CC's Customer

Monday, November 29

Catatan Pena Merah 291110

29 November 2010. Isnin (Hujan)

Aku diam tak bermakna aku bisu, tuli mahupun buta untuk menidakkan segalanya apa yang aku dengar dan lihat. Memang aku tak mampu untuk lakukan sesuatu untuk bertindak kerana aku memikirkan kebaikan dan keburukan, aku menggunakan akal fikiran yang rasional bukannya mengikut nafsu di dalam diri yang membelenggu. Ikutkan hati mati, ikutkan mulut badan binasa...ikutkan nafsu? dosa yang menimbum. Aku memang tak sebaik Siti Khadijah, Umairah, Siti Fatimah atau sesiapa oun di zaman Rasullulah SAW. Aku memang jauh sekali jika dibandingkan dengan mereka. Aku jahil tentang itu dan ini. Tapi aku masih waras masih boleh membezakan mana yang baik mana yang buruk. Janganlah dek kerana cinta, anda menjadi buta akan halal dan haram dalam suatu perhubungan.

Bukan aku ingin katakan yang aku baik tapi secara logik akal, berteraskan adat sopan melayu dan pegangan Islam, iaitu Iman, tidakkah dikau tahu? Sesungguhnya kau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kukuh pegengan Islamnya, namun mengapa perilaku kau umpama orang hilang pedoman? Betul kata orang, cinta boleh membuatkan seseorang itu buta. Kalau tak, mana kan wujud ayat ''cinta itu buta''. Kau buta sebentar, kau hilang arah, mana pergi jati diri kau? Hidup kau bagaikan lalang. Kau hanyut dibawa arus cinta dan bahagia yang ditunjukkan oleh syaitan. Keluar malam balik pagi, 24/7 kau alpa dengan SMS itu dan ini. Jari-jemari kau tak pernah letih. Malam bagaikan siang, dunia ini seperti kau yang punya bersama tersayang. Sahabat terabai dek kerana kau terlalu mengejar cinta nafsu kau itu. Inikah yang dikatakan cinta suci? cinta setulus hati? Kau tertipu sebenarnya, dikaburi oleh tipu helah sang syaitan yang tak pernah putus asa menyesatkan kau, cucu-cicit Adam.

Aku tidak mengatakan diri aku baik, mahupun pakar dalam soal cinta yang berteraskan Islam. Sedia maklum, cinta yang hakiki hanya milik Allah SWT. Siapa aku untuk menyangkal perasaan itu yang bersarang di hati kau. Tapi apa yang aku telah ceritakan kepada ayahanda, ini responnya.

''Orang macam tu tengah kemaruk bercinta, batak kejap bila jumpa lelaki. Kat mata dia cuma ada lelaki sehingga sanggup meninggalkan sahabat. Dia tak sepatutnya bertindak macam tu, tinggalkan kau berseorangan hingga lewat malam. Sedangkan dia keluar dengan bf, dan kau macam penunggu di rumah. Itulah yang ayah khuatirkan anak muda zaman sekarang, kau jangan buat perangai macam tu. Sebab tu ayah dengan mak hantar kau duk asrama kat KL dulu supaya kau berhijrah dan berdikari. Pandai sesuaikan diri kat tempat orang, jadi tak ada laa culture shock ke  pape macam ni..Ayah tau kau tak ada pengalaman dalam cinta ke apa tapi ayah harap kau pandai bawa diri, kau dah besar fikirlah mana baik mana yang buruk. Kalau dah keluar berdua-duaan sampai tengah malam balik pagi-pagi tu ape kejadahnya? Mak ayah dia ada pernah datang tak tengok dia kat sini? Tu laa..mak bapak zaman sekarang, main lepas je anak keluar. Hmmm...''


