak apply ke tak scholar ni kan? Naluri aku kuat menyatakan majoriti yang dapat CGPA bagus ni mestilah tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan scholar. Penat-penat belajar setahun atau 3 tahun dapat pointer yang 1st class, tak kan nak berhutang pula dengan PTPTN ataupun bergantung dengan elaun PaMa (duit papa mama) je. Peluang sesekali jangan dilepaskan, untung nasib mana tau dapat scholar JPA, kan best.

Bercakap pasal pnjaman PTPTN ni pula, baik nama pun dah ‘PINJAMAN’ of course lepas grad kita kena bayar balik semula pinjaman kita dalam temph masa beberapa tahun beserta dengan pulangan balik 1% dari kadar pinjaman sekarang ni dan ia bergantung kepada kadar pinjaman yang kita dapat. Full loan yang PTPTN bagi untuk engineering course adalah RM 28 000.00 (8 semester). Kadar pinjaman ni berubah mengikut jumlah pendapatan keluarga, tanggungan keluarga, kursus Ijazah yang dikuti dan tempoh semester yang akan dilalui. Kelebihannya pula, tiada ikatan kerja dengan mana-mana badan kerajaan mahupun swasta. Graduates boleh pilih untuk bekerja dekat mana-mana syarikat yang dorang nak. Cuma peringatannya, janganlah lupa bayar balik pinjaman tu, kalau tak ada laa nama orang tu kena blacklist untuk keluar negara. Pandai hutang, pandai bayar balik ye, hehee (peringatan untuk diri sendiri juga ni).

Tetapi yang menjadi persoalan dilemanya tentang scholar JPA adalah graduates akan terikat dengan kerajaan, di mana graduates kena kerja dengan government dulu untuk beberapa tahun. Yup, mana-mana scholar pun sama akan ada bond dengan dorang, Proton, UMW, Shell, Petronas, Gamuda etc. Bezanya kalau bond dengan government under JPA ni gaji tu murah la sikit kalau nak dibandingkan dengan syarikat-syarikat swasta. Kalau fresh grad engineering kerja dalam private sector gaji dorang biasanya around RM 2k – 2.8k sebulan tu belum lagi dengan elaun-elaun tambahan yang lain, then may be kalau dengan government rendah sikit.


Okay, jom kita skodeng dari sudut yang positif bila kita dapat scholar dari JPA ni. A promising future of career after graduation! Lepas grad je, dah tentu kita akan ada tempat untuk bekerja dah walaupun dengan badan kerajaan, bila difikirkan balik apa salahnya kita berkhidmat balik kepada pihak yang dah taja pengajian kita untuk dapatkan segulung Ijazah tu. Bukan laa kena kerja sampai korang tua pun. Cukup masa boleh je korang berhenti and tukar kerja dekat company lain dengan gaji yang lebih tinggi. Untuk tajaan JPA ni, lepas grad, korang kena tunggu tawaran kerja dari dorang dulu dalam tempoh 1 tahun. Kalau lepas 1 tahun tak dapat mana-mana panggilan kerja, baru laa korang boleh kerja kat tempat lain tetapi dalam tempoh menuggu yang setahun tu korang tak boleh kerja denagn company lain. However, dari sumber salah seorang coursemate aku yang under tajaan JPA, dia bagitahu aku yang dalam kontrak JPA tidak ada menyatakan jaminan sebarang pekerjaan lepas grad cuma pelajar akan ada kontrak dengan 6 tahun sahaja. Walaubagaimanapun, dalam pekeliling baru JPA ada memberi kelonggaran sedikit kepada pelajar untuk bekerja di mana-mana syarikat, asalkan memohon pelepasan dari mereka.For further detail pasal isu bonding kerja dengan goverment ke tak as tajaan JPA, korang boleh baca dekat SINI. At that time, korang comfirm dah berpengalaman dalam kerja and sure company luar tak ragu-ragu nak ambil korang bekerja. Zaman dulu, masa atuk nenek mak ayah kita, nak belajar kat universiti sampai kena jual dan gadai tanah harta benda semua sebab tak mampu nak tamping kos pengajian yang tinggi. Masa zaman tu pun tak banyak pihak-pihak yang tawarkan scholar ni, PTPTN pun tak wujud lagi masa tu. Kira kita generasi baru ni sangatx10^10 punya untung. Macam-macam kemudahan kerajaan dah sediakan untuk pendidikan negara. Besides, bayaran scholar yang tinggi kepada penerima setiap semester, dulu JPA bagi RM4k lebih je tapi sekarang kadar dah naik ke RM5k lebih untuk satu sem.  Boleh claim elaun untuk final year project, FYP dan practical.

