CC's Customer

Tuesday, July 15

Hati Compang Camping

Tak mudah untuk aku jatuh cinta
Tak mudah untuk aku terima cinta
Tak mudah untuk aku lembut hati
Kerana aku pernah disakiti
Namun sekali lagi ia disakiti
Mana mungkin hati aku sekuat dulu

Puas aku jahit dan tampal
Sekeping hati ini
Yang mungkin tak pernah
Penting untuk sesiapa
Bukan aku tak serik
Aku cukup perit
Menahan selautan perasaan
Yang terbeban bercampur
Darah luka semalam

Belum hilang parut di hati
Kini bertambah lagi luka
Mudah untuk kau lepaskan
Membiarkan aku hanyut sendiri
Bersama buih-buih laut ditelan ombak
Tak ku tahu mana silapku
Lantas adilkah aku dihukum begini?

Apa aku tak punya perasaan?
Aku juga wanita yang punya rahim
Aku punya kasih dan sayang
Haruskah perasaan aku dipersia saja?
Luka dalam ibarat ditikam
Menjaht luka ini lebih pedih
Apa kau mengerti?
Sekeping hati compang-camping ini?


Thursday, July 3

Sandwich & Paris [Bab 11 & 12]

Bab sebelum <klik sini>

*        11        *

"AAA, IRIN, I ada hadiah sikit nak bagi dekat you. Ambillah, hadiah kecil je tak seberapa, ikhlas dari I." sebuah kotak kecil berbalut dengan kertas hadiah kilat berwarna merah, siap dengan reben comel berwarna merah juga di atasnya. Kotak hadiah dihulurkan kepada Irin dengan kedua-dua belah tangannya.

holiday gift present box red tape ribbon christmas

          Kotak diambil. Mereka saling bertukar senyuman. Hakim seperti malu-malu, serta-merta kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar, kepala tertunduk ke bawah. Kepala yang tidak gatal digaru pula. Irin memerhati kelakuan pelik Hakim. Dia juga jadi tak keruan. Dibelek-belek kotak hadiah yang sudah bertukar tangan, Irin sendiri tersenyum, tunduk malu. Akhirnya, mereka berdua ketawa serentak. Orang sekeliling di sekitar bandar tersebut tidak menghiraukan mereka.

          "Thanks for this." Irin menunjukkan kotak hadiah sambil mengukir senyuman yang paling manis belum pernah dilihat Hakim.

          "You are most welcome. Erm, jangan buka sekarang. Dah balik nanti baru buka hadiah tu, tahu?" Hakim mengarah. Entah apa yang dihadiahkan dalam kotak kecil yang tak seberapa itu.
          "Oh, okay." Irin mengerutkan dahi apabila mendengar permintaan Hakim itu. "Bukan benda pelik-pelik, kan? Payah pula I nak jawab dengan Imegresen nanti. Hehe." sambungnya sambil memasukkan kotak hadiah ke dalam beg galasnya.

          "No. Just something for you. Tak kan I nak susahkan you pula." Sepanjang pertemuan dengan Hakim di Eropah, dia tidak pernah lekang dengan senyuman, pemurah. Senyumannya itu membuatkan hari-hari yang kelam, redup dan mendung sepanjang keberadaan Irin di sana menjadi cerah.

          "So, you nak balik dah. Tinggallah I dekat sini lagi tiga bulan. You jaga diri baik-baik, okay? Apa-apa hal nanti contact I, I mean kalau you belum fly lagi. Kejap je rasa seminggu you dekat sini, kan?"

          "Hmm, I pun rasa sekejap sangat. Rasa tak nak balik pula, tak puas lagi jalan-jalan dekat sini. Alaa, tiga bulan tu kejap je, pejam celik, pejam celik dah habis nanti dah balik Malaysia. Hakim, terima kasih sebab bawa I jalan-jalan, temankan I, jaga I dekat sini. Really appreciate it walaupun I tahu, Kamal yang minta you jaga I. Thank you so much." Irin mengucapkan penghargaannya.