Panjang lebar ayah bercakap, aku hanya mampu mendiamkan diri. Bukan niat aku untuk mengadu itu dan ini tapi memang hubungan aku dan ayah rapat, tiada rahsia (kecuali rahsia hati..mak pun tak tahu..aku pendamkan seorang). Apa yang ayah katakan itu benar, aku tak menyangkalnya. Bukan juga niat aku untuk menyinggung perasaan sesiapa, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Kata-kata aku ini skeadar nasihat untuk mengingatkan sesama saudara Islam. Kita sudah pun maklum bahawa dengan mengirimkan SMS kepada bukan muhrim kita pun dah dikira menghampiri zina, inikan pula berdua-duaan. Keluar lewat tengah malam pula....sudah tiada siang kah di dunia ini? Banyak-banyak waktu kenapa tengah malam? Tidak manis bukan jika orang tua melihat atau mengetahuinya? Kau anak dara, aku juga begitu, pasti mak dan ayah risau jika melihat anak daranya keluar tengah malam tak pulang-pulang. Kita orang melayu, mana sopannya gadis melayu?

Kalian mungkin fikir aku ni konservatif ataupun kuno. Tak open minded. Katakan apa saja, aku tidak kisah, aku menulis dan menasihati berdasarkan pemerhatian, logik fikiran dan nasihat perilaku orang sekeliling aku. Walaupun aku jahil tentang agama, aku bukan anak melayu jati tapi aku masih tahu apa yang halal apa yang haram, apa yang baik apa yang tidak. Lakukan apa yang baik untuk diri kau, fikir-fikirkan apa yang kita lakukan sebelum bertindak. Apa yang baik kita kongsi, apa yang buruk sama-sama kita perbaiki. Tingkatkan prestasi, kurangkan segala kontroversi. Moleknya gadis bertudung jika kelakuannya sopan seindah gadis melayu dan cintanya seperti wanita di zaman Rasullulah SAW. Aku pasti itulah idaman setiap lelaki di luar sana.

''Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga;
            Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.''

Tinta Pena Merah

Friday, November 26

::LoVe ScEnE tRaGeDy [part 2]::

<<SCENE 3>>

Girl: ''Awk, sy rse lbh baik kte break je....utk kebaikan sme. Kte pun msh blaja, jauh lagi pjalanan kte, masing2 bru lps SPM. Sy hrp awk fhm laa...''
Boy: ''Erm..btul ke ni awk? Awk main2 je kan?'' (Boy dlm reaksi yg tkejut dan seakan x pcye dgn ape yg Girl ckp kn)
Girl: ''Sy x main2 la wak....sy serius ni...sy nk kte fokus kt life masing2..kte muda lg. Biar jodoh yg tentu kn segala ny..klu ade jodoh sy dgn awk ade laa.....klu xde, kte kwn je r tu pun klu awk x ksh.''
Boy: ''Hmmmm.....''

5 tahun kemudian.........

(i)
Boy: ''Awk free x mlm ni? jom lepak.''
Girl: ''Free..hmm, da smpai nnt bgtau laa.''

(ii)
Girl: ''Kte ni klaka laa...jmpe setahun skali..hahaha''
Boy: ''Ha'ah laa..bru prasan, dr dlu xnk jmpe..da bsr2 bru jmpe kan.'' (Boy tersenyum gembira dpt bertemu Girl semula.

Perbualan demi perbualan, rpe Boy nmpk happy je waktu tu. Girl tetap mcm dlu tiada perubahan, diri ny tetap yg dlu, xtau la ape yg Boy ske sgt kt Girl ni.

(iii)
Monolog Girl....
''Awak x ubah mcm dlu, mksd sy perasaan awk...da lme reak tp awk lyn sy mcm ehem2 awk tp maaf sy kte kn, sekulumit prasaan yg tu xde utk awk. Sy x rse pape pn ble ade dgn awk. Rse mcm bse je..ntah laa...sbb tu sy da pilih tuk break dgn awk dan kte kwn je, lbh baik sy kecewa kn awk dlu sblm awk kecewa di kemudian hr ble prasaan awk smakin mnebal. Sorry awk!''