Kita ubah pula dimensi kita ke arah pinjaman PTPTN. Dengar je PTPTN rasanya siapa yang tengah hutang dengan PTPTN tu akan sakit kepala dan pengecutan vena pulmonari yang drastik, cemaskan bila fikirkan pasal sejumlah wang yang kita nak bayar balik lepas grad. Siapa yang dari diploma dah pinjam PTPTN sampai degree tu lagi laa semput, hamper RM 40 000 jumlah keseluruhan yang nak dibayar balik. Mana nak dapat duit banyak tu kak chik? Bang chik? Berpinar mata kalau kita ni yang masih student fikirkan hutang PTPTN tu. Sememangnya student tajaan JPA lagi lumayan dari PTPTN yang berhutang ni, satu sem PTPTN bagi RM 3500 je untuk siapa yang pinjam full. Lebih kurang RM1500 kurang daripada JPA. Zaman sekarang ni memang tak cukup laa kalau nak belanja RM 3500 tu. Bila dah tolak yuran pengajian, yuran kolej dan beli buku segala bagai, tinggal berapa je duit yang tinggal tu untuk kita guna sepanjang satu semester. Tak cukup! Especially yang dapat IPT kat area Lembah Klang macam UM, UKM, UiTM, UPM, UIAM etc. Life cost kat Bandar dah laa tinggi. Siapa dapat masuk UiTM memang sangat untung sebab yuran pengajian kita murah je tak semahal tempat lain yang capai 4 angka. But then kalau pinjam PTPTN ni tak ada laa kena paksa kerja dengan government or mana-mana tempat, kita bebas nak pilih kerja dekat mana, as long kita pandai nak marketkan diri. Graduate dengan 1st class degree pun kalau tak ada soft skills tak guna juga, ibarat si ulat buku yang pandai baca buku je tapi tak reti nak gerak cari daun sendiri untuk makan. Apa-apa pun, kalau kita pandai berjimat nak belanja, ada side income dari PaMa or kakak abang. InsyaAllah boleh je survive dengan duit PTPTN tu.


So lepas dah baca semua ni, adik-adik rasa patut apply JPA or PTPTN? JPA yang tawarkan penajaan pengajian atau PTPTN yang tawarkan pinjaman duit? Aku bukan nak pengaruh korang untuk apply JPA ataupun PTPTN, tidak sama sekali. Terpulang pada adik-adik yang bakal masuk universiti awal September ni nanti, macam mana korang nak lakar masa depan korang. Planning untuk masa depan sendiri tu penting, korang dah besar rasanya dah boleh fikir sendiri, nak masuk universiti dah, tak perlu lagi kot nak mintak mak ayah buatkan pilihan tu. Tapi tak ada laa suruh korang ketepikan terus mak ayah korang, boleh juga korang minta pandangan mak ayah korang tu, discuss baik-baik, hujahkan pros and cons pasal JPA dengan PTPTN ni, sertakan sekali planning masa depan korang tu. Lepas tu boleh laa korang buat keputusan sendiri bila dah consider pendapat mak ayah dan gerak hati korang. Reminder, bila dah dapat scholar tu maintain your CGPA above 3.5 dan untuk PTPTN maintain and improve CGPA korang above 3. Nak apply dua-dua pun boleh, tak jadi masalah rasanya, dapat salah satu, bersyukur je laa tu rezeki korang. Kalau dapat dua-dua, korang pilih yang terbaik, salah satu tu boleh kita batalkan dengan bayar balik duit yang kita dah terima.

All right that’s all pengalaman dan pandangan aku pasal JPA and PTPTN ni. This is the only way aku nak share dengan adik-adik kat luar semua. Adik sendiri tak ada, sepupu pun kecik-kecik lagi. Anyway, aku bukan student tajaan JPA tapi aku berhutang dengan PTPTN. Houyeahhh...lepas ni turn aku pula bayar hutang-hutang tu semua. Arghhh~~~ =.=’


**Attention!
Yang perminat nak mohon JPA boleh laa ke SINI untuk maklumat lanjut pasal tawaran kerja etc.
1) http://www.jamaluddin.net/​2011/01/berita-baik-untuk-​pemegang-biasiswa-jpa.html
2)http://www.utusan.com.my/u​tusan/info.asp?y=2010&dt=1​206&pub=Utusan_Malaysia&se​c=Terkini&pg=bt_13.htm

Tuesday, June 14

Kelegaan itu Relief


Nampak tak lompong-lompong, lompang dan longkang kat jadual kelas aku di atas?
Sejujurnya aku agak stress tengok kekosongan kat tengah-tengah tu.
Apa kan daya memang jadual semester 7 ni banyak kelas belah petang.
Dah laa nak register pun payah, minggu terakhir course registration baru kos aku boleh register.
Mahu tak macam pisang goreng panas semua special topics yang ada.