          "Eh, tak apalah. Kalau Kamal tak suruh pun, I memang akan jaga you. Lagipun, seronok juga sekali-sekala bawa orang Malaysia jalan-jalan. Daripada terperuk je dekat bilik buat research, buat report. Harap you seronok holiday dekat sini dengan adanya I yang penyibuk ni. Jujur, I gembira dapat jumpa you dekat sini.

          Irin hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hakim, hatinya cukup tersentuh dan sangat bahagia di saat itu, walaupun tiada kata-kata cinta, tapi cukup untuk mengetahu Hakim senang dengan kehadirannya.

          Teksi yang dinantikan telah tiba di depan hotel, di mana Irin dan Hakim sedang berdiri menunggu. Pemandu teksi rakyat Jerman itu keluar dari kereta dan membantu Hakim memasukkan luggage ke dalam bonet. Hakim berbual serba sedikit dengan pemandu berkenaan dalam bahasa Jerman. Hakim membuka pintu belakang teksi dengan penuh gaya lelaki budiman untuk Irin, Irin dijemput masuk ke dalam teksi.

          "Well, vielen dank (Terima kasih banyak-banyak)," Irin berdiri di depan Hakim sebelum memasuki perut teksi.

          "Bitte sehr, Freu Irin (Sama-sama, Cik Irin)." Hakim menutupkan pintu teksi berkenaan. Irin membuka tingkap di tepinya.

          "Got to go, now. Good luck on your master. Auf Wiedersehen!" Mereka sempat berjabat tangan buat kali terakhir sebelum Irin bergerak ke lapanga terbang. Hakim hanya mengangguk sambil melepaskan perlahan tangan Irin, "Auf Wiedersehen!"

          Bukan Hakim tidak mahu menghantar Irin hingga ke lapangan terbang tetapi masa tidak membenarkan dirinya berbuat demikian. Temu janji dengan penyelia projek sudah ditetapkan sejak dua minggu lalu, tidak mungkin Hakim boleh tundakan temu janji berkenaan. Hakim hanya mampu menghantaar Irin ke pintu teksi di depan hotel sahaja.

          Sementara di dalam penerbangan pulang ke Malaysia, Irin teringat tentang kotak hadiah yang diberikan Hakim sebelum berangkat tadi. Irin mengeluarkan kotak kecil itu, tali reben ditarik untuk membuka. Balutan kertas hadiah juga dibuka denga berhati-hati. Irin menggoncang-goncang kotak yang sudah dibuka balutannya sebelum membuka, tiada bunyi malahan kotak itu agak ringan. Irin sudah tidak sabar lagi, kotak dibuka, penuh dengan renyukan kertas warna-warni. Renyukan kertas ditarik keluar ke atas ribaannya untuk tidak mengotorkan lantai kapal terbang. Ketika menarik keluar renyukan kertas-kertas itu, keluar sebuah rantai kunci berbentuk Menara Eiffel yang diperbuat daripada gangsa.


          Rantai kunci diangkat, ditenang sambil tersenyum. Senyumannya terhenti tatkala matanya terpandang sebentuk cincin plastik bertatah batu-batu kecil berwarna merah jambu yang turut disertakan dengan rantai kunci tersebut. Irin mengeluarkan cincin plastik itu dari gegelang rantai kunci lalu dia cuba menyarungkan di jari. Cincin plastik yang dipilih Hakim terlalu kecil untuk jari tengah mahupun jari manis milik Irin, muat-muat pada jari kelingking saja. Irin ketawa kecil mengenangkan Hakim yang tidak dapat mengagak saiz jari Irin. Renyukan kertas warna-warni cuba dimasukkan semula ke dalam kotak tetapi niatnya terhenti. Ada satu lipatan kertas di dalam kotak itu dengan tertera tulisan tangan "Irin Nadia".