PENGAJARAN:  Jadi org jgn berharap sgt ble dlm 1 relationship tuh dah putus. Perasaan x blh dipaksa ye, korg nk ke get together dgn the one yg xde prasaan cinta kt korg? It's like bertepuk sblh tgn tau. Dlm ni, Boy spatut ny sedar, dorg ny relationship just friend dh x leh laa nk ngade2 nk ngayat bagai kt Girl sbb obvious cara Girl lyn die mcm kwn2 bse je, laen la if Girl tu bg respon +ve. ;)


<<SCENE 4>>

Boy: ''Weh..cun x bdk pmpuan  tu? Cun kan? Ish..klu dpt jd gf aku best gak tuh..perhhh!''
Girl: ''Pegi r ngorat..ayat2 ck8..ne tau dpt no fon ke nnt..haha''
Boy: ''Xnak lah..aku malu la dgn pmpuan, x reti aku nk ngorat2 nih..''
Girl: ''DGn aku x malu plak? Abes tuh aku ni bkn pmpuan ke yg kau xtau nk malu tuh? Hehh, malu2 kucing knon..x reti ngorat. Ntah2 blkg aku buaya.''
Boy: ''Kau lain. Aku knl kau da lme, kau pn kdg2 x mcm pmpuan sbb tu aku x malu dgn kau! Hahaha''
Girl: ''Sengal! Aku ketuk jgk kau ni tau. Weh, aku pmpuan la!' (lengan Boy ditumbuh kasar..Hahh, rse kan!)
Boy: ''Hoi, sakit la! Tgk..mcm mne aku x ckp kau ni kdg2 x mcm pmpuan.Kasar! Ptut la xde bf..'' (Boy menjelirkan lidah & x pasal kne baling dgn pemadam lak)
Girl: ''Ahh..bia la aku nk ade bf ke x..yg kau sibuk nape?! Drpd org tu meleleh ayaq liuq ja tgk ank dara org, tp x brani nk ngorat..huhhh!''
Boy: ''Amboi, aku lak yg kne? Hoi, klu pupus skali pn pmpuan dlm dunia ni dan yg tggal cuma kau sorg, mmg x laa aku nk wt bini. Dah r kasar ganas xde sopan lgsg dgn aku.''
Girl: ''Ishhhh~ ckp bsr! Kau tgk la nnt, kau dtg melutut skali pn lum tentu aku nk terima kau mse tu nnt.''
Boy: ''Jap2..kau ckp2 cmni, kau ske aku ke weh?''
Girl: ''Jgn harap!''
Boy: ''AKu mmg x harap pun..watpe harap kt kau. Aku kan klu blh nk cri yg bla...bla...bla....'' (mamat ni klu mbebel describe psl dreamgirl die smpi kiamat pn x abes)
Girl: ''Berangan la kau....'' (Aksi menguap)

10 purnama berlalu.....

Boy: ''Weh..aku rindu la nk jmpe kau....nape la cuti ni lme sgt aku rse?''
Girl: ''Lme? 2mggu je kot cuti...bkn ny 2 bln mcm cuti sem..yg kau ni pehal ngade sgt nk rindu2 bagai x jmpe aku? Eeee~ geli la aku dgr..kau ni demam eh?''
Boy: ''Ye r demam x jmpe kau. Bosan gler x lepak dgn kau..ntah laa tbe2 rse hari aku x lengkap klu x kacau kau. Jgn2 aku da ske kt kau x?''
Girl: ''Hoi, mangkuk! klu kau x ske wtpe la kau kwn dgn aku slame ni..ade ke org kwn dgn org yg die x ske? pelek2 r kau ni..''
Boy: ''Aku serius ni weh...aku rse aku dh fall in love la dkt kau. Erkk~ '' (terlepas ckp sudah...)
Girl: ''Huhhhhh????'' (tercengang di hujung talian, seb bek Boy xley nmpk mulut tgh nganga sebesar-besarny!)


PENGAJARAN: Cinta x mengenal manusia..Erkk~ btul ke ayt aku nih..haha..ape2 je r, ape aku nk ckp sbnr ny, cinta ni ade kt mne2 je..mmg la pun...tp kte ni kdg2 x sedar sbnr ny cinta kte tu da lme ade kt dpn mata kte. Buta! pnye r bsr dpn mata leh x nmpk? Tu r ''semut di seberang nmpk, gajah dpn mata x nmpk'' lbh krg la peribahasa yg aku leh kaitkan. Lagi satu, jgn sombong sgt ckp bsr x pndg org dpn mata even last choice skali pn xnk. Propa je sume tuh! Sbnr ny ske kan?