Sebenarnya, dah jadi final year student ni
Plan study berbeza sikit dari sem1,2,3,4 dan 5 (Sem 6 ktorg praktikal)
Mulai sem7 dengan sem8, ktorg kena pilih 2 special topic untuk setiap semester.
Banyak gila special topic punya pilihan, antara minat dengan tak atau ada rezeki nak register ke tak
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Siapa lambat register, maka probabilitity untuk register special topic pilihan hati tu kurang laa
Sebab kelas untuk special topic tak banyak macam core subject lain.

Cabaran kali ni dengan special topic adalah kecelaruan jadual
Di mana kebanyakan special topic yang minat nak ambil nih, jadual dia clash (bertindih) dengan core subject.
Tukar sana tukar sini
Carca merba laa jadual kami ni semua.
Apa-apa pun, untuk semester7 akan datang..Alhamdulillah
Dah selesai mendaftar.

Special Topics List:
MEC611 ADVANCED MECHANICS OF MATERIALS
MEC621 ADVANCED DYNAMICS
MEC625 KINEMATICS OF MACHINERY
MEC630 FINITE ELIMENT METHOD
MEC641 COMPUTATIONAL FLUID DYNAMICS (CFD)
MEC655 RENEWABLE AND SUSTAINABLE ENERGY TECHNOLOGY
MEC681 MATERIALS FOR ENGINEERING APPLICATION
MEC612 FRACTURE MECHANICS
MEC613 MECHANICS OF COMPOSITE MATERIALS
MEC614 IMPACT MECHANICS
MEC622 ADVANCED MECHANIC VIBRATIONS
MEC623 SYSTEM IDENTIFICATION
MEC624 ADAPTIVE CONTROL
MEC626 DYNAMICS OF MACHINERY
MEC628 MODEL TESTING AND ANALYSIS
MEC629 FUNDAMENTALS OF ACOUSTICS
MEC635 DESIGN OPTIMIZATION
MEC642 LUBRICATION OF MACHINE ELEMENTS
MEC651 MECHANICS AND THERMODYNAMICS OF PROPULSION
MEC652 WIND TURBINE DESIGN
MEC653 HVAC SYSTEM
MEC654 FIRE PRECAUTION ENGINEERING
MEC631 DESIGN FOR MANUFACTURE AND ASSEMBLY
MEC634 ERGONOMIC DESIGN
MEC636 CONCURRENT ENGINEERING
MEC637 COMPUTER MODELLING AND RAPID MANUFACTURING
MEC661 APPLIED WELDING ENGINEERING
MEC665 ROBOTICS AND AUTOMATION
MEC673 WORLD CLASS MANUFACTURING
MEC677 PROJECT MANAGEMENT
MEC678 TOTAL QUALITY MANAGEMENT

Wednesday, May 11

Matrik/Diploma/Asasi - Road Not Taken

Hello everybodyyyy! Sekarang ni sure ramai yang tengah confuse kan? Tak tau nak pilih yang mana satu. Tawaran dari program matrikulasi dapat, UPU pun dapat. Dah tu UPU lak ada yang dapat offer untuk program asasi ada yang program diploma. Pening-pening bila diri sendiri tak tau nak jadi apa in future nanti. Erkkk~ nak jadi doktor tapi tak berapa nak cerdik. Nak jadi fashion designer tapi mak bising suruh jadi lawyer, ayah lak suruh sambung business company dia. TOLONG!!! Pening-pening! Hahaha..tapi itu situasi untuk orang yang beruntung dapat macam-macam tawaran melanjutkan pelajaran. Yang tak dapat mana-mana offer macam mana lak? Kesian mereka dan keluarga mereka. Tawaran masuk tingkatan6 je? Tu pun kira nasib baik dapat gak tingkatan6, kalau habuk pun tarakk? Apa mau jadi lorhhh...dunia oh dunia, apakah? "Belia pemangkin transformasi negara" itu la tagline sambutan Hari Belia tahun ni. So adik-adik kat luar sana yang baru lepas SPM tu kalau result tak berapa nak bagus pun jangan laa putus harapan tak nak sambung belajar. Tak nak sambung belajar pun tak apa asalkan korang ada misi dan visi untuk masa depan diri sendiri. Usaha untuk majukan diri tu penting. Mula dari  bawah pun tak apa, masuk bidang-bidang teknikal lepas tu kerja timba pengalaman, mana tau satu hari nanti boleh buka business sendiri.