          "Note apa pula Hakim ni?" Irin tertanya, dia menarik keluar lipatan kertas yang dilipat sekecil-kecilnya untuk dimuatkan ke dalam kotak oleh Hakim. "Tak ada kerja ke lipat kertas kecil-kecil macam ni?" Irin membebel sambil perlahan-lahan membuka satu per satu lipatan kertas itu. Irin membaca nota berkenaan dengan penuh penghayatan walaupun bukanlah surat rasmi dari mahkamah yang rumit untuk difahami. Beberapa baris ayat tulisan tangan lelaki bernama, Hakim yang ditemui dan diluangkan masa bersama selama tujuh hari itu dihayati sambil tersenyum. Baru saja membaca baris ayat pertama, Irin sudah ketawa sambil melihat cincin plastik merah jambu di jari kelingkingnya.  Lalu diteruskan bacaan nota ringkas yang disertakan oleh Hakim itu. Nasib baik tiada penumpang yang duduk di sebelahnya, pasti orang akan menyangka dirinya gila tersenyum seorang membaca nota sambil membelek-belek cincin plastik itu.

Irin Nadia,

First of all, sorry kalau cincin tu tak muat dekat jari you, I tak reti nak agak saiz jari you sangat. Harap you suka hadiah I yang tak seberapa tu, I beli keychain tu masa kita dekat Paris, just something for you to remember about us being together at Eiffel Tower few days ago. Walaupun baru pertama kali bersemuka dengan you tapi I dah cukup selesa dengan you. I tahu selama ni I tak pernah layan you dengan baik, maaf sebab I pernah sakitkan hati you. Bukan apa, I just need my space, I belum cukup bersedia waktu tu. Tapi 7 hari bersama dengan you, Irin Nadia, I cukup yakin kali ni, I tak silap lagi. Betul kata orang, cinta itu buta, walaupun baru kenal you dengan lebih dekat dalam 7 hari ni, I dah betul-betul jatuh cinta dengan you. Harap I belum terlambat untuk tawan hati you. Cincin yang tak seberapa ni sebagai tanda ikhlas cinta I untuk you. Kalau you sudi, tunggu I balik Malaysia lagi 3 bulan, then I, myself will put on a real ring, just for you, Irin Nadia binti Azmi as my future wife?

P/S: Ich liebe dich! ;)
Let me be your man,
Hakim Reza


*        12       *

JARI-JEMARI DIKETUK-KETUK di atas meja kerana bosan menantikan seseorang. Irin menyedut sedikit jus oren Twister yang dibeli semasa dalam perjalanan ke IKEA di Mutiara Damansara. Jam dipergelangan tangan dijeling sekilas, 2.30 pm. Sudah 30 minit dia berlegar-legar di sekitar IKEA, akhirnya Irin melabuhkan saja punggung di salah satu kerusi meja makan di restoran bahagian atas yang terkenal dengan hidangan Swedish Meatball.

          "Hai! Dah lama tunggu I? Sorry lambat, jalan jem dekat LDP tadi." ada sedikit mengah dalam nada suara itu. Hakim masih berdiri di depan meja Irin.

          "Hmm, tak ada laa lama sangat tunggu, dalam 45 minit. You nak air? Macam penat je, you lari eh tadi?" Irin menghulurkan jus oren Twister kepada Hakim, Hakim menyedut sedikit untuk membasahkan tekak yang kering.

          "Hah, lari sikit dekat parking bawah ni nak naik atas tadi, kesian dekat you dah tunggu I. Jom pergi beli makan, I memang belum makan ni." Hakim mengajak Irin ke kaunter untuk memilih makanan. Mereka telah sama-sama memilih set hidangan meatball yang terkenal di situ. Selepas membuat pembayaran, kebetulan ada meja kosong di hujung restoran, strategik di tepi tingkap, boleh nikmati pemandangan luar yang berhadapan dengan The Curve.

          "Alhamdulillah, finally dapat juga I makan meatball dekat sini. Rindu gila makanan dekat sini, tau tak? Masa study dulu, I selalu lepak makan dekat sini dengan kawan-kawan bila kitorang free." Hakim bercerita.

          "Aik? Dekat Jerman tak dapat makan meatball ke? Ingatkan you rindu makan nasi lemak ke, teh tarik ke..." sambut Irin yang sedang memotong kecil bebola daging untuk disuapkan ke mulut.