Monday, November 22

Liku lekok pagi Isnin AKU

Pusing kiri pusing kanan, tak juga aku lelapkan sepasang mata degil milik aku ini. Mana kan tidak waktu cuti di rumah, mata aku hanya akan lelap sekitar jam 3 pagi dan hanya akan celik semula pabila matahari tegak di atas kepala. Bukan aku sengaja untuk bangun selewat itu tapi mak sengaja membiarkan aku terus lena bersama timbunan bantal-bantal, di atas katil dan bilik yang sejuk dan malap. It sooo HEAVEN when I'm sleeping in my own room in my home sweet home! Di rumah baru ini ( xde la baru sgt actually, rumah sewa yg aku pnh duduk jgk before this, accompany my fren yg practical skali dgn aku ), tersangatlah degil mata aku untuk lelap. Ruangan di depan TV menjadi 'bilik tidur' kami. Akhirnya, 6.15AM. Handphone aku berbunyi, my alarm clock! Terpisat-pisat aku untuk bangun, kemalasan menguasai diri sebebnarnya. ''Adoi, tak ada mood laa nak start kerja hari ni..!'' gumam hati aku. Namun, aku gagahkan juga diri ke bilik air mempersiapkan diri untuk segalanya. (Faham-fahamlah sendiri, tak kan aku nak cite detail dlm ni kan? hahaha). Hanya secangkir milo panas menjadi sarapan aku pagi ini, tiba-tiba terkenang sewaktu di rumah. Kat rumah, bangun je breakfast semua dah tersedia, mak memang tak pernah lupa sediakan untuk aku dan ayah. Perut tak pernah kosong kalau kat rumah, haishhh~ macam mana laa badan aku tak naik kalau cuti duduk kat rumah je.

Okay..melangkah saja keluar pintu rumah, dengan penuh keyakinan dan semangat. Huhuhu..butterfly in my stomach is the exact feeling during that moment actually. Saat selesai menuruni anak tangga bersama cik Yam, ''Alamak! hujan ke??? macam mana nak pergi kerja nih??'' ''Gerak je laa..tak lebat sangat ni..sempat je bukan jauh sangat pun nak pergi.'' kata aku menyedapkan hati yang sememangnya kami tak ada mood untuk mula bekerja hari ni (industrial training ktorg sbnr ny). Hujan diredah juga dalam kesibukan lalu lintas. Normal laa kan hari Isnin jalan jam pagi-pagi ni. Akhirnya dalam kelewatan. sharp on 8AM kami sampai di tempat kerja. Okay, this company have their morning assembly every Monday morning. Dah macam zaman sekolah pula aku rasakan, agak-agak ada nyanyi-nyanyi lagu Negaraku atau lagu sekolah ke....hee~ Selama 45minit, kami menunggu akak HR (nama dia Nori jgk! dekat2 n sme je dgn bunyi nama aku kan? adeyhh~) di pejabat. Suasana lengang dalam pejabat tu, yang ada hanya beberapa orang pekerja pejabat dan mak cik India sebagai tukang sapu. Makkkk aiiiii...........SEJUKnya aircond dia! Kesejukan menyelubungi kami yang tersedia separa basah terkena hujan dalam perjalanan sebentar tadi. Tak lama kemudian, kak Nori pun datang semula ke tempatnya selepas selesai morning assembly mereka. ''Maaf yaa...Encik Zaili yang uruskan awak berdua taka da la hari ni, dia ada kerja kat KL, audit dengan company *&^"%@ selama 2 hari. Datang balik 24hb ni boleh?'' Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni? Datang balik kerja pada 24Nov? 2 hari off! Yahooo! macam tahu-tahu je akak ni aku memang tengah tak ada mood nak mula kerja. LOL~ (gelak guling-guling). Dengan langkah yang ala-ala happy, ouhh..agak sengal bunyinya di situ. Aku hampir tertekan butang loceng kebakaran instead of butang untuk buka pintu pejabat tu. Kalau aku tekan butang tu tadi, mesti kecoh satu bangunan tu ingat ada kebakaran. Hahaha...!
 