Anyway, 4 tahun lepas aku pun serabut gak nak buat keputusan untuk masa depan. Yelah, SPM ni macam satu platform untuk kita buka pintu masa depan kita. Salah pilih pintu sia-sia je kau belajar bagai nak gila, tu yang ada orang bijak pandai jadi gila tuh. Huhuhu. Kunci kejayaan (SPM) dalam tangan dah, pandai-pandai laa cari lubang kunci nak buka pintu (masa depan kita). Sejujurnya, result SPM aku tak bagus mana pun. 3A je yang lain berderet-deret B, mau tak membebel mak aku dapat tau masa tu. Sebulan tak habis dia bising kat aku. Masa tu rasa kechiwa gila, dalam hati "teruk sangat ke aku ni? bodoh sangat ke aku? member lain boleh skor 7A 8A 9A 10A, apsal aku 3 je? macam mana aku nak masuk U nanti? Layak ke aku?" 

Confusing me of my future 
Kelayakan? Ya itu satu isu yang agak besar bila result SPM yang macam suam-suam kuku je. UPU tetap aku apply macam orang lain dengan harapan dapat laa salah satu pilihan antara 8 tu. Dasar tak sedar diri gak aku ni, bukan main pilih program Asasi PASUM dalam top choice aku, bawah tu ada laa diploma farmasi dengan electrical engineering kala tak silap. Aku pun tak ingat sangat aku apply kos apa masa tu. Dalam hati sangat berharap dapat laa salah satu pilihan UPU tu, aku tak tau la macam mana aku nak teruskan hidup kalau tak dapat mana-mana tawaran belajar.Tapi sebelum SPM lagi, aku dah ada isi borang permohonan matrikulasi kat sekolah. Cikgu kaunseling memang menggalakkan ktorg apply matrik. Cina India Melayu semua isi borang tu dulu. Cikgu kaunseling yang uruskan borang ktorg semua. Baikkan cikgu ktorg tu, padahal dia cina kot dan ada seorang lagi melayu. Hee. 

Siapa sangka hari keputusan tawaran matrikulasi keluar, aku pun minta tolong kawan aku check permohonan aku. Alhamdulillah, aku dapat tawaran dekat Kolej Matrikulasi Kedah (KMK), Changlun. Uit...Changlun tu dekat mana lak? Jenuh mak ayah aku cari tengok kat peta. Perghh~ jauh gila! Dah dekat hujung semenanjung weh..tak jauh dah dari sempadan Thai. Aku pun mula laa merisik khabar dengan classmate aku semua, siapa lgi dapat matrik, kot laa ada yang sama matrik dengan aku dapat kat Kedah ni. Mula-mula tu ada la seorang dua, tu pun dengar cerita nak minta tukar, dorg tak nak jauh-jauh. Tak lama lepas tawaran matrik keluar, tawaran UPU pun keluar. Ahhh...hampa! Aku tak dapat pun UPU lepas SPM tu dulu. Kawan-kawan lain dapat juga so at least they all can choose either matrik or diploma. Aku? No choice for me, either like it or not. Your destiny is here.........

  
Far farrrr awayyy at Northen Penisular Malaysia (KMK)

First day jejak kaki dekat KMK memang aku excited sebab bukan laa aku seorang je yang tercampak dekat sini. Ada je schoolmate yang lain aku jumpa balik dekat sini. Malam pertama lak (macam buat apa je aku cakap malam pertama), aku langsung tak homesick. Tak ada pula nangis-nangis nak balik macam sesetengah orang tu. Ingat lagi malam pertama loceng kecemasan memekak tengah-tengah malam, aku dengan roomate baru aku, Lyn (chinese), tak reti takut keluar kat corridor tinjau keadaan kenapa loceng tu bunyi. Padahal depan blok ktorg tu ladang kelapa sawit, lapang sunyi gelap. Oohhh..agak menyeramkan kalau terbayang benda terbang melayang.