          "Ada juga dekat sana tapi suasana tak sama macam makan dekat sini, lagipun susah nak dapat yang halal. Nostalgia dekat sini. Hehe. Nak pula kali ni makan dengan you, berbeza keadaannya tu." sekaligus sebiji bebola daging dimasukkan penuh ke dalam mulut. Tamak sehingga ada comot sos meatball di bibir Hakim. Lantas, Irin menarik tisu yang diselitkan di bawah pinggannya lalu dihulurkan kepada Hakim.

          "Kenapa?" soal Hakim yang tidak mengerti. "Tu kat tepi mulut you, ada comot sikit. Gelojoh sangat makan, orang tamak." jawab Irin dengan sedikit memerli. Hakim meraba tepi bibirnya, baru dia faham lalu menyambut huluran tisu dari Irin.

          "Eh, nanti kejap." Hakim menarik tangan kanan Irin yang menghulurkan tisu itu tadi. Mata Hakim tertancap pada sebentuk cincin plastik merah jambu yang pernah dibelinya dulu. "Ohh my, you pakai cincin ni?" Hakim membelek cincin plastik yang berada di jari kelingking Irin itu.

          "Dah orang bagi, tak kan I nak buang pula." Irin menarik semula tangannya, tidak mahu dibiarkan terlalu lama dipegang Hakim.

          "Yelah tapi kalau dah cincin tu kecil kenapa pakai juga?" sambung soalan Hakim.

          "Sebab you yang bagi?" Irin meletakkan pisau dan garfu. Dia menongkat dagu dengan tangan kanannya untuk menunjukkan cincin plastik merah jambu itu kepada Hakim. Hakim hanya senyum. "So bila I boleh dapat cincin yang betul? Dan saiz yang betul?" sambung Irin berani sambil bertentang mata dengan Hakim.

          Hakim pula meletakkan pisau dan garfu, dia menghabiskan kunyahan di dalam mulut lalu menyedut sedikit air. Hakim merenung Irin di depannya dengan senyuman sinis. "Yang betul?" soal Hakim untuk kepastian yang bernada menduga. "Bila I boleh hantar rombongan I pergi rumah you?" sambungnya lagi yang tak lekang dengan senyuman.

          "Kalau macam tu, petang ni you boleh ikut I balik jumpa parents I dulu. Okay?" Irin memotong bebola daging lagi dan cuba disuapkan kepada Hakim.

          "Petang ni? Okay, deal. Lepas ni kita pergi beli cincin untuk rombongan I datang pinang you nanti." Hakim mengangakan mulut untuk disuap.

          "Wahh...confident je nak terus siap-siap beli cincin. Macam lah parents I dah accept you," seloroh Irin kepada Hakim yang begitu yakin.

          "Kenapa pula tak accept? Ehh, ni I kot, Hakim Reza, belum pernah ada calon mertua yang reject I, okay? Hahaha"

          Irin membuat muka meluat dengan kata-kata yang baru saja Hakim luahkan, "Hah! Baru first time nak pinang anak dara orang, memanglah belum pernah kena reject, kan? Macam tu, I nak suruh parents I reject you lah. Hahaha...ayah I garang tau."

         Hakim menelan air liur sebaik saja mendengar baris ayat akhir, "Alaaa...youuu...janganlah reject. But seriously, ayah you garang ke?"


PADA PETANG ITU juga, Hakim dan Irin memilih cincin tanda. Hakim telah mengikut Irin pulang ke rumah untuk diperkenalkan dengan kedua-dua orang tua Irin. Nampaknya keluarga irin dapat menerima Hakim dengan terbuka, begitu cepat Hakim dapat menyesuaikan diri dengan kedua-dua orang tua Irin, mungkin sikap Hakim yang pandai mengambil hati dan peramah membuatkan mak dan ayah Irin gembira dengan pilihan hatinya.

          Selang beberapa minggu, Hakim telah menghantar rombongan meminang sekaligus majlis pertunangan antaranya dengan Irin diadakan ringkas, cukup sekadar untuk pengetahuan saudara-mara terdekat. Kedua-dua belah keluarga sudah bersetuju nampaknya dengan perhubungan mereka. Irin sangat bahagia kerana akhhirnya dia mendapat apa yang diinginkan selama ini, impian tercapai.



Bersambung...