rainy mournday

Pintu rumah dikuak luas unutk memuatkan dua insan yang rasa hampa pergi kerja for nothing pagi ini. Tatkala aku meletakkan helmet ketempat asalnya, perut aku mula berkeroncong. Tengok TV, perut buat konsert lagi. Sambil online, perut aku makin rancak dengan konsert rock versi unplugged dia! Ohh goshhh! Aku sangat kebulur waktu ini. Jam belum menunjukkan angka 10 lagi, mana ada supermarket buka waktu-waktu begini. Di dapur kosong tiada makanan. Ahh..awalnya aku bangun hari ni, kedai tak buka lagi, kawan-kawan lain pun mesti tak bangun lagi waktu ini. Kalau ada yang dah bangun boleh juga aku ajak mereka untuk makan bersama, lagipun dah seminggu tak jumpa. Seminggu tak jumpa dah rindu?? Ok, agak over bunyinya bukan? kawan je pun..bukan special one pun nak rindu-rindu seminggu tak jumpa. Hahaha..nak buat macam mana, hubungan persahabatan kami memang rapat, macam adik-beradik. Dua hari bercuti lagi, apakah yang mingkin akan aku lakukan untuk mengisi waktu lapang aku di bumi jajahan Shah Alam ini?

Tuesday, November 16

Catatan Pena Merah 161110

16 November 2010, Selasa (Cerah+mendung)

Beberapa jam sebelum keberangkatan aku pulang ke rumah, aku menerima panggilan dari syarikat. Alhamdulillah, aku diterima untuk menjalani latihan praktikal di syarikat berkenaan. Aku gembira tap aku juga bersedih di dalam hati sebenarnya. Sedikit hampa, cuti semester yang baru bermula cuma bersisa seminggu saja lagi? Ya, aku diarahkan untuk memulakan latihan praktikal awal, mulai 22 November 2010 ini. Cuti semester = 1 minggu? Aku baru berfikir untuk berehat-rehat seketika di rumah, paling tidak aku memulakannya pada bulan Disember. Masa tidak mengizinkan aku nampaknya, mahu atau tidak aku terpaksa! Cuti semester aku harus korbankan juga! Ini merupakan kali ketiga cuti semester aku menjadi mangsa korban. Aku dan Ms. H ke syarikat berkenaan yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari seksyen 7. Segala urusan yang perlu diuruskan. Memang muktamad, kami akan mula bekerja Isnin hadapan.

November-Disember 2009, aku mengikuti kursus One Malaysia (OM) siri 4 dan 5, Sukarelewan Karnival IKTIRAF dan Minggu Mesra Siswa (MMS) Disember 2009. Hampir empat minggu sepanjang cuti pada waktu itu aku habiskan dengan mengikuti program-program anjuran HEP. Namun, aku tidak menyesal kerana pelbagai pengalaman dan ilmu yag aku tak akan perolehi di bilik kuliah. Perkenalan dengan sahabat handai dari pelbagai latar belakang dan kepakaran banyak membantu aku di kemudian hari. Kali kedua cuti semester aku terkorban, Mei-Jun 2010, Minggu Destini Siswa, MDS (Asasi) Mei 2010 dan MDS Jun 2010, sebelum MDS Jun 2010, kami menghadiri kursus pemimpin mahasiswa di UiTM Seri Iskandar. Sekali lagi aku bertemu rakan taulan yang baru, disamping memberi sokongan kepada rakan-rakan yang menerajui pimpinan MPP sesi 2010/2011. Aku ingin mengikuti program-program seperti ini lagi tapi....aku telah mempunyai agenda yang telah dirancang terlebih dahulu. Kursus anjuran HEP? bunyinya memang sakit...tapi percayalah, kalian tak akan menyesal menyertainya. Walaupun flow yang sama akan dilalui (bagi otai-otai MMS), hasilnya tidak bosan kerana kami mengikutinya untuk belajar, berbakti dan bersuka-ria. Belajar dari pengalaman dan kesilapan. Kepada peserta yang baru, jangan gusar, jangan gentar, sahut cabaran, pasti tidak menyesal malah ketagih! Hidup terasa sepi, bosan dan tidak bermakna bila bersara dari menyertai program-program seperti ini. The fact is, friendship that bond us together is stronger that you thought. Stronger that what you have with your BFF, classmates, coursemate, roomates..we are like SIBLING! We cares for each other and we love evryone of us.