Dekat matrik aku dalam group budak sains fizikal. Thank God aku tak payah belajar biologi dah! Weehoo~ aku memang tak bagus dalam Bio ni, kimia pun tak hebat mana but Fizik ok laa...Im more to physical subject. Alhamdulillah boleh bawa semua subjek-subjek berat masa matrik. Obviously orang pun cakap belajar kat matrik ni silibus laju. Yup! Laju gila kalah bullet train kat Jepun tu. 1 minggu 1 bab ktorg belajar, basically budak sains tak kira la Hayat atau Fizik akan belajar 3 core subject - maths, chemistry, physic/biology. "Tak dan nak faham tuh, tutorial lctrr bagi pun tak siap lagi, kat lecture hall dah blajaq bab baru." Just imagine laa, budak lepas SPM yang macam kita ni belajar 3 tahun untuk diploma tapi yang budak matrik ni compress 3 tahun punya subjek belajar dalam masa setahun saja?! Agak gila bunyinya tapi tak jadi masalah pun kalau korg pandai bahagikan waktu semua. Jadual memang laa pack, kalau test tu memang susah nak skor. Tapi matrik life sangat seronok! Intermediate life time between lepas sekolah dan sebelum jadi mahasiswa. Muda hanya sekali so kita enjoy!!!

Lin, Muni & Adam during experiment at chemical lab KMK 2007/2008
Memandangkan aku dah tercampak belajar dekat Kedah ni, maka secara siaran tak langsungnya, most of friends yang aku kenal dekat sini berasal dari Kedah, Penang, Perlis dan sekitarnya. Kebanyakkan memang KPP (Kedah Penag Perlis), yang dari pantai timur pun ada juga. Dari pak cik, mak cik cafe, mak cik cleaner, staff sokongan semua orang Kedah gak. Serius aku tak jumpa lak minah endon jadi cleaner ke pape dekat sini. Aman hidup tiada anasir endon dekat sini. Orang-orang kat sini semua peramah. Yeay~ saya suka orang utara! Oopss, agak bahaya statement ni kalau orang salah faham. Huhuhu. Classmate semua cakap utara masa zaman ni, kami yang dari Selangor & KL pun terpengaruh sama. Nak SMS tanya tutorial or lab report dah siapke belum semua style SMS orang utara. Cakap pun nak 'aku' 'hang' 'sat' 'pi' 'hingaq' macam-macam lah term aku belajar. Tak rugi pun kalau kita merantau jauh sebab nak tuntut ilmu, sesekali kena keluar dari ruang lingkungan atau zon selesa kita tu. Keluar dari tempurung tengok dunia luar. Jauh perjalanan luas pemandangan, dapat ilmu dapat belajar budaya negeri orang. Kan seronok :) Kawan-kawan, ampa rindu PMC dak?? hahahaahah

Girl classmate: Faezah, Fathin, Mira, Nisa, Jat, Me, Maisara, Muni 
Sekejap je aku dah lupa kesedihan aku pasal tak dapat tawaran lain macam kawan-kawan lain. Belajar kat matrik pun tak apa. Bersyukurlah kerana anda antara yang bertuah dapat masuk matrik. Bukan calang-calang tau, siapa yang mampu nak ikut cara belajat kat matrik yang laju ni je mampu. Tak tahan memang tension, masuk sem2 keluar matrik masuk diploma from the first start balik. Rugi je kalau buat macam tu. Kuatkan semangat, jiwa kena kental, berani sahut cabaran. Matrik or diploma sama je masing-masing ada pros and cons. Yang masuk program asasi tu lain cerita laa, yang masuk asasi tu yang superb je. Kita yang setakat 6A ke bawah ni jangan berharap sangat laa. Asasi untuk budak-budak genius, tapi tak juga budak matrik pun ada juga yang dapat straight A's masa SPM. Ada juga masuk Asasi pun leka malas nak study bajet dah pandai sangat dan terpengaruh dengan social life style, hancus juga tak fly pun pergi US, German, UK, Russia semua tu.