Masuk hari ke-4 di rumah, rasa bosan kian menebal sebenarnya. Maka, keluarlah segala post-post merepek kat FB. Hairannya, ramai pula yang meng''like'' (haishhh~ nampak sangat sume pn xde keje da bosannnn sangattt). Handphone aku? Seperti biasa tercampak di merata-rata tempat, terutamanya dalam bilik, atas katil & bawah bantal. Jadi seribu kemaafan dipohon pada siapa-siapa yang menghantar SMS mahupun menelefon aku jika tidak menerima sebarang respon. (Hakikatnya, handphone aku memang tak bunyi pun kalau letak mana-mana pun coz there's no one who remember to contact me, I just don't exist to them in this sem break. ME=INVISIBLE to them, TQ!). Malam semalam, ada orang mengajak aku untuk keluar, movieeeee~ YiPpppEeee! My favourite part! But...I can't and I'm sorry dude. Kalau kau punyai kenderaan beroda empat itu, i mean sedan type of car or whatever, sure I'll accompany you to watch a movie. I know and you know, we know that we all was facing boredom illnesses after final exam. Tak mengapa, mungkin di lain waktu jika kita berkesempatan ye Dato...Sangat merindui GFN & 13B family. Jika sebelum cuti, keluar makan di luar hampir setiap minggu bersama Ms.D dan berjumpa berkumpul dengan DB, Ms.D dan Dato....tak lupa juga kekanda aku yang paling kejam (anak tiri Ms.D) dan kawan-kawannya. Keluar main boling, karaoke dan movie marathon saat-saat genting pada study week, sememangnya kenangan yang membuatkan aku bertambah rindu dengan kalian semua. Nanti dah balik Shah Alam, masing-masing free, especially on weekend, it is a MUST to hang out together. Kepada YB Dato dot dot dot...jangan lupa janji anda pada aku dan Ms.D plus buttercake yang roomate kau dah keluarkan dari tupperware last Friday evening. Hutang tetap hutang. Huhuhuhu ^_^

**Oh yaa....Mr. Chipsmore ada membalas SMS aku beberapa hari lepas, membalas mungkin kerna bosan yang membelenggu dirinya, Aku hairan, Mr. Chipsmore masih menipu atau memang benas, ''xde gf''? Tak tau nak cakap, aku happy atau meluat dengan sebaris ayat itu! Yang seorang lagi ini pula, relationship status ''seperated''? Manakala pasangannya pula, ''single''? Apa yang berlaku antara kau dan dia sebenarnya? Hurmm...macam-macam. Apa-apa pun, aku setia di sini untuk bersama kalian, untuk menghiburkan dan menemani hari-hari terang mahupun gelap kalian semua. Andai itu takdirnya aku yang bukan milik sesiapa tetapi aku sering hadir melindungi hidup kalian tatkala awan mendung menyelubungi mahupun terik matahari memancar diri kalian. Biar..biarlah aku yang basah, aku yang terbakar, asalkan aku gembira melihat kalian bahagia.