Attitude tu penting. Lepas SPM ni biasa laa semua nak rasa bebas, mak membebel pun nak memberontak cakap "adek dah besar laa mama!" Baru lepas SPM dah pandai nak pergi clubbing bagai. Zaman lepas SPM ni laa korang kena jaga tingkah laku, zaman paling senang terpengaruh.
"Senang sangat rosak, macam ros dalam balang kaca, terlanggar sikit jatuh hancur berderai. So jadi laa ros yang mekar cantik dalam balang kaca tu, susah untuk orang capai sebab korang sangat cantik! :) "
Cantik budi pekerti, cantik penampilan, cantik akhlaknya, cantik otak korang tuh terpelihara tak tercemar teruk sangat. Baru la boleh jadi belia harapan negara yang berkualiti. Jangan pula dapat gf orang bandar, ajak kau pergi clubbing minum air setan tu krang ikutkan je. Pastu mula laa buat maksiat kantoi dengan pengurusan dah kena dismiss belajar. 

Masa tu korang bayangkan muka mak ayah korang! Apa perasaan dorg bila anak yang dorg harapkan besar jadi engineer jadi doktor jadi lawyer, hantar belajar jauh-jauh pergi oversea dapat scholarship kerajaan pun tak guna dah masa tu. Sebab korang dah hancurkan harapan orang tua korang. Jadi, bila dapat peluang baik macam tu gunakan sebaiknya, bukan tak boleh nak enjoy tapi berpada-pada laa. Kenali mana kawan mana lawan, kalau orang yang nak jatuhkan korang tu yang korang sanjung, aku cakap bubye je laa masa depan korang tu. Sia-sia mak mengandungkan korang 9bulan termengah-mengah tercungap-cungap bawa korang ke hulu ke hilir, berat badan mak korang naik hampir 80-100kg tapi ni balasan korang. Belajar  bersungguh-sungguh, jaga akhlak, jaga pergaulan dengan kawan-kawan dan paling penting jaga maruah diri.

BBQ Night 2008: F2T2 classmate also Ms. Melisa (englsih) & Cik Rosnani (math)
Isu matrik, diploma mahupun asasi tu terpulang pada individu, korang pilih laa mana yang terbaik untuk diri korang sendiri. Cuma matrik ni jimat masa sikit, but actually asasi pun sama je macam matrik konsep dia. Lagi satu bila masuk matrik ni peluang korang untuk sambung degree pun cerah laa juga nak bandingkan peluang yang lepas SPM tu tadi. Basic CGPA dari matrik yang korang kena dapat untuk masuk IPTA yang ala-ala femes gtew macam UM, UKM, USM, UTM, UPM, UiTM, kena dapatkan 3.0 ke atas (ni CGPA yang peluang cerah laa bergantung pada kos korang apply jugak). Siapa-siapa yang minat dengan engineering, antara universiti top yang aku boleh suggest, UTM, UiTM, USM & UKM. Selain tu UniMAP dengan UMP pun ok juga untuk engineering. Kalau nak tau kos yang aku belajar sekarang adalah pilihan ke-3 dalam permohonan UPU aku lepas matrik dulu:

1) Mechanical Engineering                  - UTM
2) TESL                                   - UPSI
3) Mechanical Engineering                 - UiTM
4) Electrical & Electronic Engineering     - USM
5) Mechatronic Engineering                 - USM
6) Science (Physic)                        - UKM
7) Science (Physic)                       - UiTM

Persatuan Siswa Siswi Kejuruteraan Mekanikal, PSSKM 2010 (ni mse aku part 4)
Sekarang aku dah jadi student tahun 3 mechanical engineering UiTM. InsyaAllah aku grad next year, harap-harap semuanya lancar. Hey, siapa cakap perempuan tak sesuai amek mechanical? Dusta belaka! Tipu! Hahaha..but of course kalau adik-adik perempuan kat luar sana yang minat dengan mechanical engineering, make sure korang tak geli nak pegang benda-benda kotor macam minyak grease semua tu. Tak takut nak pegang mesin-mesin besar, tak kisah pegang benda-benda berat, tak kisah buat kerja-kerja kasar macam lelaki. Jika anda seorang yang lemah lembut tak sudi nak buat tu semua, harap hentikan saja angan-angan tu sebab anda bakal membuatkan abang-abang lain menyampah dengan kerenah mengada korang tu dik. Mungkin ini patut dijadikan sebagai satu cabaran, you dare for it? Then do it with your own! :)

Integrated Engineering Carnival , IEC (July 2009): Part 1 students induction
Aku jd crew dgn senior2 laen, induction adek2 part 1 

Mechanical Engineering Carnival 2010 by PSSKM team members