Tinta Pena Merah

Thursday, November 11

Catatan Pena Merah 111110

11 November 2010, Khamis (Cerah)

Akhirnya aku boleh menghembuskan nafas lega. Berakhir sudah bab 5 kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa UiTM. Jiwa aku meronta-ronta untuk dibebaskan, terbelenggu lama dengan timbunan nota-nota killer subject (Ceyhh~ xde la killer sgt tp blh tahan la klu kau mls study). Bayangkan, aku sepatutnya menamatkan bab 5 aku ini pada Isnin lepas tapi dek kerana kealpaan aku sendiri pada bab sebelum ini, menyebabkan aku tersembam di muka pintu ECE sekali lagi. Nah, padan muka aku! Dalam masa 2 hari aku bertungkus lumus (relax je sebenarnya, siap main-main, tengok movie dalam lappy & online bagai..dasar tak sedar diri dah repeat paper) untuk memahami dan mengkaji segala nota dan solution untuk soalan-soalan test dan final. Dalam 2 hari ni, semangat aku seakan pudar dan hilang, aku tercari-cari mana pergi semangat aku? Kertas A4 dan nota sedia terbentang di depan mata, tapi tangan aku terasa berat untuk mengangkat sebatang pen itu dan terasa lemah untuk memegangnya rapi. Kesilapan masa lalu menghantui minda, ''kau nak repeat lagi ke sem depan? Cukup laa 20jam kredit kau semester ni, tak larat rasanya nak belajar dah, macam-macam benda kena belajar dan buat. Ayuh, cepat berusaha! 1 paper je lagi..sekejap je..lepas ni merdeka laa!'' monolog aku sendiri. Kertas soalan aku buka dengan tenang, satu per satu soalan aku teliti, hmmm....... 1 jam sebelum waktu menjawab tamat, aduhhh~ perut memulas-mulas sakit, ditambah aircond yang sejuk di dewan peperiksaan ibarat sebuah bilik mayat telah mengecutkan saluran pundi kencing aku. Jari-jemari pun mula membeku dan biru. Lantas, tangan kanan aku angkatkan dengan harapan puan penjaga peperiksaan di muka pintu utama melihatnya. ''Toilet....hee~'' Lega bila segala hasrat yang terbantut ditunaikan sebentar, angin luar menyapa kulit aku, hangat! Suhu kulit kembali normal dan balik ke dewan peperiksaan untuk menjawab soalan yang terakhir. Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan tenang. Segalanya telah pun selesai. End of chapter 5.

Tanggal 9 November 2010 (Selesa) yang lepas, aku ada menulis ayat ini pada wall Facebook aku:

''missed my primary school time...x pnh pki bju kurg as my school uniform zmn tu..playing around with all those chinese friends at school..laki pmpuan maen sme2 happy gler ♥ typical malay might think my parents was bad anta ank skolah cina x cmpur mlayu..but hey, i end up here in uitm msih melayu ok! huhu''

Sejak waktu itu, rindu aku pada rakan-rakan SJK (C) Chung Wah, Sasaran Jeram semakin menebal. Aku menjadi tertanya-tanya, persoalan aku telah menjadi 1001 persoalan bila aku terfikirkan seorang demi seorang. Ya Allah, 9 tahun kami telah berpisah membawa diri dengan bahtera masing-masing pergi mencari kejayaan sendiri. Hanya beberapa orang yang aku pernah terjumpa di pekan lama itu, boleh dibilang dengan jari jumlahnya. Waktu itu aku masih belasan tahun bersekolah menengah, remaja hingusan yang hormon malunya dalam keadaan maksima. Ada yang cuba menegur aku sebab mak selalu ke kedai keluarganya menempah butang untuk jahitannya. Dari jauh dalam kesamaran malam, aku nampak rakanku itu melambai-lambaikan tangannya pada aku. ''Pergi la jumpa dia, dia selalu tanya pasal Awie..kan dah lama tak jumpa,'' kata mak pada aku di dalam kereta. ''Tak nak lah...! malu....'' balas aku pada mak tetapi perkataan terakhir itu hanya aku sebut perlahan di dalam hati. ''Hishh..tak baik la macam tu. Orang nak dekat jumpa balik kawan lama, awak sombong pulak!'' mak memarahi tindakan aku. Kalaulah aku boleh menjelaskan perasaan aku pada waktu itu pada mak, aku sebenarnya malu dan segan untuk bertemu rakan ku itu kembali. Tapi nak buat macam mana, tindakan aku lebih pantas dari fikiran aku pada detik itu. Dalam hati, aku dihamuk rasa bersalah, ya aku ingin sekali untuk menegur dia sebenarnya.

Selain insiden malam itu lebih kurang 5 tahun lepas, aku juga ada mendengar berita perkembangan tentang rakan-rakan ku dari mak. Biasa laa, rakan-rakan aku yang berbangsa cina ini kebanyakannya dari golongan berada. Semua anak tauke kedai, ada business sendiri, walaupun tak seberapa tapi mereka miliki segalanya. Namun aku gembira kerana mereka tidak memandang status untuk berkawan dengan aku. Aku puji tindakan mereka (bangsa cina). Tak disangkal sesetengah mereka akan memandang rendah pada orang melayu tetapi orang melayu akan dihormati oleh mereka jika kita mampu membuktikan kebolehan kita pada mereka. Masih segar di ingatan, mak bercerita pada aku suatu masa dulu sewaktu aku masih darjah 1 atau 2, ibu bapa mereka memandang rendah pada aku sebagai anak melayu. Tapi bila aku dapat menguasai semua mata pelajaran dalam mandarin dengan baik dan berjaya memintas peratusan pemarkahan kesuluruhan anak-anak mereka (bukan nak berbangga dengan kejayaan sendiri tapi ini hakikatnya situasi sebanar aku pada zaman itu), terus si ibu-ibu ini merelakan anak-anak mereka untuk berkawan dengan aku.

Secara rambang aku mencari profile mereka di Facebook, letih aku membuka satu demi satu profile yang mempunyai nama yang sama. Akhirnya, aku jumpa seseorang, Tee Jiao Mei, budak perempuan berkaca mata, berambut pendek & gaya yang sangat gurlish yang pernah bertandang ke rumah aku semata-mata untuk bermain set Barbie Doll aku pada 10 tahun dulu. Dia kini berubah. Aku teruja dia juga teruja! Bermula dengan dia dan kemudian rakan-rakan yang lain diperkenalkan oleh dia lagi. Agak rakus aku membuka profile mereka semua untuk mencari jawapan soalan teka-teki aku selama ini, ''okay kat UUM..kat UM..kat UK..UK lagi..kahwin dan kahwin?'' Apakah? Ya...setakat ini sudah dua orang (perempuan) rakan sekolah rendah aku telah berkahwin. Itu tidak termasuk yang aku tak jumpa lagi profile mereka, aku yakin mereka yang tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke mana-mana, yang menghabiskan masa dan duit ibu bapa/gaji mereka masih setia di pekan lama itu, mungkin ada diantara mereka juga yang telah berkahwin. Terasa janggal pun ada bila berhubung kembali, jika dulu kami menggunakn mandarin untuk bertutur sekarang kami speaking! Yup, their english getting better and better, who knows if their english is better than me? They go abroad to further their study for sure they must fluently speak in english...poor me still looking forward for oppurtunity to go abroad.

Sudah! Belajar dalam negara ke luar negara ke, tetap sama. Misinya adalah untuk mendapatkan segulung ijazah yang bukan sekadar segulung ijazah tetapi kualiti seorang graduan yang dicari oleh pasaran kerja pada zaman teknologi sekarang ini. Mungkin bukan rezeki aku untuk jadi seperti mereka dan bukan takdir aku. Aku redha jika takdir aku hanya di sini saja kerana aku masih ada insan-insan tersayang dan yang menyayangi aku. Kegembiraan yang tak mampu dipamerkan pada wajah, hanya hati yang mampu memahami kegembiraan bukan kepalang ini. 9 tahun dahulu.............................<3

Tinta Pena Merah

Wednesday, November 10

MaliQue ft Lah Ahmad - Cuba Lagi (HQ Lirik)

Cuba lagi....! tak patah hati tiap kali gagal aku cuba lagi..!
Hayati bait-bait lirik ini dgn baik, satu motivasi untuk mereka-mereka yang tengah hilang semangatnya.